Posts

Showing posts from April, 2017

Pengajaran dari peristiwa Adik Thaqif

Image
Salam cuti panjang :-)
Sejak beberapa minggu ini, panas dan tular kisah sedih arwah adik Thaqif, pelajar tahfiz sebuah sekolah tahfiz di Johor, yang meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan yang dikatakan berpunca dari hukuman sebatan dengan batang paip oleh warden asrama. Arwah, bertarung nyawa beberapa minggu sehingga akhirnya menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan koma. Sedang waktu itu, arwah telahpun selamat menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya yang tidak boleh diselamatkan lagi. Arwah baru berusia 11 tahun. Sayu juga saya mendengar ceritanya. Kanak-kanak lagi umurnya, pada usia 11 tahun, pada saya, masih polos, suci dan bersih, baru nak kenal dunia. Datang ke madrasah tahfiz membawa cita-cita murni menjadi hafazan, menjadi anak soleh buat kedua-dua ibu bapanya. Pengakhiran yang dukacita buat keluarga arwah. Namun, Allah sebaik-baik perancang. Musibah yang pastinya mengandungi hikmah, jika kita memandang dengan pandangan iman dan penuh redha. 
Saya enggan mengu…

Reunion musnahkan rumahtangga??

Image
Hari ini ada sorotan khas akhbar Sinar Harian  berkaitan reunion rakan sekolah/universiti yang berakhir dengan skandal, kemelut dan perceraian rumahtangga gara-gara cinta lama berputik kembali.  Sebelum ini sudah agak kerap juga terdengar isu ini, yang mana reunion rakan sekolah/universiti membawa kepada bibit-bibit percintaan lama itu kembali mengusik perasaan, hati dan akhirnya hubungan cinta terkubur itu kembali bersemi. Cuma masalahnya di sini, bilamana cinta lama itu melibatkan individu yang telah pun mempunyai pasangan dan keluarga masing-masing. Ah, macam mana tuh? Bisakah terjadi?? Bolehkah diulangi detik yang telah berlalu itu? Bolehkah digapai impian cinta yang dulu itu tidak kesampaian? Bisakah dikorbankan apa yang dimiliki ketika ini demi untuk mengejar cinta yang dulunya begitu diingini? 
Adakah wujud peluang kedua?
Dalam orang kebanyakan (termasuk saya) mencela mengejar cinta lama (lost love) ini, pada saya penting juga untuk kita melihat dengan mata hati yang rasional …

Senaman Ibu Mengandung

Image
Satu perkara yang sering dialami oleh ibu-ibu hamil ialah keletihan dan penat. Walaupun belum lagi mencecah 3 trimester, rasa mengah itu tetap ada dan rasa keletihan yang agak luar biasa walaupun tidak begitu aktif melakukan apa pun selain kerja-kerja rutin biasa. Napping itu memang kena ada. Macam saya, memang kena nap tengah hari. Jika tidak, saya balik dalam keadaan penat sangat dan akhirnya jam 8 malam saya dah tertidur kepenatan. Napping membantu saya kekal bertenaga, sekurang-kurangnya sehingga malam jam 10-11 malam. 
Selain menjaga pemakanan, kecergasan ibu hamil juga satu keutamaan. Sejak mengandung, saya berhenti melakukan senaman. Cuma now, baru nak start balik. Of course, kaedah senaman itu dah berbeza berbanding masa masih kosong. Bila mengandung, corak senaman kena bersesuaian dgn keadaan kita yang berbadan dua, tidak boleh terlalu ekstrem kerana boleh menjejaskan keadaan kandungan dan juga mudarat kecederaan. So, saya tempek di sini video senaman untuk ibu-ibu hamil cub…