Skip to main content

Kelas kecantikan blog

Okay, memenuhi permintaan akak zana yg bertanya ttg tips utk mencantikkan kulit blog, bagi warna warni ceria dan org pun suka. i try to make it straight and forward.

Bbrp perkara yg perlu diketahui dulu ttg blog anda sblm nak pilih templates.
1. tentukan jenis blog anda guna skrg - blogspot or wordpress. ini penting krn templates yg ada tidak semuanya blh didownload walaupun kita suka krn ada yg direka specifik utk jenis2 blog tersebut. pastikan templates yg disukai mmg utk jenis blog anda -eg blogspot/wordpress or kedua2nya. biasanya ia akan bagi tau samada templates itu tuk wordpress or blogspot.

fakta menyakitkan hati: wordpress blog mempunyai templates jauh lebih menarik dari blogspot. ini tidak pelik krn blogspot utk amatur mcm kita2 nie krn ia tlh prearranged, kita cuma guna so pilihan kita terhad berbanding wordpress, ia biasanya diguna oleh mrk yg lebih advance krn ia blh diedit sendiri oleh penggunanya mengikut kreativiti dan of course - mrk yg tahu selok belok web design.

2. pastikan jenis layout blog - adakah gunakan format html or xml.

fakta - sy mendapati format jenis xml lbh byk dari html. oleh itu lebih baik tukar dulu format html ke xml. caranya, pergi dashboad>layout>edit html>upgrade. kalu upgrade tak ada, click pick new template. new template biasanya tlh diformatkan ke xml. save.

3. sblm melakukan praktikal, sy nasihatkan buat blog baru sbg latihan. ini kerana bagi mengelakkan sebrg kejadian tak diingini berlaku cth kalu anda buat kesilapan teknikal yg membuatkan templates blog lama tak blh di divert semula. walaupun ketika nak edit html anda blh click full template safe tapi lbh baik buat blog lain utk 'belasahan'.

4. shopping templates - elakkan memilih templates yg terlalu sophisticated kerana yg cantik2 itu biasanya mmg sophisticated cthnya coffee desk templates (cantik dan popular), tetapi ada byk fail di dalamnya dan anda akan pening mcm ner nak upload nanti. biasanya akan berlaku error. tuk tak memeningkan kepala, pilih templates yg ada satu file format kod saja.

5. download - biasanya fail yg anda download dlm bentuk template zip. download ke dlm komputer anda (eg desktop/folder file/my doc). selepas complete download, open file tadi dgn >righ click mouse anda>extract all. computer akan extract file spt diarahkan. sekiranya anda lakukan yg betul, anda akan mendapat satu doc file yg mengandungi kod xml.

6. copy xml ke dlm blog: dashboard>layout>browse (locate di mana anda simpan file kod xml yg tlh diextract itu. eg desktop/my doc)>open>upload. xml template baru akan terpapar pd kotak html. save>preview.

7. peringatan: jika template ini utk blog yg tlh sedia ada, maka widgets yg ada di dalamnya akan terhapus dgn sendirinya, maksudnya anda kena buat lagi sekali. widgets ini blh dikekalkan tetapi kena tahu kod2 di dalam format xml itu. kena carik tutorial kat internet, ada. tapi sy terlalu mala s hari tu nak blajar sbb dah berejam2 dah carik templates.

8. sekiranya okay, maka anda blhlah follow the same steps utk blog sebenar.

apa sy ajar nie utk templates yg simple sajer spt template sy yg ada sekarang. yg lebih rumit tak reti, blum blajar lagi..harap maaf.

Comments

wawa..akak dh jd perunding kecantikan pulak dh..bgus2.. :)
Cengkih78 said…
hehehehe..kecantikan blog tau..
Alice said…
she's not wearing prada, only cheap shoes from Pasar Mlm, haha.
and worst still, she doesn't even have a degree...now u know why I'm so unhappy........
sometimes I woke up feeling like wn to scream, sometimes I woke up feeling like it's black Monday.
Doralin Lee said…
Celine mana nak download templetes ni..... aku nsk cube buat huru-hara dalam blog 'latihaan' aku la... thanks for the info anyway....

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…