Posts

Showing posts from March, 2013

Sesat dalam terang...

Image
Kadang-kadang kita memang memerlukan perspektif segar untuk melihat sesuatu. Apabila kita menghadapi masalah dan kecelaruan, fikiran dan tindakan mungkin mengalami kekeliruan, kita ingat dah lurus dah jalan, rupanya semakin kesesatan!!
Dalam keadaan beginilah pentingnya hadir seseorang yang memberikan perspektif yang baru pada kita, barangkali dirinya yang tidak terlibat dalam kemelut tersebut, menjadikannya mampu melihat kecelaruan yang kita alami dengan lebih jelas, lebih jelas daripada kita sendiri. Itulah yang baru berlaku sekejap tadi. Terima kasih kepada Prof. Saucier dari University Oregon US atas komen beliau terhadap program-program dan hala tuju pusat kami. 
Ada beberapa komen beliau yang saya rasa amat bermakna untuk direnungi bersama: Sebuah universiti penyelidikan perlu menjiwai semangat penyelidikan itu. Akan timbul masalah apabila acuannya sebuah universiti penyelidikan tetapi isinya masih seperti universiti sebelum penyelidikan. Misalnya, pensyarah terus-terusan terbeb…

Ada apa dengan Clinique

Image
Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Akhlak dan Akal Jalan Seiring

Image
Tabiat membeli buku semakin meriah setelah beberapa bulan 'berpuasa' tapi buku yang hari tu pun tak habis-habis lagi baca. Bukan aper, kadang-kadang page 1 dah bosan, tu yang baca tak gerak-gerak dari current page ke next page. Akhirnya, jadi koleksi semata2. 
Beli 3 buku minggu lepas, 1 novel omputih best seller - Admission and 2 buku karya tempatan, satu buku kecik pasal huraian sejarah, kebaikan, manfaaat surah Al-Kahfi dan satu lagi dari Hj Pahrol Mohamad Juoi. Baru habis baca bab 1 pagi tadi sebelum mulakan keje. 
Hj Pahrol ini prolifik juga orangnya, salah satu buku dia yg menjadi koleksi kegemaran saya ialah Tentang Cinta. Bagaimana Cinta dilihat dari perspektif Islam dan bagaimana cinta sesama insan itu akan lebih terpelihara dan mendatangkan berkat apabila bertunjangkan Islam. Bahasanya santai, ada ilustrasi gambar-gambar kartun yang menarik (aku ni kan kartun). Buku mukmin profesional ini pun ada trademark itu lagi, penuh ilustrasi kartun yang saya suka. 
Antara int…

Tragedi Lahad Datu

Image
Kesibukan menghadkan peluang saya untuk memblog di alam maya, tapi saya sentiasa membaca blog2 untuk mengetahui perkembangan terkini. Lebih-lebih lagi insiden pencerobohan Lahad Datu. Saya tak mau ulas banyak sangat bagaimana pasukan keselamatan kita terkorban, cuma saya ada buat entry yang terkorban baru2 ini.
Sebabnya...
Saya tak sampai hati, lebih-lebih lagi bilamana mengetahui mayat pasukan keselamatan kita disayat2, dirobek-robek, dikorek-korek bijik mata, disembelih...masya allah, tak tau apakah ketika mereka masih hidup atau nyawa2 ikan. Sukar untuk saya menghadam maklumat ini dalam fikiran saya, kerana saya akan tertanya-tanya, apakah tiada secebis rasa persaudaraan Islam di dalam hati mereka yang melakukan kekejaman ini? Sudahlah datang membuat kacau, diseksanya jasad mereka yang tidak berdaya itu. 
Saya memang bersetuju apabila PM Najib tidak berlembut dengan gencatan senjata itu kerana mereka tidak layak pun diberikan peluang itu. Cukuplah rundingan demi rundingan sejak se…

zenia x is coming

Image
Lama dh x update blog n rumah zenia..Terjumpa Raymond on my way for lunch. Dier kater rumah most probably will be completed ahead of schedule..maybe few months earlier..in august or something.Raymond tgh promotes new houses in my area called zenia x. Tgk tak banyak unit this second round. Rumah teres 2 tingkat A
22x75
Rumah teres 1 tingkat B
20x65
Rumah teres 2 tingkat C
15x93Jenis A tgh promosi harga rm463 804
Harga biasa rm528 800
Harga bumi rm491 784Booking rm3000Jenis B dan C dh habis dijual. C dan B adalah rumah kos sederhana. Anyone interested??Published with Blogger-droid v2.0.10

Bersatulah bangsaku!!

Image
Saya tahu ketika blog ini ditulis sekarang ini, saya bukan punya peminat beribu-ribu seperti beautifulnara atau blog-blog popular lainnya. Tetapi sekiranya anda terbaca blog ini saya ingin menyeru bahwa saat dan ketika yang sangat genting ini, saya mahu Melayu bersatu padu. Janganlah kita berbalah memperlekeh pasukan keselamatan kita, mengadu domba menyebarkan fitnah dan berbalah tentang UMNO dan PAS!!! Kita ini Melayu, kita Islam, mengapa disaat kita perlu bersatu hati memerangi musuh yang jelas2 sedang membidik dan mengorbankan pasukan keselamatn kita, kita masih lagi berbalah???
Ketika ini, adik beradik kita, saudara mara kita, rakan sekerja kita, suami seseorang, ayah seseorang sedang berperang di sempadan Lahad Datu, mungkin perginya tak kembali!!! Mintalah doa yang baik2 dan diberikan semangat kepada mereka untuk menghadapi musuh. Bukan anda yang sedang meletakkan leher anda untuk dibunuh sekarang, yang nyawanya di hujung tanduk, jadi hentikan cercaan, bantulah walaupun dengan …