Posts

Showing posts from June, 2016

Nikmat yang tidak disyukuri

Image
Pernah tak dengar orang pernah berkata, jika nikmat yang besar pun kita susah nak syukuri, apatah lagi nikmat yang kecil. Dan quran surah ar rahman, Allah dalam firmannya berkata: 'Nikmat yang mana satu yang engkau dustakan?" Jika kita menghitung satu persatu nikmat yang Allah kurniakan, nescaya tidak terhitungkan.
Bila cakap tentang nikmat, kita seringkali mencongak yang besar-besar sahaja, sedang kita terlupa, perkara sekecil zarah pun sebenarnya adalah nikmat dan rahmat. Nikmat bukan sekadar dikurniakan kesihatan tubuh badan, pasangan, harta benda, anak, malah lebih dari itu, yang pada pandangan kasar seperti tidak signifikan tetapi signifikan, seperti nikmat tubuh badan yang boleh berfungsi dengan sempurna, tangan yang boleh menulis, menghayun, menggaru, mencubit juga menampar (hehe). Itulah termasuk dalam nikmat tuhan yang kita selalu tidak sedar. 
Mendengar azan berkemundang tanpa halangan dan sekatan, itu termasuk nikmat Allah, percayalah. Pengalaman belajar di Melbou…

Shopping Raya di KL - Jakel Mall

Image
Shopping raya kali ini berkesempatan membeli belah di Jakel Mall. First time pergi, ikut kawan-kawan. Seronok jugak sebab banyak barang yang best-best and sebab dah lama tak pergi KL, jadi sesekali shopping raya di sana memang seronok. Cadangan awal nak pergi setengah hari, end up pergi separuh hari ;-P 
Bertolak awal dalam jam 9 pagi and shopping till 4 petang. Cadangan asal sampai tengah hari jer, tapi tengah hari masih lekat kat Jakel Mall lagi. Konon nak singgah pulak ke Sogo, ke laut terus plan kami. Haha. Mula-mula ingat nak pergi meninjau jer - window shopping, akhirnya terbeli jugak. Tapi okaylah sebab dah beli baju dan keperluan raya jadik tak perlu nak shopping lagi baju. Warna baju yang mesti beli ialah hijau emerald, warna tema raya kami tahun ini. 
Jakel Mall tu ada sikit-sikit macam shopping kain di Bandung. Semua dalam building sama. Okaylah. Saya sempat membeli baju siap - ready to wear dari butik Ariani dan Siti Nurhaliza. First tengok baju kat situ terus berkenan. T…

Salam Ramadhan 2016

Image
Selamat berpuasa untuk semua!! Agak lama senyap, busy dengan kerja. Bulan ramadhan bulan yang mulia. Jom kita kongsi-kongsi ceramah-ceramah yang dapat menyunti kesedaran di hati kita. Mudah-mudahan Allah lembutkan hati kita, hidupkan hati kita untuk menerima kebaikan, menerima teguran, menerima nasihat dan muhasabah diri. Mohon dijauhi dari hati kita menjadi keras.