Posts

Showing posts from August, 2017

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba ...

Image
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi akhirnya saat-saat yang ditunggu telah pun tiba. Saya telah selamat melahirkan anak lelaki pada 19/8/2017 tempoh hari pada hari Sabtu jam 1.41 pagi di hospital Serdang. Tarikh due saya ialah 28/8/2017 namun baby comel saya nampaknya ada plan untuk keluar lebih awal. Terasa bermimpi telah mempunyai anak sendiri dan pastinya ini satu momen besar hidup saya, satu perubahan besar dan pastinya mengubah hidup saya secara signifikan. Buat masa sekarang, saya takdelah rasa kekok uruskan anak sendiri. Memang diakui saya tak de pengalaman menguruskan anak kecik atau menjaga anak orang, tapi naluri seorang ibu itu pastinya menjadikan kita natural mother in all aspects. Memanglah tak perfect, tapi in sha allah pengalaman ini akan saya lalui bersama-sama dengan baby saya dan juga bantuan suami yang jauh lebih berpengalaman. Buat masa sekarang, just enjoy being a mom, enjoy menjaga baby enjoy my maternity leave. I love and treasure every moment yang ada sekara…

Menghitung Hari ...

Image
Menghitung hari.. Now dah 38w. Check up pun ada sekali sahaja lagi sebelum due date melahirkan. So far, persiapan barang untuk baby dan diri sendiri dah boleh dikatakan lengkap. Saya pula telah mengambil cuti rehat sendiri 2 minggu lebih awal memandangkan saya nak menyediakan diri secara mental dan fizikal untuk menyambut kelahiran baby. Lagipun emak datang dari kampung, kalau masih bekerja kesian tinggal emak seorang di rumah, dia mesti tak betah sorang-sorang dan juga kerana faktor diri sendiri yang semakin sarat.
Bercakap tentang sarat.. Saya kira saya membuat pilihan betul bercuti 2 minggu lebih awal kerana now memanglah rasa tak laratnya. Berjalan pun dah slow sangat, cepat mengah, sakit pada pelviks,  dan terasa baby ini semakin memberat untuk ditampung oleh badan. Kalau kerja pun, saya kira akan banyak masa dihabiskan dengan tido di dalam bilik (oops!) hahaha. 
So bagaimana cuti 2 minggu ini dihabiskan? Dengan membaca tesis-tesis pelajar yg saya kena review terutamanya untuk p…