Skip to main content

Rumah lagi...

Salam n hi uoll..

Esok dh start kje balik. Impian utk jadi produktif di waktu cuti tidak tercapai. Produktif tang lain pulak..laju jer kaki. Bila dh berazam nk buat keje mulalah otak ni ligat fikir cara nk escape. Haish!

Esok ku tahu byk kje menanti. Ramai students dh start calling2 me for appointments. And lain2..bila fikir kje nk settle ni aduh..

Esok jerlah fikir kje. Hari ni masih nk layan hal rumah. Tapi rumah lain pulak. Ntah naper obses pulak ngan rumah. Tapi takper layan jerlah..nanti hilanglah meroyan tu dgn sendirinyer.

Saya mati2 ingat rumah yg tgh progress kt sebelah apartment saya ni adalah latest flats pkns. Rupernyer pkns punyer belakang lagi..yg tgh hebat naik kt sebelah blok apartment saya rupernyer...

KAYU MANIS GREEN VILLA

Macam tulah namernyer. Lokasi dh cantik. Tapi harga tu x berapa nak cantik...

Hehe..

Bermula pada harga RM990, 000 hingga RM1.5 juta something. Tuuuuuuuu dia!!! Saperlah yg akan membelinyer..

Ntahlah. Saya kira rumah yg in demand sekarang ni adalah rumah kos sederhana..bukan kos tinggi. Tak fahamlah pemaju nih.

Hari tu sempat jgk tgk harga2 rumah di mudah.com. Rumah penang kan depa kater mahal..iskh2 mmg mahal pun. Landed houses mak aiii..main harga juta2..rm800 ribu..rm900 ribu. Saiz n design samer jer ngan rumah harga 300 ke 400 ribu kt sini. 300 ribu tu layak utk kondo/ apartment unit jer. Ibaratnyer nak carik landed houses pada harga munasabah di penang ibarat mencarik rambut dlm tepung.

Kesianlah bg yg berpendapatan rendah. Hidup menjadi sukar...

Tolonglah banyakkan rumah mampu milik di seluruh negara.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments

Salam, tumpang tanya, banyak ke unit yang ada untuk kayu manis ni? Tq
Cengkih78 said…
Tak pasti sy..tpi mcm byk jgk..ntah2 dh ader pembelinyer..
taxandme said…
Ok.tq.cadang nak pegi sales office. Saja tengok-tengok.
Anonymous said…
Salam.. Rasanya ada 1 lg advertised kat iproperty hari tu.. Ok ke tempat ni ye?
taxandme said…
Dah pegi sales office kat reko sentral. Tinggal 2 unit lagi. Harga kira oklah dengan status freehold. Cuma jalan masuk agak ke dalam sikit. Pagi-pagi jam tak jalan ni?
Cengkih78 said…
Jln dlm ni x jam..tpi jln reko sesak time peak hours..pg g kerja or blik. Jln reko kira mcm main road jgklah. Tpi biasa kul 8 pg dh clear. Tpi in future jln dlm ni pun bzz jgk coz apartment pkns 400 unit tu siap..housing areas dlm tu start buka n kayu mnis ni. Dulu sek 5 ni isolated. Xder jln tembus mner2. Klu housing area sblh apartment pkns start bukak n blh tembus seksyen lain mybe lbh busy dr skrg.
taxandme said…
400 unit!.. banyak tu. Sorang bawak satu kereta dah 400. Katalah 25% keluar waktu pagi, dah 100 kereta atas jalan. Jalan nampak kecil je.saya nampak ada satu jambatan menghala ke seksyen 4. Ada jalan keluar ke seksyen 4 ke?Kalau jalan tu sambung, lagilah banyak kereta.
Anonymous said…
Hmm.. Saya tanya hari tu ada satu je lg, itu pun case loan tak approve. Lain dah sold out except bungalows. Sekarang ada 2?susah nak dpt loan skrg ni.. semi d under construction freehold ni nmpk berbaloi lg ke banding dgn nadayu92 or kajang2?
Cengkih78 said…
Yup..mmg pun..ader jambatan..klu prasan byk umh baru kt blakang..so akan busy jgk lambat laun
Cengkih78 said…
Rasa ok kot. At least x plu lalu tunnel. Kjg 2 tu quite mahal jgk. My chinese friend told me kjg fasa 2 tgh offer..last phase sbb no extension or new phase in future. Dont know why.
Cengkih78 said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
Assalamualaikum
Ada pemilik Kayumanis Villa di sini?
Anonymous said…
Waalaikumussalam..
ada.. saya beli thn 2012.. lama pulak tgg cf. Dari bulan 12 dev dah apply

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…