Posts

Showing posts from July, 2011

Di mana aku di hari-hari rusuhan??

Image
Semua orang di Malaysia sedia maklum semalam adalah hari BERSIH berdemonstrasi. Maka gegak gempita KL dgn ribuan (walaupun bukan ratusan ribuan) pendemonstrasi, FRU, polis, tak kurang jugak orang awam yang terperangkap di antara pihak berkuasa dan pendemonstrasi. Sy mmg awal2 takder hati bab2 demonstrasi nieh. Even masa kat AUS dulu bila ader demonstrasi, jadi pemerhati pulak sbb isu2 yang didemo time tu pun tak menarik minat. Lainlah kalu buat demo FREE PALESTINE ker, syok and berbaloi jugak dirasakan. 
So di mana sy??
Duk senyap2 di Bangi yang damai, print out my thesis and duduk siapkan keje di ofis. Pagi semalam cadang nak joging tapi ader lah pulak hari sukan kat situ pagi2. Tak syok kita lari2 orang duk lepak kat tepi tengok2. Tapi tak bermakna sy buat 'buta tuli' apa yang berlaku semalam. Dalam buat keje tu sy memantau perkembangan semasa ke semasa dari blogger2 yang begitu rajin memberikan liputan ekslusif minit ke minit. Kira mcam rasa gi KL jugak berdemo la, cuma beza …

pentingnya journal utk aku...

Image
cukup frust ler tgk koleksi e-journal library yg serba serbi tak ader. full text pun latest collection tak der, yg ader zmn 90an..ilmu dah ketinggalan zaman. adui, betul2 membantutkan motivasi nak buat literature review and research.

hampir semua journal2 penting yg aku guna semasa buat PhD takder dlm langganan universiti. aduilah. sakit jiwa mengenangkan.

pada aku, sebelum nak berlari menjadi universiti tersenarai dlm ranking dunia, baiklah kita mulakan dulu dgn memenuhi fasiliti dan prasarana yg mencukupi utk mengembangkan keilmuan yg ada. ini scr semula jadi akan melahirkan budaya penyelidikan itu sendiri kerana suasana kondusif telah diwujudkan seawalnya. pd aku, perpustakaan universiti memainkan peranan yg sangat2 penting dlm hal ini. mantapkan dulu perkara2 penting yg byk lagi perlu diperbaiki di universiti.

 nampaknyer perlu jugak aku jadi alumni universiti aku di AUS supaya aku dpt guna e journal mrk.