Posts

Showing posts from March, 2011

kuliah terakhir..

Image
Arrrrrrrggggh...! Leganya..! Habis sudah kuliah terakhir baru sekejap tadi. meninggalkan tips2 exam tuk students dan juga amanat terakhir (kihkihkih). Sy mengajar students tahun akhir, so masing2 excited dan nervous nak keluar dari universiti dan memulakan kehidupan yg sebenarnya di luar sana...
luar sana...mcm2 blh berlaku, yg terbaik di kelas tak semestinya terus melakar kejayaan. dari pengamatan dan pengalaman sendiri, disinilah kita akan melihat kuasa sebuah TAKDIR saling mempengaruhi siapa kita sesudahnya. tapi tak bererti kita hanya duduk menunggu, usaha itu perlu. yg sederhana mungkin jauh lebih berjaya berbanding yg cemerlang. ada byk faktor memainkan peranan. tapi dlm mengharungi cabaran hidup baru yg lebih realistik di luar sana...sikap optimistik itu perlu ada dan tak gentar pada cabaran dan kesukaran.
pelajar2 tadi pun mcm sedih msg2 kerana akan meninggalkan dunia yg begitu sebati dlm diri mereka. yelah, dari kecik sampai laaaa ni duk belajaq. pastinya meninggalkan universit…

Jangan mengidam bukan-bukan...

Image
harian metro pagi nie..SINISuami belasah isteri sebab mengidam buah kelur (buah per tuh??) atau munggai serta lempuk durian. ayoyoyoyoyo...aper punyer 'gentleman' lah suami mcm nih. tu baru mengidam buah kelur..

blum lagi dia mintak:

hati nyamuk sedulang
airmata 7 tempayan
jambatan emas
darah anak raja...

mengandung pd sy proses yg indah buat kedua2 suami isteri. kalu first time pregnant tu, dua2 tu bwk2 ler byk bersabar. mmgler perangai isteri mcm2..tapi suami pun kena ingat..part isteri mengandungkan..susah tu keje tu..part suami tolong support ler. mintak sikit dah nak kena lepuk..agaknya kalu isteri dia mintak mcm puteri gunung ledang tu, bukan setakat lepuk dia dapat..rentung terus agaknya.

aish..sabar2lah. isteri pun, kalu nampak susah sgt nak diidamkan tu, bagilah masas suami mencarik..jadi takder ler suami darah naik atas kepala, and otak turun ke lutut bila dgr demand bukan2..

Bila gelaran adalah segala-gala

Image
KOTA BHARU 20 Mac - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V amat dukacita dengan tindakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai seorang lelaki yang mendakwa berketurunan Long Yunus kerana mengurniakan darjah kebesaran termasuk gelaran 'Datuk kepada lebih 150 orang sejak tahun lalu.Kekecewaan baginda itu diumumkan oleh Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed pada sidang akhbar di Istana Balai Besar di sini hari ini.Sukri berkata, pihaknya telah membuat tiga laporan polis terhadap NGO terbabit sejak tahun lalu kerana tindakan tersebut menyalahi undang-undang.Katanya, ada di antara penerima terbabit sanggup membayar ratusan ribu ringgit kepada NGO tersebut bagi mendapatkan gelaran 'Datuk' kurniaan darjah kebesaran."Untuk mendapatkan gelaran "datuk" ada penerima yang sanggup membayar RM150,000. Terbaru pertubuhan itu telah mengadakan majlis penganugerahan di sebuah hotel di sini pada minggu lalu.
sumber: utusan malaysia on…

Time out..

Image
Buat corrections nie mmg ler satu cabaran bsar, lagi2 kalu examiners tu very particular and soalan dia tanya tu mmg killer punyer soalan yg buat kiter terpaksa mendrill kepala sedalam yg mungkin just to answer his/her ciput question. nak justify why, how, what, etc maybe cuma satu paragraph jer tapi sakitnyer dari pagi sampai malam dok memikir.

aha..itulah the nature of PhD. jgn ingat dah submit tu dah boleh goyang kaki, itu baru permulaan utk viva/examiners luar tgk keje kiter. biler corrections report datang, bersedialah utk tidor, bangun, jalan, baring dgn your thesis sekali lagi. tambah mencabar bila time tu dah start keje, like me. terpaksa ambik cuti just to concentrate on this, otherwise dgn keje di ofis, brp kerat jer ms yg ada utk melihat corrections. kalu corrections just typing error bolehlah gak cepat siap, kalu yg tanya bukan2? nak tambah lagi sikit maklumat lain?? haaa..mahu demam!

sy mmg tekad ambik cuti seminggu nie nak settlekan corrections nieh. sy dah tak larat dgn …

sudah jatuh ditimpa tangga

Image
sudah jatuh ditimpa tangga..
tiada yg lebih teruk dari: gempa bumi...tsunami...krisis nuklear..
dan Jepun sedang menghadapinya.

simpati kepada semua penduduk Jepun yg terpaksa mengharungi bencana alam dan kemanusiaan semuanya pd waktu yg sama.

terbaru, berlaku letupan pd rektor nuklear yg ketiga sejak bencana tsunami. kali ini didapati, kadar radiasi yg dicatat atau dikesan ternyata berada pd tahap yg tinggi dan menjejaskan kesihatan manusia:


In a nationally televised statement, Prime Minister Naoto Kan said radiation has spread from four reactors of the Fukushima Dai-ichi nuclear plant in Fukushima province that was one of the hardest-hit in Friday's 9.0-magnitude earthquake and the ensuing tsunami. "The level seems very high, and there is still a very high risk of more radiation coming out," Kan said.

sumber: thestar online 
kesian jugak dgn Jepun nieh..dialah negara yg menderita kerana bom atom masa perang dunia ke 2 dulu. skrg nie dia mengalami bencana hampir sama ka…

Warning! Warning!

Image
Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan.

 __________________________________________________________________________

sekadar renungan. dipetik dari blog http://nasbunnuraini.wordpress.com

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
Asap,Dajjal,Binatang,terbit matahari dari tempat tenggelamnya,turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,Yakjuj dan Makjuj,tiga kali gempa bumi, sekali di timur,sekali di barat danyang ketiga di Semenanjung Arabyang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang a…

Syukri di mana dikau??

Image
Saya dengan confidentnyer yakin takder saman. Sbbnyer dah check guna sms, mmg 0 summons. tuk dua2 kete yg guna my ic no.mcm tuler lebih kurang reply dpt kat sms. Tup-tup! Dapat tahu hari nie ader saman RM300 kat kete kancil. terkejut jugakler..sbb baru balik Msia bbrp bulan, takder ler sy membawak laju..sy bukan org yg suka speed kat jln raya..mcm ner lak boleh dpt saman??? menambah sedap citer..no plate kete itu di bawah nama insan bernama SYUKRI.. Saper budak bertuah nama SYUKRI nieh?? Sepanjang hayat sy memegang kete kancil tu takder sy kenal or meminjam kete tu kat budak SYUKRI nieh. harus ku selidiki betul2 mcm ner plate kete aku boleh ader namer orang lain yg aku langsung tak kenal. ikut rekod kete tu tak di pinjam kepada sesiapa. so ada spekulasi mengatakan no plate kete telah di ROMPAK oleh penyangak supaya yg kena saman ialah orang lain (dlm kes nie aku ler).
Tapi serius pelik..Syukri?? Kalu plate number tu sy punyer apasal nama tertera tu SYUKRI plak? mestiler nama tu sy puny…

Burn baby burn!

Image
Okay, nie bukanlah nak show off my new car or my dream car..tapi nak ulas pasal news dlm harian metro ini hari  tentang 2 kereta musnah dibakar (BUKAN TERBAKAR YER) oleh pencuri yang tak berpuas hati tak dapat mencuri kereta tersebut. kereta itu ialah honda city dan toyota vios.

aper ker hal??? apalah nak jadik...ish-ish-ish..dah la naya orang nak merompak harta orang lain, tak dapat nak rompak pi bakar pulak??? sakit jiwa namanyer. agaknyer bila nak rompak umah orang tu tak dapat, rumah orang pulak nak dibakarnyer...

cariklah keje yang halal. hiduplah sederhana ikut kemampuan. janganlah keje tak mahu, tapi nak kaya, nak mewah, itulah jadi pencetus hati nak buat jahat utk kaya cepat. orang lain yg kita nampak ader kete2 tu tak memperolehi semua tu dgn duk tido jadi pemalas tak buat aper2. sy pasti setiapnyer berusaha utk memperolehi apa yg mereka dapat hari ini. jadi, dari nak dengki orang sampai macam tu sekali, baik keje tul2 dan dapatkan rezeki yg halal, hati pun lapang dan senang…

Iran pun apa kurangnya..

Image
Ini gambar yang dikirimkan oleh pelajar saya dari Iran. Heheheh, pelik jer rasanyer..pelajar PhD lebih tua dari gurunyer..hmm mmg terasa janggal tapi nak buek camno? Nasibler dpt guru kepala pusing mcm I nieh. Terkejut jugak sy tgk gambar2 nieh, terkejut sbb walaupun sy tahu Iran itu negara 4 musim, tapi tak sangka cantiknya tak kurang hebatnya dgn negara2 popular yg orang Malaysia dok berlumba2 nak gi setiap kali bercuti di luar negara. cuti luar negara - mcm gah jer bunyinyer kan kan...tapi skrg nie biasa jer kot sbb now - EVERYONE CAN FLY. hahahaha..

so saper2 cadang nak gi melancong over the sea tu bolehlah consider Iran as one of the destination. kurang2 kita membantu ekonomi negara islam yg lain. asyik2 dok gi LUNDUN, AUSSIE, NZEALAND etc. tukar2 ler angin tu gi tempat lain lak. Lain padang lain belalang, lain tempat lain pengalaman..sy pun menyimpan hasrat boleh ker Iran satu hari nanti.