Tuesday, October 2, 2012

cinta yang ditolak

Aouch...! Memang menyakitkan bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Tapi wajarkah penolakan itu dijadikan alasan utk menganiayai insan yg tak menerima cinta itu? Sudah pasti tidak. Apatah lagi membunuhnya!


Pagi tadi metro melaporkan seorang wanita bekerja sbg dj radio d johor hampir menjadi korban gara2 cinta yg ditolaknya. Beliau tlh diculik n diugut bunuh oleh sekumpulan lelaki yg dikatakan diupah seseorang yg kecewa cintanya tidak berbalas...pulak dah! Sanggup tuh upah bunuh.

Apa dah jadik dgn orang sekarang..

Mengapa rapuh benar jiwa sampai cinta kena reject pun nak bunuh org tuh. Tu baru kena reject cinta..blum lagi kena reject yg lain2. Apakah xder org nak ajar bhw dlm kehidupan ni kita tak dapat semua yg kita hendak? Bahawa kegagalan itu adalah asam garam hidup? Takder istilah 'keep it cool' 'let go' ke dlm hidup lelaki spt ini?

Aper2 tak puas hati nak settle cara bunuh. Pastu upah org lain pulak tuh. Nilah ciri2 lelaki yg tak gentleman..through n through.

Lelaki2 sekalian..
Janganlah berkasar dgn wanita. Wanita bukan lawan anda. Kami ni perlukan anda semua utk melindungi maruah n keselamatan kami..bukan jadi bahan buli n dera. Tolonglah..!
Macho lelaki bukan pada otot dan bodynyer yg sasa tetapi letaknya pada kesabarannya yg tinggi..bertempat dlm meletakkan kemarahannya dan berprinsip. Dan yg tidak berkasar kpd wanita baik kecil mahupun dewasa. Ingat tu yer...

Cinta x boleh dipaksa. Kalau ditolak..ader ramai lagi orang lain boleh dipilih. Jgnlah terlalu sempit dlm pandangan kita. Belajar yakin bhw setiap perkara itu ader hikmahnyer. Kalu sayang..doakan dia bahagia dgn siapa pun dia bersama. Bukan membunuhnya! Itu bukan cinta tetapi dendam kesumat.

Kekuatan anda bukan pada otot pejal sahaja tetapi tuuuuu...jiwa tuh. Jgnlah terlalu kerdil jiwa kita ni sehingga kegagalan kecil pun kita sanggup jadi punah ranah. Belum ader dlm sejarah dendam kesumat itu membahagiakan diri anda. Ia seringkali berakhir dgn mala petaka.

Apakah berbaloi kerana kena reject anda masuk penjara. So..setiap kali berlaku kekecewaan dlm hidup anda dan anda fikir nak buat benda bodoh...SILA FIKIR DULU. Jgn ikut emosi melulu.
Terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata@perbuatan buruk padahnyer.


Keep it cool will you?
Published with Blogger-droid v2.0.8

2 comments:

Maiyah said...

mnusia tnpa iman
snggup lakukan apapun
moga diberi hidayah :(

Cengkih78 said...

tul tu kak...

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...