Posts

Showing posts from September, 2009

Hari Raya di Melbourne

Image
okaylah, u all layanlah gambar2 raya nie. gambar nie diambik candid jer. si lin dah kenyang makan kat living room, pindah pulak ke 'bar corner' kitaorg panggil coz kat sini lah kami suka lepak2 sambil buat kopi dan borak2. lin syok citer kenangan raya di kampung and si duratun khusyuk jer dgr, maklumlah first time raya di perantauan. okaylah takderlah diaorg nangis2, kira tahan hati jugaklah.
Ingat kan rombongan kitorg yg dtg lewat rupernya kami yg first sekali sampai umah Dr kahar dan kak roziya. tak lama pastu baru family abg tareek dtg pulak, dan famili2 yg lain.

Duratun..meja makan pun nak posing ka? hihi..

Lin dan Sam. nielah yg meramaikan students msia di student village.

sam, rahim and akak tu first time baru nampak. dia duduk area ginifer jugak, kak roziya kenal masa solat raya kat masjid bosnia pagi tu.

abg tareek dan isteri.


borak2 di bar corner. ntahler, dapur tu jugak best kitorg lepak2 sambil menghabiskan biskut simpanan kak roziyah. hihi.

tak cukup biskut kat dlm …

Malam Menjelang Raya

Image
Nie gambar yg diambil malam semalam, malam sabtu. di rumah inilah (Dr Kahar/Kak Roziah)kami bertarawih setiap seminggu sekali berkumpul dan buat potluck. oleh kerana takder pasar ramadhan, semua makanan kami teringin, kena blajar masak sendiri. dari tak pandai masak, jadi pandai masak, tu antara hikmah blajar tempat org, boleh tajamkan skill memasak.
sbb esok nak raya, takde tarawih maka mlm smlm dihabiskan dgn main bunga api. yg lebihnyer sbnrnya bukan budak2 nie, tapi org2 tua yg blum puas jadik budak kecik hahaha. konon2 nak ajak budak2 nie main tapi sbnrnya sendiri teringin nak main bunga api. cover line konon2nya. pak imam jadi ketua main bunga api. gambar sy tak diuploadkan spy tak dimanipulasi. nanti pecah rahsia, students tengok malu ooo..

Lin dgn muka semangat raya, mencelah di tepi. posa penuh katakan. saper yg excited main bunga api nie sebenarnya? tgk budak2 cute nie cool jer, kanak2 tua jer yg terlebih seronok.



Akhirnya berjaya

Image
anak abg alwi..kih-kih pandai posing
gathering sblm sambut posa (bbrp hari seblm posa). tangkap gambar tu Lin. baju itam nie abg tarik (phd), sebelah dia pakai cap Sam. Sam & Lin satu course engineering. undergrad duk sama kat student village. nie kat cafe, atas cafe nie library


A Day in Pompeii




Melbourne Library


pantri tuk rehat2sblh ofis

putera katak, penghias meja di ofis..chup-chup!

kesejukan menanti muzium buka utk tengok exhibition Pompeii


Akhirnya dpt jugak carik software utk SE K810i yg compatible dgn Windows Vista. Laptop baru yg dibeli hari tu guna WV and software yg saya ada tuk install SE k810i compatible utk windows XP sajer. hari tu carik tak jumpa, katanya ms tu blum ada utk WV, after a few months, akhirnya available for download. so blhlah letak gambar raya kat sini nanti. tunggu ya..

gambar2 yg download kat sini, gambar 'takder makner nyer' sajer sajer jer..hehehe

Dari Jauh Ku Pohon Maaf

Image
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

kepada semua rakan dan taulan di Malaysia dan di mana jua berada. selamat bercuti di hari raya. yang akan balik kampung berhati2 di jalan raya. pandu cermat jiwa selamat dan enjoy your long holiday. eratkan ukhuwah dan silaturrahim. makan sedap2 tolong ingat orang2 lain yang kurang bernasib baik (saya ler tu). pada yg berhari raya di kampung halaman dan tanah air pastinya lagu anuar zain dan halina yg sesuai dgn tema. kami nie, dendang perantau & dari jauh ku pohon maaf (dari jauh ku lihat korang makan sedap2) jer lah..sob-sob!















~suasana hari raya~



berlalulah sudah ramadhan
sebulan berpuasa
tiba syawal kita rayakan
dengan rasa gembira
anak muda dirantauan
semuanya pulang ke desa
ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terhingga
bertukar senyuman dan salam
ziarah menziarahi
tutur dan kata yg sopan
saling memaafi
suasana hari raya
walau di mana pun jua
memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
kuih dan muih beraneka macam
makanlah jangan hanya dipandang
ket…

Tiada mampu berdusta

Image
Di dunia ini, manusia yg bijak menipu bisa saja melepaskan dirinya dari kesalahan. Malah keadilan dlm institusi kehakiman itu sendiri boleh dimanipulasi oleh orang2 yg bijak memahami percaturan perjalanan dan proses perbicaraan mahkamah. Berapa byk kes yg pernah didengar di mana seorang yg tidak bersalah dihukum penjara bbrp tahun sblm pesalah sebenar tertangkap, yg bersalah tapi tidak disabitkan kerana tidak cukup bukti dan sebagainya. Sungguh, ini menggambarkan kelemahan kita sbg manusia dlm melakukan pengadilan. Namun, sifat keadilan Pencipta itu sentiasa ada, sungguh mahkamah keadilan akhirat itu seadil2 neraca timbangan, tidak tersembunyi walau sedikit pun dari pengetahuan Allah. Pd saat itu bersaksilah malaikat2 pencatat malah tubuh badan ini sendiri akan menjadi saksi akan segala apa kita perbuat. Bagaimana bisa lagi menipu???

Janji Allah akan pengadilan yg benar:

Dan kami pada hari kiamat akan mengadakan timbangan yg adil, sehingga seseorang tidak akan dirugikan barang sedikit p…

Penderhakaan Iblis dan Ikrar Menyesatkan Manusia

Image
Dan ketika Allah memutuskan penciptaan manusia:

Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kpd para malaikat: sesungguhnya aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering yg berasal dari lumpur hitam yg diberi bentuk.28

Maka apabila aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah menyempurnakan kejadiannya, dah telah meniupkan ke dalamnya ruh ciptaanku, maka tunduklah kamu kepadanya dgn bersujud.29

Maka bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama-sama. 30

Tapi si Iblis, dengan kesombongannya:

Kecuali iblis. ia enggan ikut sama-sama (malaikat) yg sujud itu.31

Allah berfirman: hai iblis, apa sebabnya kamu tidak (ikut sujud) bersama2 yg sujud itu?32

berkata si iblis: aku tidak sekali-kali akan sujud kepada manusia yg engkau ciptakannya dari tanah liat kering yg berasal dari lumpur hitam yg diberi bentuk.33

Kemurkaan Allah:

Allah berfirman: keluarlah dari syurga, kerana sesungguhnya kamu terkutuk. 34

Dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari kiamat.35

Pemohonan penangguhan …

Muhasabah

Image
Hai orang2 beriman, jgnlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang2 yg diluar kalanganmu kerana mereka tidak henti2 menimbulkan kemudaratan bagimu. mereka menyukai apa yg menyusahkan kamu. tlh nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yg disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. sungguh telah kami terangkan kepadamu ayat2 kami, jika kamu memahaminya. Al-Imran ayat 118

My favourite Qari

Image
Sini sy nak share di sini senarai favourite qari saya di You Tube. Sy link kan terus dgn bacaan mrk yg sy rasa adalah terbaik (pada pandangan peribadi sy). Kesemua qari nie dari Timur Tengah. Sebahagian mrk adalh imam2 besar masjid di Kuwait mahupun masjidil haram. Sesungguhnya bacaan yg sempurna itu amat dekat dihati. Kebanyakan mrk Smuda2 belaka. Selain menjadi imam, ada di antara mrk juga yg aktif bernasyid dan mempunyai website sendiri di mana anda blh download mp3 bacaan2 Quran mrk spt Al Afasy dan Al Kandary. salah seorang favourite qari saya di You Tube ialah kanak2.

1. Mishari Rashid Al Afasy (paling suka dgr)

Klik terus utk dgr:

Bacaan Surah Ibrahim
Bacaan surah Al Mulk

nasyid dia yg best

Ella Salati
Talaal Badru Alayna

blh juga dgr azan dia yg merdu (syahdu betul irama seruan mari bersembahyangnya; blh sebak dgr pagi2 hening)

azan al afasy

2. Syed Sadaqat Ali

Bacaan surah Ar Rahman

3. Al Kandary

Bacaan surah At Taubah

4. Hassan Ibn Abdullah (budak kecik)

Bacaan surah Muzammil (very so…

Antara redha dan pasrah

Image
Ridha berasal dari kata radhiya-yardha yang berarti menerima suatu perkara dengan lapang dada tanpa merasa kecewa ataupun tertekan. Sedangkan menurut istilah, ridha berkaitan dengan perkara keimanan yang terbagi menjadi dua macam. Yaitu, ridha Allah kepada hamba-Nya dan ridha hamba kepada Allah (Al-Mausu'ah Al-Islamiyyah Al-'Ammah: 698). Ini sebagaimana diisyaratkan Allah dalam firman-Nya,

''Allah ridha terhadap mereka dan mereka pun ridha kepada-Nya.'' (QS 98: 8).

Ridha Allah kepada hamba-Nya adalah berupa tambahan kenikmatan, pahala, dan ditinggikan derajat kemuliaannya. Sedangkan ridha seorang hamba kepada Allah mempunyai arti menerima dengan sepenuh hati aturan dan ketetapan Allah. Menerima aturan Allah ialah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Adapun menerima ketetapannya adalah dengan cara bersyukur ketika mendapatkan nikmat dan bersabar ketika ditimpa musibah.

Dari definisi ridha tersebut terkandung isyarat bahwa ri…

Muhasabah

Image
Nota: Rindunyer kat Msia bulan Ramadhan nie. Utk menghilangkan rasa rindu, sempatlah membuang masa sblm tido mencari2 gambar2 utk msk dlm blog sambil mendengar jemaah tarawih dari masjidil haram Makkah di You Tube, sadis betul bunyinyer. Jemaah pun seminggu sekali, rindu sgt utk berjemaah di masjid..rindu sgt..sob-sob! kesiannyer pd diri sendiri..pd kawan2, kamu semua benar2 bertuah. ringankanlah kaki mengimarahkan masjid di bulan mulia nie.

Syurga rumahtangga

Image
~ syurga rumahtangga ~
Syurga rumahtangga itu fitrah hati Naluri semulajadi yang pinta diisi Kerananya jejaka rela menjadi suami Kerananya perawan rela menjadi isteri Masing-masing dengan harapan Agar rumahtangga membawa kebahagiaan Matlamat yang satu tetapi jalannya berliku Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza Lalu bermacamlah jalan ke sana Bahagia itu dari dalam hati Kesannya zahir rupanya maknawi Terpendam bagai permata dalam hati Terbenam bagai mutiara disalut nurani Bahagia itu pada hati Bertakhta di kerajaan diri Bahagia itu pada jiwa Mahkota disinggahsana rasa Bahagia itu kesabaran Bila susah tak gelisah Bila miskin tak pemarah Bila gagal tak resah Binalah rumahtangga atas tapak iman Tuluskan niat luruskan matlamat Suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi& Isteriku, kaulah permaisuri hati, penyeri Islamku nanti& Muktamadlah akad sahlah nikah Denga nama Allah, gerbang perkahwinan pun terserlah Binalah hudup di ne…