Rumah Zenia Kajang (progres)

Perkembangan baru rumah Zenia Taman Harmoni Semenyih

Lama dah tak update rumah, sejak super busy ni nak jenguk rumah tengok progres pun tak sempat. Gambar ni baru ambik minggu lepas. Kebetulan keluar sekejap, maka singgahlah nak tengok kemajuan rumah. Mula2 ingat tak bagi masuk, tapi cakap ngan guard, sajer nak lalu tengok rumah saya siap ke belum dia pun bagilah masuk. Now inilah rupernyer rumah Zenia terbaru..jalan dah semakin elok, cuma belum bertar. Tiang elektrik dah berdiri and pokok pun dah ditanam. 



Okaylah progres rumah, kalu gitu insya allah hujung tahun nie aderlah projek besar lepas raya. Operasi berpindah dan mengemas rumah and tambah sikit-sikit per patut. Mari kita berpindah beramai2 nanti ;-)
Pastikan jangan beli biskut raya banyak sangat, ingat ader bajet lain nak kena fikir. Hehe..






Comments

hafiz87 said…
Sy pg tgk last week.. park guard kc msk.. n senyap2 msk umah sendri.. bleh la bajet2 nk letak pe nti..
Cengkih78 said…
Wah ok tuh..sy x brani pulak masuk time tu..takut kna halau
shahharriey said…
Last week sy g tgk..jln dah bertar. Time tu lori2 tgh rancak bwk bahan utk tar jln. Pokok2 kecil dpn stiap rumah pun da ditanam. Klu nk msuk tgk, minta izin dgn guard..biase diorg bg..
Anonymous said…
I masuk sana beberapa kali, i nampak banyak kapal terbang, especially pesawat AirAsia terbang lalu di atas langit Zenia.Bunyi kapal terbang memang kuat lagi bising. Adakah sebab Zenia terlalu dekat dgn KILA?
CUMIE said…
suka baca blog ni sbb ada update pasal zenia. td sy pi tgk umah x boleh msk sbb dia baru tar jln.
shahharriey said…
masuk senyap2 jln kaki ikut tmn permainan yg sebelah zenia tu. siap da msuk dlm rumah lg..hehe
Cengkih78 said…
Ya, kawan2 yang ada update pasal zenia harap boleh share bersama link anda, saya berbesar hati berkongsi2 info dengan anda semua :-)
Anonymous said…
Kawan2, Tanya sikit. Saya baru nak survey2... Rumah zenia ni ok ke? Berapa range harga? If corner berapa?

Saya tengok Ada zenia X.
Anonymous said…
7 Jul hari tu buat spotcek. Setelah dapat kebenaran Pak Guard, keta disuruhnya parking kat entrance. Jadi terpaksalah berjalan kaki sampai hujung (rumah kita menghadap bukit). Macam dah 90% siap. Pagar sedang dipasang keliling taman menghadap bukit tu (punah harapan nak bina garaj keta depan rumah... kiki)

FYI, semua pagar rumah dah dikunci tetapi kita masih boleh menyelinap ikut pintu sampah hehehe..
AJ Alwy said…
This comment has been removed by the author.
AJ Alwy said…
This comment has been removed by the author.
AJ Alwy said…
Assalam bakal jiran.
rumah sy sama lorong dengan awak tp rumah sy barisan bertentangan dgn rumah awak.husband selalu follow up progress rumah dan sebulan sekali sy mesti pegi melawat.
bulan lepas (ogos) sy ade pergi melawat.seronoknya rumah dah complete.yg tak seronoknya, belakang rumah sy (masa beli belakang tu tanah kosong)dah naik bim utk buat kilang semi d utk light industry. ada 6 lot.kami org pertama yg komplen sbb kami tak diberitahu belakang tu akan di buat kilang. site manager mr max tak silap, bg tau husband n bagi plan dr majlis perbandaran yg mereka akan buat wall barrier kalis bunyi setinggi 8kaki = 2.4m (tak sampai setengah pn dr height rumah kita).kami mintak developer push mpkj utk buat barrier yg lagi tinggi.
sesiapa pembaca blog ni yg ada beli rumah kat area 20x68, yg belakang rumah tu dulu tanah kosong, silalah buat komplen yg sama kat developer.tercemar sikit excitement nak masuk rumah baru.
sori panjang pulak.seronok jumpa bakal jiran. =)
Anonymous said…
Bakal jiran yang dihormati,
Saya diberitahu bukan 6 lot kilang ini sahaja. Di belakang detention pond juga merupakan “ tapak komersial” yang akan dibina kilang light insdustry.
Saya juga diberitahu tiada guard house akan dibina sebagaimana yang dijanji oleh pemaju.
Selain daripada itu, pagar dawai tidak akan didirikan di kawasan playground flat, akan biarkan terbuka sahaja. Kata mereka, ini senang untuk penghuni Zenia main di playground flat itu. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh masuk dan keluar kasawan Zenia pada bila-bila masa.
Terima kasih.
Anonymous said…
Assalam bakal jiran,
Minggu lepas saya buat spotcheck. 99.9% dah siap. No rumah, no jalan dah dinaikkan.

Terkejut juga tengok signage "Jalan Harmoni 20" ... kenapa tidak "Jalan Zenia"?

2091
Cengkih78 said…
salam semua,

light industry tu agak2nyer pekebenda nak dibuatnya kat situ?? ye saya perasan kawasan ujung rumah 20x68 belakang sekali tu dah ditarah. seingat saya situ tapak zenia x. takkan zenia x umah ngadap industry zone??? dah lah mahal dari zenia yang ader. sy rasa tetangga zenia boleh berunding utk bina fence sendiri nanti and if possible, guard sendiri.
AJ Alwy said…
belakang detention pond pun akan ada kilang lagi? saya baru cuba sedapkan hati sebab masa pergi jalan2 di hillpark last week nampak rumah semi d kat situ pun dekat betul dgn kilang.
tapak zenia x bukan belakang tu tapi kat area bukit yg dekat dgn hillpark rasanye.
dekat padang flat tu memang kena buat fence sbb saya banyak jumpa botol arak di kawasan tu. lagipun bangla yg buat kilang selalu ikut kawasan padang utk pegi ke kedai runcit di kawasan flat.
hafiz87 said…
Bad news is Kunci rumah dapat lambat.. Dh call Joint Power, plg awl dpt kunci pn myb bln 12.. Coz skrg depends on CF to approve.. Totally out of control..
shahharriey said…
da nk masuk bulan 11..harap dpt kunci rumah dlm masa trdekat coz pinjamn prumahan pun da start byr da 2 bulan lps..
Aj Alwy said…
tulah..husband saya pn ada call joint power katanya baru submit cf bulan sept.kitorg mmg letak target dpt kunci rumah december. paling lewat januari 2014.
pasal kilang belakang tu, husband tgh cuba chek dgn mpkj pasal wall barrier. chek map dr mpkj belakng rumah 20x68 n 20x70 yg dekat detention pond mmg dah diwartakan kawasan kilang. huhuhu..
Puan Tan said…
I masuk kawasan Zenia bersama suami petang kelmarin, kami terhidu bau chemical yang menjijikkan. Siapa tahu puncanya?
Kilang-kilang besar yang sedang dibangunkan di belakang itu memang mengecewakan. Adakah Zenia akan dikelilingi oleh kilang-kilang besar satu hari nanti? So sad!
Anonymous said…
As salam semua...Semalam saya jumpa Raymond di Warta, dia kata developer mmg xde sediakan pondok guard utk Zenia...so guard yang jaga jalan masuk Tmn Harmoni tu jugak consider guard utk Zenia...Ermm...klau tgk kawasan Zenia tu, kita kn ada Guard sendiri sb kat belakang tu kosong...senang org luar keluar masuk..
kena buat security 24hrs...sb kat area tu banyak warga asing...
Anonymous said…
Kilang lagi? macam mana nak tinggal kalau dikelilingi kilang-kilang?
Aj Alwy said…
Puan Tan, you pegi area mana ye? so far masa saya pegi pagi, petang n malam dekat area 20x68 tak pernah pulak ada bau chemical. mungkin masa tu kontraktor sedang buat kerja kot.
last weekend sy pergi tgk, dah masuk tiang & kabel elektrik n dah ada lampu jalan. tapi masa tu hujan ribut so tak dapat turun kereta. dah masuk november. harap2 dapat kunci nx mth.
Puan Tan said…
Puan AJ Alwy,
Salam mesra.Aku pergi minggu lepas around 7pm. Aku terhidu bau chemical di kawasan taman permainan, entrance utama dan kawasan 20x70 yang dekat dengan entrance utama. Sebelum itu, tidak pernah aku menghidu bau yang tidak menyenangkan sedemikian di kawasan Zenia juga.
Hafiz87 said…
Guys, sy bru dpt surat joint power mntk release amount balance on 22 oct.. So, adakah kte akn dpt kunci dlm bln ni?
hafiz87 said…
Just call joint power, they said, Zenia already got CF.. Hence, just wait for the bank to release last payment to them (take about 1 month).. Then only Dec, we will get the key..
shahharriey said…
sy pun dah dpt surat dr joint power utk release final loan drawdown..xsabar nk dpt kunci rumah..he2
Aj Alwy said…
harini dapat berita baru, cf dah released. alhamdulillah. husband call joint power td. kunci diorg akan serah bulan depan, bila payment dah dapat bank.
=))
Irman said…
Hi/ Salam to all,

Yesterday I went to Kajang, looking for house. Jmpa sales agent Zenia-X. Actually, Zenia and Zenia-X ni kat area mana?
Anonymous said…
selamat sejahtera
Pasal kilang di belakang itu, developer kata boleh buat aduan beramai-ramai di MPKJ. Menurut developer, kilang memang tidak boleh didirikan terlalu dekat di kawasan perumahan.
Anonymous said…
hopefully we can sit together & discuss about.it is better before the factory start running.
Anonymous said…
To: Cengkih78
Talking about the factories, Cik, you are well-educated and highly capable person, can you please do something for us? I thank you in advance for your help.
Cengkih78 said…
Salam semua, eh tak sangka ramai gak yang berdiskusi di sini. Rasanyer memang kena buat sesuatu, kerana kita tak pasti kilang jenis aper nak buat kat situ? and memang boleh dekat ngan industrial zone ker? Saya tidak arif bab2 undang2 ini tapi i can ask someone about it.
Anonymous said…
Terima kasih, Cengkih 78.
Anonymous said…
Ambik kunci rmh ade kena byr pape tak? Tq
shahharriey said…
dah dpt surat dari developer utk collect kunci..kena bayar maintenance charges dec 2013-May 2014 & accumulated interest
shahharriey said…
This comment has been removed by the author.
hafiz87 said…
shahharriey, berapa kena bayar?
shahharriey said…
maintenance charge rm300 utk period tu..accumulated interest depend pd masing2..
matyie said…
Ramai ker yg dah dapat kunci dlm ni?leh kita jumpa....eratkan silaturahim...saya dah dapat kunci..dlm proses select kontraktor utk reno.plan bulan 1 reno....bulan 2 masuk....tadi saya nampak dah ado org duduk umah zsnia....opposite taman permainan
shahharriey said…
sy pun da amik kunci last week..plan nk buat reno. perlu ke kita dapatkan kebenaran dari majlis utk buat renovation kat dapur? cadang nak naikkan dinding tutup semua area wet kitchen..ada yg kata xperlu sebab masih dlm boundary rumah
matyie said…
saya pun plan nk buat macam tu juga...tanya member kata kena submit...by the way...sesapa yg dah dapat kunci...sila check water tank dekat atas bathroom master bedroom...saya punya ada problem...suspek pelampong rosak...umah belum duduk...tapi meter air dah stated 53m3 usage...cek cek...air leaking dari tank sebab suspek pelampung problem....water pressure pun slow....tapi yg tu saya nk detail check next week..nk bukak semua pili...takut air slow sebab angin dlm water tank buleh jadi mcm tu jugak...
shahharriey said…
kunci rumah pun kne check..byk yg ketat xboleh nk unlock pintu. so far rumah nmpk ok..ade sikit2 je yg kne betulkan semula
Cengkih78 said…
saya blum dapat lagi, raw saya ni kata husna blum dicuci lagi, so mybe next week baru boleh dapat kuncinyer. congrats pada yang dah dapat.
Anonymous said…
alhamdulillah,, kunci rumah dah dapat last week.. semalam kami ade appt dgn en.rahim utk check defect..agak bnyak jugak,, kene betul2 check satu persatu.. selamat berjiran semua.. :)
Anonymous said…
Assalamualaikum,, nama saya Rokumar Bin Husain , saya pengerusi Rukun tetangga Taman Harmoni(KRT)jiran tuan tuan, pondok guard di pintu masuk jalan utama ada lah di bawah unit keselamatan rukun tetangga, kami mempunyai no hotline keselamatan 24 jam, kalau tuan tuan ada masalah keselamatan, tuan tuan bolehlah call no keselamatan kami 019 2527921 bercakap dgn ketua keselamatan en Ahmad bin Hamid, sementara tuan tuan mempunyai security sendiri, terima kasih.
Anonymous said…
dah amik kunci few weeks back tp x settle lagi check defect..ari tu masa check lampu satu suis x nyala so dorg kena btlkan dulu..plan ari rabu ni nk settlekan check defect..smlm tgk ada 2 3 rumah dah ada orang duduk...

skrg plan nak renovate belakang tu jd wet kitchen n sliding door kat bilik blkg tu tukar jadi tingkap.
Aj Alwy said…
Semalam dpt kunci terus buat inspection elctrical dgn pakcik rahim. Banyak socket lampu diorg salah pasang esp dapur n atas, bila check semua takde letrik. Alhamdulillah budak yg tlg check tu immediate betulkan wLupn bos dia tak bagi.
Harini buat inspection defect. BNyak sangat! Dinding crack, tiles dlm toilet bawah ada hollow, tiles tangga semua lompong takde simen, kesan air macam bocor kat siling master, tiles pecah, tombol berkarat, ah banyak lagilah. Cuma tangki je tak sempat check sbb dah penat check tiles satu satu. Form complaign defect pn dah submit pada pacik rahim.
Harap2 cepatlah diorg setelkan defect esp hollow pd tiles.
troy said…
Bro Aj Alwy,

Aduuuhhh..sedehnya..nape banyak sgt defect...rumah bro kat row mana?

Ni yg tak sedap hati nak amik kunci ni...

lagi 1, camne cara bro check tiles tu? pakai tool apa2 ke? and one by one ke?

thanks..
shahharriey said…
Alhamdulillah..so far rumah sy xde crack..Brgantung pd nasib keadaan rumah masing2. Pakcik rahim kata akan ambil masa sebulan utk betulkan semua defect. Next week da mula renovate rumah..
Anonymous said…
shahharriey awak renovate apa ye?kena dapat kelulusan mpkj x?
CUMIE said…
salam n salam sejahtera semua...

smlm dh pi ambik kunci n dah tnya pasal timber decorative door yg dia janji kan dlm SNP tp xde kat pintu umah kita semua...jd husna ckp kita boleh buat surat tuntut hak kita. dlm erti kata lain kita buka blk SNP n list kan smua bnda yg dia janji nk kasi tp x kasi n wat surat senaraikan semua bnda yg xde tu...
CUMIE said…
lupa lak pasal renovate rumah termasuk pasang grill, karbinet dapur n plaster siling ikut kan kena isi form n byr deposit RM 500 pada joint power . tp terma ni berkuatkuasa dr tarikh ambik kunci smpi Julai 2014..lps dr tu x pyr through joint power dh....mgkn through Mpkj lak kot....(ops maaf tuan tanah a.k.a cik cengkih sbb terlebih tulis comment) :)
matyie said…
saya komplen 4/12...sampai sekarang belum repair lagi....plan nk buat reno kena hold dulu sampai diorang betulkan semua defect....saya yg paling major..main water tank bocor...floor bawah tu dah berkulat...wall dia nampak kesan air meresap n effect cat..plaster ceiling kat area DB dah bocor sebab water leakage...
CUMIE said…
owh, rumah matyie yg no.3 dr show house conner lot tu ye...ada perasan gak smlm.
Aj Alwy said…
Troy,
Rumah sy row blkg yg dkt kilang. Area 20x68.
Tiles mmg sy check satu2.pakai pen je. Boleh dgr kalo bawah tiles ada hollow ke tak bila ketuk. Cubalah.
Alhamdulillah water tank sy tak bocor cuma tatau lah mana dtg kesan air kat siling master.pakcik rahim bgtau diorg akan mula repair harini tp sy tak percaya.
Kefahaman sy reno yg nak kena bgtau mpkj kalo reno tu mengganggu struktur rumah, mcm nak tambah balconi ke kat depan, extention dapur.

Cumie,
Actually banyak yg devlpr tak ikut spec mcm dlm snp.check n compare balik. Sy nk dtg chek tinggi n panjang rumah pulak sabtu ni since sy jumpa ni byk yg tak sama snp. Harap2 ikut spec la. Tak sabar nak masuk ni tp mcm2 pulak.
CUMIE said…
al alwiy..

aiyok...risau lak sy...x smpt nk tgk btl2 lg umah tu. mula janji nk jumpa en. rahim sabtu ni tp dia tak boleh dtg. so terpaksa bawa ke ari lain.
sy perasan dah ada 2 family dh masuk umh...x sabar nk join dia org...hehe
shahharriey said…
sy dah dpt kelulusan mpkj utk buat renovation..sbnrnye sekejap je proses surat kelulusan dlm sejam tertakluk semua dokumen lengkap & gmbr rumah dpn blkg dan bayaran proses serta deposit telah dijelaskan di kaunter hasil. Klu ikutkan prosedur nk pasang gril pun kne dpt kelulusan majlis. Kmdn surat kelulusan kne pamer dpn rumah klau ade inspection. Skrg senang hati sikit nk buat renovation..
shahharriey said…
lg 1 kne byr deposit rm500 kt developer ngn sewa tong rm250 utk buat renovation..

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Ada apa dengan Clinique

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?