Posted on Saturday, October 13, 2012

Ku pendam sebuah duka


Pagi tadi sebelum pergi ke pejabat, saya singgah ke Hentian Kajang untuk sarapan pagi dan membeli surat khabar. Itu rutin biasa weekend saya. Mesti ada roti canai, teh o limau, senaskah suratkhabar (biasanya The Star) dan mestilah di kedai makan! Seminggu sekali pun. Parking depan supermarket yang biasa saya singgah utk beli barang dapur, sebab biasanya parking depan 7 Eleven sentiasa penuh. 

Tiba-tiba dah nak dekat sampai kedai makan saya biasa pergi tu, saya tengok ramai pekerja Indonesia dan juga beberapa dari negara lain (sebab tengok muka dan pakaian macam dari Vietnam dan seangkatannya) sedang beratur di kaki kedai and ada polis segala bagai and truck polis pun ada. So my first assumption was - ambush by police ler. Not long after i realised it was totally something else..sad one. 

Beberapa pekerja yang kebetulan berdiri dihadapan saya memberitahu, seorang pekerja kilang Sony membunuh diri. Actually ada 2 cerita, ada yang kata kena sembelih, ada yang kata bunuh diri. Tapi kebetulan  housemate si mati ada bersama and dia kata, bukan sembelih, gantung diri. Oh, so i just assumed this version of story was more credible than the one i just heard. 

Kesian. Ada seorang kakak ni - Indonesia jugak, sbb slanga nyer..kata 'baru pagi tadi akak nampak dia di kaki kedai, akak biasa tengok dia lalu lalang. akak tegur dia tapi dia senyum saja semalam. terkejut la bila pagi ini tiba2 ada orang kata dia dah mati. sakitkah? semalam sihat saja?' - Oh, ajal maut boleh pelbagai bentuk, kalau tak sakit, kemalangan, kecelakaan dll. 

Tak sure sebenarnya kenapa, ada versions berbeza tetapi kalau benar bunuh diri, ini sesuatu yang perlu difikirkan secara serius. Lebih-lebih lagi housemate nya berkata 'si mati ini memang ada masalah, tetapi jenis yang suka memendam perasaan. tidak mahu bercerita dengan kawan'. Saya mahu menyeru kepada sesiapa yang membaca thread ini, jika ada masalah, carilah jalan untuk meluahkannya. Cara terdekat adalah kepada TUHAN. Pada dialah kita luah segalanya, kerana dia lebih mengetahui dari segala makhluk ciptaannya. Pada dia datangnya musibah dan dialah yang berkuasa menarik/menguranginya. Jika ada orang yang kita percayai, maka luahkan. jangan memikul beban perasaan seorang diri. Diri akan merana. Jika tiada sesiapa, carilah jalan lain - diari, blog, bersukan, apa saja yang boleh membantu meringankan beban perasaan itu. 

gambar sebenar 
Jika anda letakkan semuanya di pundak sendiri - memanglah karam perasaannya...sayangi diri kita. jangan kita bebankan jasad dan jiwa yang dipinjamkan Allah ini dengan sewenang2nya. Pelihara selagi Allah mengizinkan. 

Housemate si mati juga sempat meluahkan kekecewaan pada warden asrama. Simpati juga dengan luahan itu. Antara lain katanya "kami ni bukan robot takder perasaan, kami ini manusia. bila balik kerja, kami ini disuruh duduk saja dalam asrama, pintu mau dikunci, tak dibagi kami ini bersosial/bergaul sewajarnya dengan orang lain. kami stres." 

Kalau benar bagai dikata, sememangnya ia tidak wajar. kadang2 saya lihat ada kecenderungan untuk majikan melayan kakitangannya seperti robot - tiada perasaan. saya tidak mengatakan kes ini, tetapi beberapa kes lain yang saya pernah dengar dan selami masalah mereka. especially kerja kilang, shift 12 jam. bayangkan, dah lah kerja memang stres, kalau tiada aktiviti sosial memanglah tension. saya juga nampak kurang kepekaan bahagian HR dalam kebanyakan syarikat dalam melihat kepentingan psikologi dalam organisasi mereka. Selagi pekerja anda adalah manusia - maka anda perlu juga mengambil tahu cara untuk mengurangkan stres kakitangan. Keperluan asas saja tak mencukupi, sila ambil berat masalah mereka kerana ia juga mempengaruhi prestasi kerja. Fikirkan cara untuk meningkatkan kesejahteraan pekerja supaya secara tidak langsung komitmen mereka pun dapat ditingkatkan. Kalau perlu diwujudkan pusat kaunseling/bimbingan, maka wujudkan supaya setiap masalah peribadi pekerja dapat ditangani secara cepat sebelum lebih banyak kes psikologi dilaporkan. Mewujudkan perkhidmatan seperti ini mungkin tiada pulangan duit segera kepada pihak majikan, tetapi jangka masa panjang, ia lebih ekonomikal berbanding jika majikan terpaksa menanggung kos pekerja yang sakit jiwanya seperti kemurungan kronik dan skizofrenia. 

Dalam kita mengejar keuntungan, jangan dilupa bahawa hubungan kemanusiaan itu lebih bermakna. Hidup ini  ibarat roda. Mungkin kalau ini kita berada di atas, kita tidak peduli, kita melayan orang seadanya saja. Tapi hidup ini ada pasang surutnya dan karma itu mungkin berlaku pada kita juga. 


Read More

2 Responses to Ku pendam sebuah duka

  1. Maiyah
    October 13, 2012 at 7:18 PM
    bila iman tiada
    mcm2 akan terjd
  2. Cengkih78
    October 13, 2012 at 9:21 PM
    tul tu kak, kesian pun ya jugak. apakah yang difikirkan sehingga melihat mati bunuh diri itu lebih baik dari hidup terus...