Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts

Tuesday, October 31, 2017

Cenderahati untuk new baby & mom




Dulu masa single, membeli present untuk new mom agak confusing kerana tiada pengalaman. SO i usually just go with the flow sahaja, meaning, i just follow kawan-kawan yang ada pengalaman, dah pernah jadi mak/bapak budak untuk pilih barangan bayi. Dalam fikiran saya ketika itu, hanya fikir baju baby sajer!!! 

Now bila dah jadi mak budak nih, baru tahu sebenarnya banyak benda yang boleh kita hadiahkan kepada ibu yang baru melahirkan ini, samada kita nak fokus kepada ibu itu ke atau anaknya atau kedua-duanya. 

So, now dah jadi mak budak ni, even beli baju baby pun now spektrum kefahaman saya tentang baju pun dah bertambah. Misalnya, lebih baik beli baju bayi untuk 3 bulan or 6 bulan ke atas berbanding new born kerana NB baby cepat outgrowth them. And selain baju, boleh beli macam-macam jugak seperti blanket, topi, stokin, atau alat mandian bayi. Alat mainan pun boleh beli, or buku cerita or alat-alat berkaitan dengan bayi seperti bottle warmer, stroller, baby cot, baby carrier, pendek cerita something yang practical for baby and mom. 

Ibu jangan dilupakan :-)
Idea yang sangat bagus jika kawan-kawan dapat beli hadiah untuk si ibu. Like me, kawan2 hadiahkan set penjagaan diri bodyshop. Sangat bagus sebenarnya, memang tak guna masa berpantang, tapi lepas pantang dapat pakai something yang wangi and soothing memang refreshing!! Kalau nak canggih lagi, boleh jer hadiahkan baucer spa ke untuk berurut, mandi bunga, massage, manicure & pedicure. Mak-mak sekalian berhak mendapat peluang dimanjakan setelah penat melahirkan anak dan melalui tempoh berpantang yang agak mencabar. 

Atau paling mudah..bagi cash saje. Hehe, so momies boleh beli apa-apa yang patut untuk keperluan bayi yang baru lahir. 

So, jangan ketandusan idea apa nak bagi kawan-kawan yang baru melahirkan anak!!


Thursday, September 28, 2017

Review Ibu 40 Hari



Salam keibuan...untuk semua perempuan dan pembaca sekalian..jika adalah :-)

Hari ini genap 40 hari melahirkan, berpantang dan menjadi ibu 24/7 hari seminggu. Perasaan? Bercampur baur. Memperolehi anak sendiri adalah sebesar-besar anugerah buat seorang wanita. Tapi datang bersamanya cabaran dan keseronokan. 

Dalam 40 hari ini, apa yang saya dapat review kan??

Seronok
Penat
Mencabar
Ngantuk
Teruja

Jadi ibu kepada anak kecil sememangnya mencabar. Kerana baby bergantung kepada kita 100% dari segala aspek. Memang penat dan benar cakap kawan-kawan, selamat menempuh era 'tak cukup tidur'. Huhu. Baby yang baru lahir ini memang tabiat mereka bangun dan menyusu purata 2 jam sekali termasuk malam. So hilang sudah nikmat tidur ku bertahun-tahun dulu.


Memory lane - dulu time single, boleh tidur dan bangun anytime, walaupun saya punyer rutin tidur yang teratur. Saya jenis tidur awal, seawal jam 9 malam walaupun bangun pun awal jugak. Maksudnya, terpulang pada saya nak tidur jam berapa, ikut mata. Nak tidur, tiada siapa boleh melarang, menegah dan sebagainya. Heaven kan.

Dah kahwin - kena adjust ikut husband. Kami mempunyai rutin masuk tidur pada waktu yang sama. Kalau dulu tidur seawal jam 9 pm, now kalau husband ada, maknanya tidurlah lewat sikit, sebab teman nak berborak, berbincang, makan-makan, tengok tv dan sebagainya. 

Dah beranak - huhu, makin kurang jam tidurnya kerana baby bangun 3 kali sehari waktu malam, cthya jam 12 mlm, jam 2 pg dan jam 4 pagi. Baby merengek untuk menyusu, time itu jugak saya akan check dan tukar lampin. Saya suka tukar lampin baby sekali apabila menyusukannya. Kesian tengok baby tidur dalam keadaan sememeh dengan najis dan lampin basah. Saya suka baby saya tidur dalam keadaan nyaman dan selesa. 

So, now memang tak cukup tidur. Bertambah tak cukup tidur bilamana baby meragam menangis.Macam semalam, balik dari injection, baby meragam teruk. Agaknya baby terkejut kena injek time syok tidur, dapat pulak jarum halus, panjang dan dalam jugak cucuk nurse tu. First time tengok baby saya nangis muka semerah2nya dan sampai menjerit tak keluar suara. Balik tu elok dia tidur tapi mula jam 7 petang baby start nangis on off sampai tengah malam!!! Saya dengan tak sempat makan mandi dan bertukar pakaian. Husband pulak takde. Memang jem kepala, dengan ngantuk penatnya. 

Macam-macam buat, mandikan, sapu minyak telon, minyak angin, balm baby, massage, tuam, semua tak menjadi. Menerukkan keadaan, baby nak dikendung setiap masa. Adeh naik lebam lengan. Bila husband balik rumah barulah tukar shift, saya dapat mandi sekejap. Tapi baby tetap nangis. Akhirnya jam 12 lebih baru baby nak tidur. Huhu. Semalam yang memenatkan dan mencabar. Masa inilah rasa macam-macam, nak marah, jem sekejap sebab tak tahu dah nak buat apa and kadang-kadang dalam fikiran bayang yang bukan-bukan. Tapi istighfar banyak-banyak. Ya Allah, ini baby kecil yang tak tahu apa-apa. Jika aku berkasar dengannya, dia tetap memerlukan aku, tetap pandang wajah aku, tetap mengharapkan aku, seteruk manapun layanan aku bagi. Huhu, tak sampai hati. So aku jerit jer dalam hati "eh setan, ko jangan nak hasut aku bukan-bukan. Syuh..!! syuh..! main jauh-jauh"

Itu belum lagi cabaran berpantang, lagi2 seperti saya berpantang sendiri. Memang asyik kena marah kena tegur jalan macam orang tak berpantang, tapi aper choice ader? kalau jalan macam injet2 semut, memang bilalah nak habisnya. Nak jaga baby, nak masak sendiri, nak mandi, dan sebagainya. Awal-awal minggu selepas bersalin terlebih mencabar kerana kondisi badan yang tak fit dan masih dalam proses untuk sembuh, tambah lagi sakit jahitan, baby kuning dan sebagainya. Memang terasa down jugak, tapi nasib baik preparelah jugak minda ni setelah dengar cerita kawan-kawan ups and down ketika berpantang. Memang takdelah perfect pantangnya tuh, tapi saya positifkan diri, buat yang terdaya, terbaik dengan kudrat yg ada. Misalnya, kena makan nasik masak sekali, mesti panas-panas, dalam keadaan berpantang sendiri, itu adalah luxury yang saya takde. Tak mampu nak asyik ke dapur untuk masak. Masak nasi banyak sekali untuk sehari itu, dan lauk pun macam tu jugak. Redha ajerlah. 



Namun, disebalik semua itu, alhamdulillah saya dah rasa semakin okey sekarang. Luka pun dah takde rasa sakit, boleh jalan macam biasa. Saya tidaklah mengabaikan amalan pantang yang boleh saya praktikkan seperti minum air periuk, makan jamu, mandi herba, berbekong, berstoking, sapu badan dengan minyak panas, berurut. Selain ini, saya juga menggunakan set bersalin shaklee, so ini juga mempengaruhi kecepatan kesembuhan dan rasa sihat badan saya kot. Walaupun saya tak mengamalkan pantang yang intensif macam orang lain yg ada orang jaga dalam tempoh berpantang, tapi dengan perkara basic saya lakukan, badan memang terasa sentiasa berpeluh, panas walaupun dengan kipas siling on 24 jam. 

Bila berpantang sendiri ini, kita kena belajar banyak perkara sendiri. Macam saya, belajar untuk membuat air minuman kesihatan semasa berpantang sendiri. Saya tidak bergantung kepada ubat periuk semata-mata. Saya membuat sendiri air kesihatan seperti air rebusan sirih/kunyit/pegaga/rebusan herba cina yang saya selang selikan setiap hari. Syok jugak dapat minum minuman sihat seperti ini setiap hari. Saya ingat nak jadikan minuman seperti ini sebagai amalan walaupun selepas berpantang nanti. 

Saya buat blog ini ketika baby sedang tidur. Lama dah tak pegang laptop. Bila tengok wajah baby saya terasa lega dan syukur. Memang menjaga anak sendiri yang masih kecil bukan perkara mudah. Tapi in sha allah akan laluinya bersama. Memang tiada istilah u turn sekarang ini. Telah ada amanah anak yang terpikul dibahu saya dan suami. Anak yang tidak boleh dipulangkan bila penat, yang kita boleh undone bila kita rasa tak larat, tak mampu dan sebagainya. Ia adalah amanah yang harus dipegang 24/7 untuk seumur hidup ini. Zuriat yang bakal dan telah mengubah hidup saya 360 darjah. Tidak akan sama lagi hidup dalam banyak perkara.

Tapi journey kehidupan ini akan saya lalui semampunya. Inilah zuriat yang saya minta, doakan. Jadi saya akan bawa in sha allah dan semoga dipermudahkan untuk saya mendidik dia menjadi sebaik-baik manusia. Bila dah ada anak,saya terdetik di dalam hati, untuk menjadi lebih baik. Kerana telah ada manusia yang diamanahkan untuk saya didik, dan pendidikan terbaik bermula dalam diri sendiri. In sha allah, mudah-mudahan zuriat ini menjadi sbaik-baik manusia.



Wednesday, February 10, 2016

Cara Berpantang Zaman Moden

Berpantang adalah sinonim dengan dunia wanita, tak kira yang melahirkan atau keguguran. Keguguran pertama dulu saya berpantang 2 minggu, tapi kali ini lebih lama iaitu 44 hari kerana usia kandungan sewaktu keguguran sudah agak besar dan melahir secara normal. Ibu-ibu kita sangat menjaga pantang larang. Namun sekarang tak semua ibu-ibu/isteri-isteri zaman moden mengikuti pantang larang ini 100%. 

Pengalaman peribadi: 
Kali ini saya kira pantang saya lebih intensif berbanding keguguran pertama dulu. Mungkin juga kerana kandungan sudah besar, atau sebab dah ada pengalaman lebih sedikit tentang penjagaan diri selepas keguguran. Nak kata ikut pantang 100% tidak jugak cuma saya pastikan saya ikut beberapa perkara penting untuk wanita dalam berpantang. Saya survey jugak kawan2, ada yang memang ikut pantang, ada yang tak ikut langsung pun ada, hanya bergantung kepada ubatan doktor sahaja. Saya? lebih kepada 'mix fm'. Haha. Ada yang saya ikut, ada yang saya tak ikut. Cuma first 2 weeks saya ikut betul2 jugak. Saya senaraikan di sini beberapa kaedah berpantang yang saya amalkan. 

1. Berurut dan bertungku
Tiga hari berturut2 oleh kakak sahabat baik. Urutannya memang marbeles, tapi kena tahan sakit. Mula2 akak ni urut saya, memang rasa nak menjerit, pastu lebam2 badan di buatnya. Tapi saya suka urut akak ni sebab baru terasa diurut berbanding spa massage kat spa. Kalau urut ala2 spa baik saya pergi spa jer. Dia urut lama, dalam 2 jam lebih utk hari pertama, tapi reduce bila hari berikutnya ikut keadaan badan kita. Alhamdulillah saya berurut dan bertungku 3 hari sahaja kerana katanya badan dah okay, urat badan tak selirat, cuma nak make sure rahim kecut dan badan tak berangin. Second daya adoi sakit kepala dan rambut sebab dia kata banyak angin. Sampai akak ni tanya, buat apa semalam sampai angin banyak kat kepala, stress ker? The next day, baru saya teringat, saya mandi rambut sehari seblum dan saya balut tuala sampai kering. Oooh, no wonder angin banyak. Pengajaran saya dapat, lepas ini jangan jadikan tabiat balut rambut tu lama2 ngan towel. Keringkan secepat mungkin dan guna hair dryer. Akak ni tegur jugak saya tengok turun naik tangga ^-^. Husband pun ada tegur jugak, kata kena jaga langkah, slow2 bukan macam nak lari. Hehe. Seronoknya akak ni sebab saya kenal famili dia, pernah balik kampung dia dll so banyak kami sembang. So sesi bersembang sekali berurutlah. 


 2. Set afiat
Mula2 tak tahu nak beli set apa. Pening jugak nak pilih, macam2 ada kat pasaran, yang murah yang mahal semua ada. Tapi alhamdulillah, ketika pening nak carik ngan husband mak mertua suggestskan set bersalin afiat, first time dengar. Try review produk nih. eh ramai pulak kata bagus and paling tak sangka murah pulak tuh. Harga pada kotak RM105 tapi masa pergi jual dalam RM95 sahaja. Macam2 ada kat dalam and lengkap utk 44 hari. Ada makjun, minyak urut, pilis, ubat periuk, bengkung panas, jel mandian serai wangi, feminine wash dll. Berbaloi2. Tetiba feeling bestnyer berpantang. Ahaha. Ada yang dipakai sejurus selepas bersalin dan ada yang pakai selepas habis pantang dan selepas 20 hari.


3. Produk anugerah
Ini saya beli kemudian, mula2 husband bagi minyak sejuta rahsia anugerah. Bestlah pulak rasa dan baunya. Terasa soothing and refreshing and relaxing macam tuh. And tak terlalu panas minyaknya, suam2 jer kat badan. Saya suka pakai selepas mandi, sapu seluruh badan, terasa hangat. Sebab suka, beli lagi satu, satu lagi letak kat ofis. Akhirnya sebab tersuka saya beli:

Worth trying


Losyen anugerah - Pink dan Hijau. Pink saya letak di ofis, dan hijau letak di rumah. Pakai selepas mandi and selepas minyak sejuta rahsia anugerah. Warmnyer terasa and wangi jer. 

Hijau bau apel, pink bau floral. Yang penting minyak angin ni bau sedap and ada warming effects. Sesuai dipakai ketika bekerja dalam aircond
Pilis anugerah - pilis dalam bentuk minyak. sedap sangat bau and very soothing. pakai selepas mandi. saya tak pakai kalau pergi kerja. saya pakai bila balik dari keje lepas mandi. 

rasa relaks jer bila cium bau minyak pilis ini. lebih praktikal bagi ibu2 moden. tengah bekerja pun boleh sapu kat dahi


Mandian anugerah - air mandian dari daun2 mak mertua bagi dah hampir hilang baunya. so saya try lah ini pulak, dalam bentuk uncang, setiap uncang boleh pakai 2 kali mandian. rasanya sedap lagi bau daun original saya pakai tapi sebab dah beli, maka pakai ajerlah. baunya ala2 kelat gitu tapi saya tak kisah. janji mandi air panas dan saya tawakal jer dgn khasiat dari campuran pelbagai daun2 ini.

bila air mandian termasuk kat mulut, terasa payau, rasa macam minum teh herba pun ya jugak
Pati khasiat anugerah bijian - yang ni memang khusus utk wanita dalam pantang. rasanya tak pahit walaupun tak sedap, tapi saya boleh minum dan boleh diterima tekak.

Boleh ker menjadi perawan semula? Kontroversi sangat. Ahaha. Yang penting sihat tubuh badan. 


4. Pantang makan
2 minggu awal itu memang jaga, asyik makan ikan bilis, lada hitam, minuman halia, ikan bakar, dll. Kebanyakannya mak mertua sediakan dan kawan2 datang ke rumah yang masakkan. Satu hal yang saya kena rasa syukur ialah bantuan yg saya terima dan sokongan dari keluarga dan rakan2 yang bertanya khabar, datang ke rumah lengkap dengan peralatan dan bahan masak hanya utk sediakan bekal makan pantang saya utk beberapa hari. Even kawan baik yang duduk dekat datang bawak nasik panas2 dan ikan bakar utk saya makan. Mak mertua pun. Dalam kesedihan keguguran, saya syukur kawan2 dan keluarga memberikan sokongan. Dalam sedih tu terasa dihargai dan diberi sokongan. Sekarang ni ada juga saya termakan benda saya tak sepatutnya makan sebab tak tahu tapi lepas dah tau tu saya berhenti tak makan dah. Byk trial and error jugak. Bila husband tegur baru tahu, oh eh yer ker tak boleh makan? Gituwnyer. 



5. Tungku herba
Ni beli asing tak ingat brand apa. Sedap baunya bila distimkan dengan pengukus. tapi tukang urut kata, paling afdal tungku batu sbb tungku herba tak tahan lama/haba. memang betul pun, kejap jer dah sejuk. pakai awal2 jer pastu dah tak pakai lagi dah. 



6. Bengkung
Bengkung moden, bukan bengkung tradisional yang ikat berselirat tuh. Tak reti nak ikat. Bengkungm moden ada dalam 2 minggu jugak saya pakai lepas sapu perut dengan minyak panas. Sekarang dah tak pakai.

Ketat dan sesak nafas jugak nak pakai. So pandai2lah mengadjust


7. Stoking
All the time kat rumah, kalau tak husband bising. Sapu tapak kaki dengan minyak panas pastu sapu. 

Ini bukan kaki/stoking saya. Saya pakai stoking pejabat. Paw husband punyer ahaha. Stoking sy selalu pakai masa di melbourne dulu dalam kotak. satu hal nak selongkar. pakai apa adernyer.


Pengalaman pantang:
Personal view saya ialah masa berpantang agak terapeutik jugak, and i kind of like it. Memanjakan badan, menyembuhkan badan, bau rumah pun penuh dengan minyak angin dan bau jamu2. Ibarat tinggal kat spa utk jangka masa panjang. Yang tak best cuma kena tahan makan ajerlah. 

Sokongan sosial:
Keguguran/melahirkan, sokongan dari orang sekeliling sangat penting. Alhamdulillah husband, MIL, mak, anak saudara, adik beradik semua bagi sokongan. Kawan2 pun banyak mmbantu. Saat sakit, kawan2 datang beramai2 tolong bermasak di rumah, and keje2 saya terbengkalai kawan2 tolong settlekan dgn amaran: jangan fikir kerja!! biar kami handle and u take care of urself. And of course, husband. Hanya Allah dapat membalas semuanya. 



So itulah serba sedikit pengalaman berpantang saya. Saya tak jual produk atau promo produk dengan komisen. Lillahi-taala jer semua ini. Apa yang baik ambik pedoman, apa yang tak sesuai utk anda tinggalkan. 

Selamat menempuhi hari berpantang anda dengan penuh positif. 



Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...