Skip to main content

Sumptous Erotica - kebebasan seks??






Seorang pelajar Malaysia yang menerima Biasiswa ASEAN di National University of Singapore (NUS) akan berhadapan dengan masalah besar ekoran blog seks yang menampilkan gambar-gambarnya bersama teman wanitanya sedang melakukan hubungan seks, terdedah.

Penuntut jurusan Undang-Undang yang dinamakan oleh media Singapura sebagai Alvin Tan Jye Yee, 24, mendakwa dia dan teman wanitanya, Vivian Lee, 23, sering menceritakan tentang hubungan seks mereka di laman Tumblr ‘untuk dinikmati oleh orang lain’.

Pasangan tersebut dikenali sebagai ‘Alvin and Vivian’ di dalam blog mereka dan mendakwa mereka hanya memuatnaikkan gambar-gambar mereka sendiri dan mempelawa pasangan-pasangan menarik lain di Malaysia dan Singapura untuk menyertai mereka.

Blog berkenaan telah bermula pada 20 September apabila pasangan tersebut memuatnaikkan gambar-gambar mereka sedang melakukan persetubuhan

Dalam salah sekeping gambar, mereka malah mendakwa melakukan hubungan seks dalam tandas OKU di kawasan tumpuan pelancong di sana, Esplanade.

Mereka juga langsung tidak menutup wajah mereka.

Ketika ditanya oleh salah seorang pembaca blog mengapa mereka bertindak sedemikian rupa, Alvin dan Vivian berkata, mereka yang berfikiran terbuka tidak boleh menganggap sex merupakan satu perbuatan jenayah.

” Kami tidak melihat mengapa mereka yang aktif dalam seks, atau mereka yang berfikiran terbuka dalam kehidupan seks perlu dilayan seperti penjenayah.
” Seks adalah proses reproduktif biasa yang tidak boleh dikaitkan dengan stigma,” kata mereka seperti yang dipetik dalam akhbar The New Paper Singapore.


Read more: http://jomss.blogspot.com/2012/10/alvin-tan-jye-yee-sumptuous-erotica.html#ixzz29hkrTqOB


Speechless!

Sungguh berani mati pasangan ini menayangkan adegan seks mereka secara percuma untuk tontotan umum atas tiket - KEBEBASAN INDIVIDU dan meraikan KEHIDUPAN SEKS BEBAS. 

Ini bukan kebebasan individu, ini kebodohan melampau dan kurang ajar dan kurang asam!!! Sorry if you dont agree with me, but this kind of value is seriously damaging our generation. Aper ke %$#@ nyer nak tayang satu dunia??? 

update news:

the star online today - reality bites for alvin tan and vivian lee. alvin tan kena menghadap lembaga disiplin universiti 31 oct ini bagi menjelaskan isu beliau. alvin mungkin dikenakan tindakan tarik balik biasiswa. vivian lee pula diberi kata dua oleh ibunya - kahwin dengan alvin atau keluar dari rumah keluarga dalam masa sebulan.

haa kan dah cakap...ingat dunia nie korang berdua saja ka yang punyer, main suka hati korang jer nak bedal aper korang suka?? hidup ni bermasyarakat sayang oi, ader aturan dan nilai yang perlu dihormati. omputih pun takderlah mcm ni saya tengok. tau jugak respect budaya, sensitif dengan pandangan orang lain etc. selagi hidup bermasyarakat, bukan kepala sendiri sajer nak fikir, orang lain pun kena ambik berat sama. orang yang fikir kepala dia sendiri saja tanpa fikir perasaan orang lain adalah orang yang pentingkan diri sendiri, susah nak hidup bermasyarakat dan tak boleh diajar walaupun cerdik pandai. harap yang lain ambik pengajaran.

peliknyer, si vivian ni boleh pulak cakap, dia tak fikir akan kawin ngan alvin tan nih, sebab muda lagi and dia tak mau terikat dengan hubungan monogamous. pulak doh!








Comments

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…