Posts

Showing posts from October, 2016

Upgrade workstation di rumah

Image
Setiap orang ada gaya bekerja tersendiri. Saya agak gemar bekerja di tempat yang berbeza-beza mengikut mood semasa. Kadang-kadang saya seperti biasa bekerja di pejabat, namun sekarang saya semakin kerap bekerja dari rumah kerana workload yang bertambah terutamanya bab membaca tesis pelajar dan proposal yang berduyun-duyun datangnya. Hanya waktu senggang seperti weekend ajerlah saya boleh meluangkan masa membacanya. So, jangan ingat hanya cikgu sahaja yang membawa kerja dari rumah, in fact, banyak pekerjaan sekarang, akibat desakan corak kerja yang berubah, memaksa kita bekerja even pada hujung minggu. Tapi takdelah sehingga pulun betul2 seperti waktu bekerja. Nanti stres sendiri pulak. Maksudnya di sini, tetap ada masa diluangkan pada weekend untuk melihat kerja. Tapi kalau kemalasan melanda diri, maka tagline seperti 'peduli apa aku!' akan berlaku. Muehehe. 
Demi mencari mood rajin, maka saya upgrade sikit workstation di bilik utama. Sebelum ini, meja kerja saya berada di lu…

Lukisan Hati

Image
Salah satu hobi saya ialah mengumpul ilustrasi dari pinterest. Saya ada kumpul jugak macam-macam kat pinterest tu tapi illustration is the one yang saya kumpul dalam koleksi. Gambar-gambar ini secara tidak langsung adalah refleksi diri kita, apa kita suka, our values dan sebagainya. Bila tengok balik, koleksi ilustrasi sendiri, sepertinya ada tema yang mendominasi koleksi tersebut. Di bawah ini saya share kan beberapa yang saya suka.












Can you detect one pattern appeared in those pictures? Semua objek utamanya ada seorang sahaja. Ada pun living thing selain individu dalam pic tu ialah kucing :-) So how you interpret loneliness?? Saya tahu ada segelintir antara kita yang melihat loneliness sebagai sesuatu yang agak negatif. Tapi saya personally, melihat alone time ini sebagai sesuatu yang saya sukai, saya cari kadang-kadang dan saya treasure the moment. Berseorangan tidak semestinya kesunyian. Ada keindahan disebalik keseorangan itu. Rasa lebih relaks, be yourself, and do what ever thin…

Marah yang merugikan

Minggu ini banyak pulak cerita-cerita sensasi di suratkhabar. Panjang juga list kalau rajin nak senaraikan tapi saya nak highlightkan isu kematian seorang lelaki di Terengganu akibat ditikam dengan pisau oleh teman lelaki adik perempuannya. Ditikam akibat pertelingkahan kerana arwah tidak berpuas hati dan mengesyaki bakal adik iparnya itu sebenarnya telah beristeri namun mengaku bujang. Banyak aspeklah yang boleh dikomen sebenarnya, tapi saya nak highlightkan satu jer:
Marah sebentar cuma, tapi kesannya seumur hidup. Inilah pengajaran untuk kita bersama. Padah apabila menurut kehendak hati. Mungkin akibat kemarahan tidak terkawal, maka berlakulah kejadian yang tidak diingini, yang membawa kematian. Alangkah baiknya, ketika sedang marah membuak-buak itu, kita tidak melakukan apa jua yang terlintas oleh gerak hati. Dalam kajian psikologi pun, menunjukkan ketika dalam keadaan marah, otak yang bertanggungjawab kepada aspek emosi dulu yang akan terangsang, hanya beberapa ketika barulah ot…

Skrin komputer saiz besar vs saiz kecil: Baik buruknya

Image
Berbaloikah mempunyai komputer skrin lebar atau besar?? Ada kajian mendapati bahawa skrin komputer yang besar meningkatkan produktiviti individu sehingga 50%. Wow, signifikan tu kan. Menariknya, apabila skrin komputer terlalu besar, ia akan menurunkan produktiviti. Dicadangkan bahawa saiz skrin yang meningkatkan produktiviti kerja perlulah dalam lingkungan 18" ke 24". Untuk lebih lanjut boleh klik SINI 


Bagaimana anda? Pada saya jawapannya bergantung pada seseorang individu. Namun, saya lebih cenderung bersetuju dengan dapatan kajian tersebut kerana saya mempunyai dua komputer skrin besar dalam lingkungan 22" di pejabat dan di rumah. Kemudian, saya juga ada laptop dengan skrin 14" dan microsoft surface 3 dengan skrin bersaiz 10". So, daripada pengalaman penggunaan komputer beberapa saiz ini secara berterusan, maka saya merasakan produktiviti dan keselesaaan adalah lebih dirasai dengan komputer berskrin besar. 
Dulu, semasa membuat PhD, saya bekerja dengan 2 j…

Blusher Clinique

Image
Semalam membeli 3 barang Clinique selepas kehabisan bedak compact, scrub muka, dan blusher. Actually saya peminat blusher clinique yang jenis stick tu, sangat praktikal dan handy, tapi dah discontinued. Ntah kenapa, sedangkan saya rasa blusher stick macam tulah yang paling senang nak bawa ke mana-mana. Saya suka pulak tu color dia, saya ada beli blusher clinique lain tapi warnanya ala2 kpop, bright pink, so macam tak natural pulak. Nasib baik salesgirl clinique try carikan saya blusher yg menyamai blusher stick saya yang dah kehabisan itu. Nampak tak? Nampak sangat lama saya nak habiskan blusher sedia ada sampai dah discontinued produk tuh. Gigih!! Gambar bawah inilah rupanya blusher stick yang saya suka tuh.




So, atas hasutan dan racun salesgirl tu maka saya setuju terus untuk ambik blusher di bawah ini. Try tengok review, katanya lama baru habis. So okaylah, berbaloilah dengan harganya dalam RM120 jugak. Warna pilihan saya ialah cupid 108. Nice color, very natural and long lasting.







Move On!!

Image
Entry tengah malam buta!! Wah, mata tetiba tak mahu lelap. Actually tengah tunggu microsoft office download dalam my imac. Punyer lama nak tunggu. Boleh berjimba-jimba dulu sambil layan internet. Baiklah buat entry blog yang agak lama senyap. Nak share satu buku tulisan Reyna Ibrahim yang saya beli dalam satu pameran buku di fakulti minggu lepas. To be honest, adalah dalam 5 helai yang dah saya baca. Belum lagi ada kesempatan baca habis, tapi worth sharing rasanya. Sebab?
Buku ini tentang coretan pengalaman penulis terhadap pengalaman bercerai yang telah dilaluinya. Ada banyak refleksi diri dalam buku ini. Ada jugak hari tu orang terjeling-jeling bila tengok saya bawa buku ini di tangan. Move on?? Akak putus cinta ka?? Agaknya lah kot diaorang fikir. Tengah cari buku self help pengubat hati yang lara. Hihi.
Saya beli atas dasar belajar dari pengalaman dan pengetahuan beliau tentang penceraian yang dialaminya. Saya juga ada klien yang telah melalui perkara yang sama, struggle yang dir…