Posts

Showing posts from March, 2016

Lemon + Honey = Minuman rutin setiap pagi

Image
Kat facebook ramai yang share minuman kesihatan yang boleh dibuat sendiri seperti fusion water and detox juice. Macam-macam khasiat dan kebaikan minuman seperti ini diterangkan. Saya sendiri adalah penggemar minuman juice. Serious. Kat bangi gateway ni ada satu kedai kiosk (ezeejuice) jual juice drink saja, yang freshly blended, tak dicampur dengan air kosong mahupun gula. Serius suka and sedap. Harga dalam RM11.90. Saya biasa beli botol besar and boleh habiskan minum dan-dan itu jugak, habis diteguk dengan sekali tegukkan. Melantak. 

Of course my ultimate favourite ialah: gabungan carrot, green apple, ginger + orange. Huhu sedap. Ada yang tak suka sebab ada halia dalam tu, macam husband, pahit muka minum air tuh. Ahaha. Tapi bila dah selalu minum okay jer. Selalu jugak buat sendiri di rumah menggunakan mesin pengisar buah biasa. 
Tapi yang saya nak cerita di sini ialah, setiap orang ada cara tertentu untuk mendetoxkan dirinya. Saya nak share satu rutin saya setiap pagi yang saya dah…

Bila kahwin tak jadi..

Image
Bila pengantin tak jadi kahwin.. Huhu, panas jugak topik ini. Semalam penuh facebook dengan komen dan pandangan netizen tentang hal ini. Rasanya takder bakal pengantin yang mahu cerita tak jadi kawin yang mengaibkan itu jadi bahan berita utama. Kalau jadi headlines pun, kita nak yang molek-molek, ye tak? Kurang-kurang "Wedding of the year", bukan "Gaduh tak jadi kahwin kerana tak cukup hantaran." 
Macam-macamlah pandangan dan pendapat orang ramai kat media sosial. Macam-macam teori ada. Seperti selalu, senang untuk tuduh ini itu sebelum tahu kisah sebenar. Hari ini, lebih hebat, keluar pelbagai versi pulak, versi pengantin pompuan, versi mak sedara pengantin, versi tok imam. Versi kucing jer takdek!! 

Tak molah ulas siapa salah siapa benar dalam hal ini. Dengar one side of story, belum cukup untuk kita justify apa-apa. Kita sebagai orang luar, hanya memandang, hanya dapat dengar dan baca setakat yang dikongsikan sahaja. Yang belakang tabir, yang tak sembunyikan, y…

Selamat Hari Polis Ke-209

Image
Fenomena ekuinoks nampaknya masih berterusan. Cuaca di luar nampak macam biasa, tapi try keluar jam 11 lebih pagi, pun dah terasa panas berbahang. Perit terasa cahaya matahari terkena kulit walhal masa tu ada dalam kereta on the way untuk lunch. Lunch di bakar-bakar bersama husband. Tercapai juga hajat nak bawak dia ke mari. Hari tu lupa nak snap gambar untuk rekod, now sesiapa nak try bakar-bakar bolehlah mengira bajet anda sebelum bawa ahli keluarga. Seperti pergi first time hari tu, pilihan utama ialah grill kambing. Uik memang sedap, udangnya pun sedap, udang harimau. Cuma kena sabar dengan asap berkepol-kepol sampai baju memang bau asap grill. Waktu siang lebih murah dari waktu malam. Malam dengarnya selalu penuh. Kami pelanggan pertama datang situ tadi. Hehe. Semangat tu nak melantak. 

Dua hari sudah, hari polis ke 209. Sempatlah wish kat facebook. Actually ramai kawan dan kenalan yang bekerja sebagai polis, arwah ayah pun polis, abam pun polis ;-) Semoga polis-polis di Malaysi…

Songs that killed

Image
Tidak dinafikan, lagu mempunyai aura tersendiri dalam mempengaruhi emosi kita. Kalau orang zaman dulu-dulu berperang, mereka ada semboyan, yang ditiup untuk meningkatkan semangat berperang. Lagu boleh membuai perasaan, boleh membuat kita rasa bersemangat, bahagia, menangis, derita...yada..yada. 


Percaya tak?? 
Mungkin juga sebab itu dalam islam kita tidak digalakkan terlalu memfokus kepada lagu dan bunyi-bunyian, kerana ia boleh melalaikan kita dalam banyak perkara. Lalai kerana rasa terhibur keterlaluan, lalai kerana dibuai perasaan.



Lagu yang membunuh, Saya terlihat satu dokumentari di National Discovery Channel, tentang satu lagi yang dianggap menyebabkan banyak kematian - bunuh diri. Masa tengok tu, siap host program bagi amaran, berhati-hati mendengar lagu tersebut nanti sebab takut bunuh diri. Waaah, nerbes jugak, kot-kot dengar kena rasuk ke apa. Nauzubillah. Lagu tu dicipta sekitar tahun 1930an so muziknya memang klasik, cuba kalau kita hayati lirik lagu then baru kita faham ke…

Makan Tengah Hari di Bakar-Bakar & Grill House Bangi

Image
Dari hari tu lagi kami sekawan berura-ura nak makan di Bakar-Bakar & Grill House Bangi, tapi ada jer sebab menghalang. Nak kumpul satu semua sekali memang susah sekarang sebab masing-masing banyak komitmen. Yang dah ada jawatan macam abg Nas and Sam ni memang lagi lah, kejap meeting sana, kejap meeting sini..sungguh susah nak carik time diaorang takde meeting. Tak termasuk bila ada kuliah masing-masing, and research dan lain-lain. Berjanji beria-ia, tapi cancel last minute. Janji makan di sini pada kali ini pun diputuskan semasa weekend masa Kak Jee upload gambar dia makan situ ngan husband dia. Adoi, terliur ler tengok. K jee pun kata, why not this coming Monday sebab hari tu hari semua orang takde kelas, and kebetulan abg Nas and Sam pun ada masa tengah hari. Petang jer sepatutnya ada meeting. So still have time kalau pergi awal. Alhamdulillah tercapai hajat nak makan situ for the first time. 
So, tepat jam 12 tengah hari kami satu kereta meluru (meluru sebab masing-masing exci…

Hari-Hari Ekuinoks Ku

Image
Jika ikut ramalan, hari ini sepatutnya panas membahang. Memang panas pun tapi alhamdulillah panas tu reda sedikit kerana hujan lebat turun sebelah petang. Hari Ahad, tiada agenda rasmi, hanya temankan bos pergi servis kereta, makan tengah hari, dan membeli barang di Mydin. Sementara tunggu kereta servis, kami makan-makan di Red Card. Dua kali pusingan, makan tengah hari, and minum petang, sebab tunggu servis kereta yang agak lama. Nasib baik ada beli surat khabar, so borak-borak tentang isu semasa. Niat asal nak makan makanan kampung, tertukar jadi makan western sebab Red Card tu paling hampir. Cuaca membahang, adoi tak larat nak cross over sebelah sana nak gi Gulai Kampung (tempat favourite makanan kampung selain kedai Temerloh). Plan asal makan tengah hari lepas tu cari ABC, tertukar jadi western food and creme brulee. Ahaha. Benarlah, kita merancang, Allah menentukan. Elok jer plan dalam kereta, tertukar dalam perjalanan. 


Cerita panas Muka depan surat khabar, tentang penangkapan …

Drama Cinta dan Fantasi Cinta Ku

Image
Sejak kebelakangan ini, banyak betul drama-drama melayu jam 7 malam yang dihasilkan berdasarkan novel-novel cinta terlaris di pasaran. Macam-macam nama yang saya sendiri pening nak faham. Mungkin sebab saya sendiri bukanlah penggemar cerita-cerita seperti ini. Bukan mudah untuk menarik perhatian saya untuk lekat jam 7 malam semata-mata nak tengok drama. Cuma baru-baru ini satu drama saja yang buat saya rasa nak tengok iaitu Cinta Si Wedding Planner. Walaupun ada jer watak stereotaip kat dalam tu (ex girlfriend psycho dan cinta separuh mati dan jahat nak mampus ahaha), tapi saya boleh pejam sebelah mata demi menghabiskan drama tersebut chewah! 

Seriously kalau tanya saya, saya pun tak tahu novel-novel cinta terlaris di pasaran sekarang ini. Sebab genre kegemaran saya sendiri bukan novel cinta. And saya banyak beli buku genre psychothriller, inspiring stories. Ada jugak beli novel english romantik tapi selalunya tak habis baca pun. Baca beberapa helai dah tinggalkan, dok belek jugak bu…

Perkahwinan Jarak Jauh: Antara Manfaat dan Risiko

Image
Jika ditanya pasangan berkahwin, boleh dikatakan rata-rata mahu tinggal sebumbung dan serumah dengan pasangan masing-masing. Hampir tiada pasangan yang suka dengan keadaan hidup saling berjauhan, terutama yang telah mempunyai anak. Tapi, kini nampak seperti trend bilamana semakin ramai pasangan yang menjalani hidup sebagai 'weekend husband/wife' kerana pelbagai faktor. Saya masih teringat sedikit waktu lalu ketika menjadi panel temuduga biasiswa pendidikan untuk penjawat awam, ada dalam kalangan calon yang ditemuduga mengutarakan isu ini yang dikatakan menjadi penyebab kepada banyak masalah kepada kakitangan awam. Misalnya tekanan psikologi dan konflik perkahwinan (curang dan penceraian). Ini belum kira aspek lain seperti tekanan kewangan akibat kos ulang alik.

Malaysia sahajakah yang mengalami fenomena ini? Kalau ikut pembacaan, ia ketara adalah penyakit masyarakat negara maju/membangun, bilamana berlaku perkembangan pesat dalam ekonomi yang mempengaruhi corak pasaran dan pe…

Orang2 lama

Hari nie khamis, spt biasa, 'ladies nite'. selalu setiap khamis sy, siri, and kak zami akan gathering di highpoint utk dinner di nandos. ada member komplen kata, 'loh, tak bosan ker? asyik2 nandos jer?' well, what can i say? tu jer restoran terhampir dan HALAL. the best thing is that, sbb ada a new member utk tambah geng kami for ladies nite - Riayati, ibuk dari Indonesia, advance PhD student, baru sampai, duk pulak satu student village.

Mengubat lara

Image
haiya..sedih smlm Rafael Nadal quit ms lawan ngan Murray dlm set kedua. Murray dlm rank ke 4 dunia and Nadal ke 2. last year, kalu u all msh ingat citer sya, Nadal juara thn lepas slepas mengalahkan Federer. Nadal nie very energetic, and tennis player selalu nak elak main lama2 ngan dia sbb stamina dia mmg tinggi, last year dia kalahkan Fed setelah 6 jam main, sy tido time tu tak larat nak tunggu, sampai ke pagi main. dahsyat tak dahsyat. tapi Murray lawan yg hebat juga, dia ada sikit2 mcm Fed, dia jenis cool tapi very strategic, 'the thinker'. sy mengharapkan nadal jum fed di final tapi sbb nadal quit atas kecederaan lutut, sekaligus tersingkir utk peringat semi final, maka lupakan mimpi tu, so sy pun tak pasti saper ke final..harap2 fed ke final, saperpun lawan dia..novak pun okay gak and murray pun blh tahan..whatever, janji federer ada di final nanti!
okaylah lama tak upload citer2 lawak tuk kwn2, so hope you enjoy yg kali nie. senyumlah dan ketawalah bila perlu, kerana i…

Minggu yg haru biru

Image
Memang agak kelam kabut dan kelibut minggu ni. Ada mcm2 peristiwa menarik. Tulah, dlm seminggu mcm2 blh terjadi, apatah lagi kalau bertahun2 kan. First sekali, of course cuaca. Kat Msia takdelah taksub sgt dgn cuaca, tapi sini, tiba2 jadi peminat website www.bom.gov.au official website utk bereau of meteorology australia. pantau cuaca all the time. utk 3 hari nie kami kat Victoria menderita kepanasan luar biasa. Ikut berita tadi, Melbourne mencatat rekod baru mengalami panas melampau (atas 40 c) tiga hari berturut2. Kejadian sama pernah berlaku dulu thn 1855, itu lbih kurang 100 thn lampau. Kira hari nie dlm sejarah la. Tapi nak melaluinya, hmm, ckp pun susah, rasa sendiri baru tahu. seksa. hari nie plg panas cecah 45 celcius. smlm, pukul 7 mlm pun msh 40 c, naik pening kepala. tapi, ikut weather forecast, esok suhu start jatuh bwh 40, dlm 30-38 max minggu nie. latest mlm nie, suhu 26 c. alhamdulillah. lega sikit nak tido mlm nie. My housemate citer, colleague dia kat ofis kematian ar…