Posts

Showing posts from March, 2017

Ujian MGTT dan Minum Air Gula

Image
Salam hari Jumaat,
Okay, hari ni, ujian MGTT atau dalam words panjangnya Modified Glucose Tolerance Test yang digunakan untuk mendiagnosis penyakit diabetes ibu sedang hamil telah saya jalani di klinik kesihatan pagi tadi jam 8 pagi. Sebelum ini, terdengar pengalaman kebanyakan ibu hamil yang tidak menyukai ujian gula ini. Sebab utama ialah kerana kemanisan air gula yang tersangatlah manisnyer. Saya bukanlah orang yang suka minum air yang terlebih gula nih, tapi layanlah jugak minum air berperisa setiap kali pergi makan di luar. Katanya sekarang ini, semua ibu-ibu hamil wajib menjalani ujian MGTT terutama yang berusia 25 tahun ke atas dan ahli keluarga mempunyai sejarah diabetes. So, sah-sahlah diriku ini terlebih-lebih layaknyer. 
Prosedur MGTT:
Diminta berpuasa bermula jam 10 malam sehari sebelumnya. So, semalam awal saya masak dan makan. Bila dah jam 10 malam tu memang tak makan apa pun kecuali minum air masak bilamana terasa haus. Terliur jugak tengok husband makan asam kumbang so…

Menangani 'haters' dan invididu cemburu

Image
Pendedahan kisah kehidupan individu dalam media sosial kini bukan suatu yang luar biasa. Tak perlu mencari wartawan untuk membuat coverage tentang diri kita. Dengan wujudnya facebook, twitter, instagram dan pelbagai lagi media sosial, kita boleh upload sendiri tentang diri kita. Terpulang pada individu sejauh mana dia sanggup 'mendedahkan' dirinya untuk tatapan orang lain di alam maya. Namun, tidak dinafikan, generasi z dan milenia menggunakan medium media sosial secara intensif. Maknanya, semua perkara diceritakan dan didedahkan. Dan ini boleh membawa kepada masalah tidak terjangka iaitu menimbulkan perasaan cemburu orang dan haters. Ingat tak baru-baru ini, kisah pelajar perempuan yang comel lote, cantik macam minah salleh (bukan king coco yang celup tuh ye) yang mendapat 9A dalam SPM. Kisah kejayaan dia dan kecantikan dia tanpa disangka mengundang komen yang berbaur negatif dan menjadikannya menerima pelbagai komen dari haters. Macam-macam kritikan dia terima sehingga dia …

Terpaut pada tudung Ariani

Image
Petang ini dikala hujan turun lebat di Bangi, saya meredah hujan bersama husband mencari jubah di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Sekarang ini, dengan saiz pinggang yang semakin melebar dan perut semakin ke depan, makanya banyak pakaian kerja saya yang sudah tidak begitu muat di pinggang dan akan sedikit masa lagi seperti buah nangka apabila memakainya. Jubah yang ada tetiba rasa macam tak cukup banyak pulak. Haha. Alasan untuk shopping baju baru? Tapi faktanya, memang saya dah jarang membeli baju sejak 3-4 bulan ini, kerana mood hendak membeli baju itu ke laut, dek kerana melayan keadaan diri yang hendak melepek dan serba serbi pening. Now, its getting better. Tq husband yang sanggup meredah hujan temankan saya carik baju. Sebenarnya walaupun husband tak kisah temankan, saya masih sedikit kekok ditemani lelaki membeli belah. Saya tak kisah temankan husband membeli barang dia, tapi untuk diri sendiri, saya masih rasa agak kekok sepertinya ada orang tunggu kita dan ini membuatkan saya ra…

Jus Delima Segar di IOI mall putrajaya

Image
Salam pagi Jumaat,
Jus delima sangat dekat dengan kehidupan kita orang Melayu. Walaupun asal buah ini bukanlah dari Asia/Malaysia, namun kerana buah ini antara buah yang disebut dalam Quran maka ia menjadi sangat dekat di hati kita sama seperti buah kurma dan tin dan madu. Pastinya setiap buah yang disebut dalam quran memiliki satu khasiat yang istimewa. Harga buah delima ni boleh tahan mahalnya. Rasanya agak manis-manis, ada kelat-kelat sikit. Saya antara pengguna jus delima yang konsisten. Samada saya minum yang jenis concentrate/pati atau yang segar. Brand yang selalu saya beli ialah Gulshan. Namun, ada juga saya mendengar komen pengguna yang mengatakan just brand Gulshan ini mempunyai kandungan gula yang tinggi. Huhu, kalau betul memang kecewa jugaklah. Kita nak consume makanan berkhasiat, tapi kalau jus itu sendiri penuh dengan gula yang tinggi, jadinya jauh tersasar dari matlamat asal iaitu untuk mendapat manfaat dari amalan minum jus delima. Makan buah tu ikut tahap kerajinan …

Menangani orang yang suka mencari gaduh

Image
Diam itu lebih baik,
Ye, kadang-kadang saya bersetuju dengan pandangan ini, terutama apabila berhadapan dengan individu yang negatif seperti suka mencari gaduh dan suka memprovokasi kita untuk bergaduh. Diam itu bukan bererti kalah, tapi bermaksud, "saya tidak mahu melayan sikap negatif itu yang tidak akan membawa apa-apa faedah pun untuk diri saya." Adalah lebih baik untuk meneruskan hidup seperti biasa, menapis individu-individu negatif jauh-jauh dari kotak fikiran kita dan berkawan dengan individu-individu yang positif. Kita menjadi 'gate keeper' menapis kekotoran orang beraura negatif yang boleh menjadikan kita terjebak sama dengan sikap agresif dan negatif tersebut. Hidup ini terlalu singkat untuk kita cemarkan dengan bersikap negatif dan mencari fasal dengan orang lain. Baiklah kita fokuskan mencari kecemerlangan diri dan berkhidmat sebaik mungkin dengan keluarga dan organisasi sementara masih berkesempatan. So, saya say NO TO NEGATIVITY. 







Blogspot theme berwajah baharu!!

Image
Salam petang,

Wo wee!!! At last! Tema blogspot yang agak membosankan akhirnya ada perubahan sedikit. Good job! Sebelum ini, terpaksa ciluk template yang blogger lain buat or dari platform blog lain seperti wordpress. Daku masih setia dengan blogspot, sebab banyak perkara. Personal opinion, still paling mudah, sebab dah lama pakai and dah familiar dengan settingnyer and takde masa nak try platform lain utk blog spt wordpress, dan sebagainya. Pernah belajar satu dua hari tu tapi dek kengkangan masa, jadi aku bersara saje dari meneruskan ekplorasi blog. Dulu, sebab banyak masa terluang ketika bercuti belajar, adalah masa nak tengok and belajar benda lain. Now, dgn workload kerja, dgn kesihatan diri, dan sebagainya..tak larat!!! Cantik tak theme baru kiter? Ada ker orang baca pun?? Krik..krik..krik!! Muahaha. Takper. Saya okay jer, blog ini lebih kepada terapi minda dan diri sendiri, bukan utk mengumpul khalayak. Jika anda antara orang yg selalu dtg or terdatang tanpa sengaja ke blog ini…

Kalau mencari teman...

Image
kisah duka ulang berulang
hati luka cinta kecundang
bagaikan bunga
kembang dipuja layu dibuang
bercintalah berpada-pada
usah serah segala
turutkan hati turutkan rasa
diri sendiri akan binasa ....
Saya ni silent reader FB Kisah Rumah Tangga. Ramai followers KRT ni. Mungkin anda salah seorangnya. Cerita tipikal, masalah rumahtangga, masalah ipar duai, masalah tersalah pilihan..dan pelbagai lagi isu-isu rumahtangga. Rajin juga melayan lepas balik kerja. 
Bila dah banyak kali baca hal rumahtangga bermasalah ini, saya dapat melihat satu pattern tingkah laku dalam pemilihan pasangan; iaitu kita ignore 'warning signs' tingkah laku bermasalah bakal suami/isteri kita, sebaliknya terus memilih atas pelbagai perkara - biasanya atas alasan cinta. Misalnya, kita tahu pasangan kita itu playboy, kaki lepak, kaki merokok, penagih dadah yang belum insaf, pemalas dan suka bertukar-tukar kerja, tidak menjaga agamanya dll; but yet, you still decide to get married to that person. Mungkin over optimistik…