Posts

Showing posts from April, 2008

Renungkan dengan hatimu

Image
Ada orang berkata, Jangan biarkan kesibukan dunia melupakanmu dengan Pencipta Bahkan Dia begitu dekat sekali Sekalipun tiadalah dapat dilihat dengan pandangan mata kasar Tapi apa yang Dia ciptakan.. Masya Allah cukup menggambarkan hebatnya pencipta kita.. Justeru..bagaimana hati kita boleh dipalingkan? Menyembah pada benda yang tiada kuasa sedikitpun dalam penciptaan Alam semesta ini? Dan sungguh.. PenciptaaNya saja bila direnungi Sudah cukup mencuit hati pada ketenangan Apatah lagi si empunya diri.. Betapa pun kita disibukkan dengan urusan duniawi Ambillah sedikit waktu Merenung penciptaaNya Moga kita beroleh ketenangan Lebih menghargai sesama makhluk yang bergantung pada manusia untuk kelangsungannya Dan supaya kita lebih hampir pada kasihNya p/s: teringin sekali jauh dari kesibukan urusan dunia, dapat kuluangkan sedikit waktu merenung sepuas2nya keindahahan setiap ciptaan Ilahi





Stress

Image
Perjuangan ilmu
Tiada yang mudah
Diduga, diuji, ditimpa musibah
Kadang-kadang silih berganti
Dengan hal peribadi
Mengeluh..
Hanya Allah mengerti
Titipkan doa
Pengharapan
Mohon semoga
' sesudah kesusahan ada kemudahan'
Percaya janji tuhan
Mendepani dengan sabar dan solat..

Earth Day

Image
Semalam adalah hari Bumi sedunia..dimana2 org bercakap ttg bumi yang semakin nazak dan perlukan pemulihan. Bermacam2 perbincangan dilakukan, baik peringkat tertinggi mahupun serendah2 tahap manusia. persoalannya, setakat mana kita benar2 memainkan peranan ini? adakah cukup kita mengharap 'orang2 besar dan kerajaan' melakukan sesuatu tapi sumbangan dari diri kita sendiri, dipertikaikan. Buatlah sekecil2 sumbangan, hari ini.. 1. beli beg yg blh recycle, bawalah semasa hendak membeli belah. jgn menerima beg2 plastik yg diberikan sekiranya tidak perlu. 2. jimatkan elektrik. bila habis waktu pejabat, off-kan komputer, pastikan lampu dipadamkan. ..listnya blh banyak sekali. mari kita sama2 menjadikan bumi ini selamat untuk diduduki.

Makhluk Allah

Image
Semua makhluk Allah itu cantik. Dari sekecil-kecil penciptaan, sehinggalah penciptaan kita (Manusia), lihatlah dengan teliti, akan nampak begitu sempurnanya ciptaan Dia. Maka dialah yang patut kita sembah dan taati. Terjadi perbualan pagi tadi yang agak menarik utk dirakamkan dlm blog ini. A: Hang duduk kat sana ngan siapa? B: duduk ngan student msia jugak, tapi dah final year, dah nak habis. A: umur berapa? dah kawin belum? B: adalah dlm 30an. A: cantik tak? (sambil mengangkat kening penuh minat..mcm nak ngorat ajer..) B: hmmm..A, makhluk Allah..mestilah cantik.. A: ahahahaha..aku suka statement tu.. B: (Senyum )



Hujan

Image
Hari ini..cuaca cerah, matahari bersinar..kehidupan manusia diteruskan, tapi saat itu seakan terhenti seketika buatku..ada harapan yg ku sandarkan padaNya..

Jgn biarkan aku keseorangan mendepani musibah
Mendepani ujian
Berdoa
Seikhlas kemampuan..
Mengharap pertolongan
Yang Esa

Morning Scenery

Image
I love morning scenery.. Bila tengok pagi.. Rasa lebih bersemangat..lebih ceria..lebih bahagia.. Terasa hari baru..semangat baru.. Semalam dah jadi kenangan Semalam dah jadi sejarah.. Tak kiralah yang gembira ker atau yang sedih.. Dah dikira berlalu.. Hari nie..hari baru Apa-apa kemungkinan boleh berlaku.. Indahnya aturan Allah swt buat..

Kata-kata hikmah

Image
'Orang yang bodoh itu ialah orang yang menjawab sebelum mendengar, berdebat sebelum memahami permasalahan, dan menghukumi sesuatu yang tidak diketahuinya.'



Petikan dari: Faisah Tehrani blogspot



Malasnyer..

Image
Kadang-kadang kita kepenatan, dan tiada lain kita nak selain diberi ruang tuk refleksi diri, biarpun sekadar cukup untuk menggaru belakang yang gatal..bila terlalu busy..perkara simple seperti menggaru belakang yg gatal pun rasa buang masa...
Segagah or sekuat manapun kita, jauh di lubuk hati kita perlukan seseorang yang blh kita gantungkan harapan, teman untuk melegakan perasaan dan berkongsi kegembiraan, walaupun bukan satu spesis..yg penting memahami

kalu ternampak orang lain 'jatuh' dlm perjuangan hidupnya, jgn mudah kita nak biarkan or mengutuk dan memberi tekanan tambahan..berilah bantuan yg sewajarnya..tetapi kdg2 manusia perlu merasai kegagalan/kejatuhan utk lebih matang dlm hidup..

Inilah 'mood' saya hari nie..penat semalam, rasanya hari nie nak lepak camnie ajer..miaw..