Friday, January 25, 2013

Persediaan masuk rumah baru

Bestnyer kalau ada backyard macam nih. Bye-bye TGV/GSC...! 

Demam masuk rumah baru sedang melanda diriku :-) 

Boleh tu terbangun kul 3-4 pagi, bukan nak tengok draft tesis students, boleh pulak surf internet carik pasal persediaan masuk rumah baru. Memanglah, bila sesuatu itu menjadi keminatan seseorang, dia takkan penat/letih dengan benda tu. And berbeza pulak perkara yang kita tak berapa suka..mulalah ngantuk..and..boooring!

Banyak jugak websites/blogs/forum sites yang saya terjah tentang topik berpindah ke rumah baru nih. Beberapa kesimpulan yang saya dapat ialah:

Its about money..perlu persediaan kewangan untuk berpindah rumah baru. Semakin tinggi hajat/impian, semakin tinggi jugaklah kos yang perlu disediakan. Ada yang buat minor renovation, ada yang buat major..tambah ini tambah itu. Kalu ada duit sekepuk berjuta2, mungkin tak kisah tentang bajet, tapi saya yakin kebanyakan orang termasuk saya sendiri, mempunyai kengkangan kewangan untuk melaksanakan semuanya. Pada saya bersederhana lebih baik, masukkan yang perlu sahaja. So bila tengok2 dan baca topik ini, dan memandangkan tempoh masuk rumah baru semakin hampir, selain duit perlu ada..satu lagi saya perlu sediakan ialah...

FAIL MASUK RUMAH BARU..hehe

So, banyak jugak dah info saya dapat tentang persediaan masuk rumah nih, rasanya perlulah saya mula bukak fail supaya research2 yang saya dah buat tu dapat dicompile dalam satu fail untuk rujukan misalnya beberapa nama kontraktor untuk grill sekitar kawasan ini, dan kontraktor mana bagus, tak bagus etc. 

Selain itu perlu jugak maklumat anggaran kos penambahbaikan yang kita rancang utk rumah supaya kita dapat menyediakan duit secukupnya. Oleh kerana ada lebih kurang 8 bulan lagi nak siap, maka sempat lagi kalu nak men-top-upkan duit2 bagi cover kos2 yang tidak terjangka.

Jadi, bila dah dapat kunci rumah, senang untuk bertindak saja. 

Ada satu blog nie, bagus jugak dia menyenaraikan beberapa perkara penting/asas yg perlu sebagai persediaan masuk rumah baru. Beliau menyenaraikan mengikut kronologi..iaitu apa yang patut diutamakan/dilaksanakan dulu sebelum yang lainnya iaitu:

1. alarm wiring
2. wiring
3. plaster ceiling 
4. cat 
5. kitchen cabinet + wardrobes
6. tinted 
7. grill
8. autogate

Mungkin ada orang melihat kelapan2 ini sebagai keperluan, mungkin ada jugak yang melihat, ada yang optional, terpulanglah kepada tanggapan dan kedudukan kewangan masing2. 

Tu belum lagi bab lampu/kipas angin/aircon/water heater/langsir...

Menariknya, saya perasan dalam kesemua blogs/forum sites yang saya lihat..takder pun yang mentioned tentang SMOKE ALARM/Extinguisher ker...pada saya benda ni penting jugak. Kita lebih concern tentang rumah/harta benda kita dicuri (alarm wiring/grill) dari jika berlaku malapetaka yang datang dari dalam (e.g kebakaran). Masa di Melbourne dulu saya dah siap beli 4 set smoke alarm. Masih simpan elok lagi sbb saya memang cadang nak letak kat umah sendiri nanti. Extinguisher pun perlu ada di rumah kita, at least satu iaitu di dapur di mana risiko kebakaran lebih tinggi. 

Pada saya setiap rumah perlu ada satu. 

Okaylah, panjang lah pulak ceramah petang jumaat nih. Pasal keduniaan pulak tuh..ish2. Anyway di masa depan mungkin lebih banyak info tentang segala proses masuk rumah baru akan menghiasi dada2 blog nih. Harapnya maklumat yang dishare bermanfaat utk readers yang melalui pengalaman sama. Sharing is caring. 

Selamat berhujung minggu ;-) 

20 comments:

Maiyah said...

salam..
wahh sesapa pun
mmg teruja le ;)

Anonymous said...

Sebelum reno lebih baik dapatkan nasihat id jika ada bajet..lebih bagus..

Cengkih78 said...

Tul tu. Tq for the advise. Try my best :-)

dodi said...

apa nama blog renovation tu?

dodi said...

apa nama blog tips persediaan pindah rumah/ renovation tu

Anonymous said...

Salam
Dh baca blog u n i find it very interesting n informative. Sy suka when u mentioned smoke alarm. Sy pun nk ambik kunci rumah baru esok.

Shahril said...

weyh korang tau tak klau nk beli perabot baru lebih bagus atau blh settle je utk second hand? Ak nk kahwin da akhir bln ni.. Lps kahwin nak pindah rumah baru.. Rumah baru, perabot pon xde la.. Ak takut perabot baru sume mahal.. Ish knpe nk kahwin ni kena kluarkan byk duit..... nak kena igt raya pon lps ni...

Mia Zahira said...

rumah baru masuk la perabot baru. baru kena. seswai ngan pengantin baru hehe. so raya ngan semua brg baru. tp tu la skrg brg smua mahal naik harga.

Raja Mber said...

kalau rasa x mampu bli cash, bli je ansuran. kalau nk cepat barang, takyah nk tnggu duit smpai bnyk br nk ada prabot. huhu. aku bli kat courts je brg. byr ansur2.ok je takde mslh.tmbh lak polisi br diorg, bnyk jaminannya.
http://www.courts.com.my/promise.html

Stevie G said...

sy rasa kalau nk beli perabot, baik simpan dulu duit.nanti dah cukup beli la cash. tak payah bayar ansur berhutang bagai.

Unknown said...

yep stuju. aku dulu kumpul duit je sblm beli pape prabot. dh cukup br beli. settle.

Shahril said...

ak rs ak akan pegi utk cara installment la.. Klau nk bayar penuh, kena tunggu lama lagi.. Xleyy laaaaaa…. Mcm mane nk cuci baju, simpan barangan sejuk kiter lps pindah? X praktikal… So Courts… Courts ni ak rs bagus jugak laa.. Diorg ade promo utk raya sebanyak 80%.. nak edar barang pon bkn nk kena tunggu lama pon, ak tinggal kat Bandar Sri Damansara.. dekat2 ade courts dah..

Cikgu Jamila said...

rumah baru siap renovation. dh luas rasa nk masuk aircond pulak. sblm ni dlm bilik je ada. brbaloi tak kalau letak kt ruang tamu eh?

Mia Zahira said...

@Cikgu Jamila
untungla dh renovate rumah bg besar. hihi. alang2 dh besar masuk la econ. br rasa sejuk segenap ruang. tak payah letak kipas bnyk2. gituu

Unknown said...

@Cikgu Jamila
elok le kalau nk cari aircond. skrg ni k courts ada pesta penyaman udara terbesar. courts cooling fair 2015 namanya. banyak2 brand2 faymes utk aircond ada. diskaun smpai 50% diorg offer.

Cikgu Jamila said...

@Diva AA
ye ke? banyak brand tak ada? smpai bila ? kalu murah boleh la tmbh satu dua bijik. hehe. maklumle skrg musim panas

Unknown said...

@Cikgu Jamila
sampai 20hb september ni. panjang lg masa ada kalau nk pegi hehe.
bnyk brand ada. brand2 faymes semuanya. awk boleh cek kt website courts kalau nk tgk katalog

kaki skodeng said...

ada jugak tgk pasal ni kt iklan dlm paper.
kipas meja jual dgn harga seringgit je. tp tak tau le betul ke dok

Unknown said...

@kaki skodeng
ha ah, ada. kipas 12". tp untuk model terpilih je. beli cash rm1. haha.
ada jugak kipas2 lain. yg besar yg tinggi. harga serndah rm75

Mhelmi said...
This comment has been removed by the author.

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...