Posts

Showing posts from July, 2017

Persediaan akhir menyambut kelahiran

Image
Agak lama jugak gap thread dahulu dengan thread baru. Bulan yang havoc untuk kami di universiti kerana busy mengejar grading pelajar, meeting markah/gred, mengurus kemasukan permohonan baru,  melakukan viva, semakan draf program, dan pelbagai lagi isu kemaslahatan pelajar semester ini dan akan datang. Kira saya cuba jugak full swing and all out untuk bulan Julai ini memandangkan saya pun dah kategori 'sarat' nak bawa perut dan jalan pun dah semakin lambat dan semakin terasa seperti siput sedut. 


In sha allah mulai awal Ogos saya dah mula bercuti sehingga melahirkan. Cuti dah mohon, yeahuu. Tapi berdebar pun ada juga menunggu kelahiran baby yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan. Baby pun dah terasa semakin lasak lately, pergerakan baby yang kadang-kadang mengejutkan, terasa kesenakan dan sengal pula kadang-kadang. Terasa tapak kakinya di tulang rusuk kanan dan sikunya sesekali. Ia, alhamdulillah saya merasai momen seorang ibu hamil. Memang indah. Syukur Allah berikan saya peluan…

Menjadi 'suara rasional' anak-anak

Image
Topik pos raya ni agak berat, tapi saya kira agak penting untuk saya bebelkan dalam blog saya nih. Orang tak baca tak per, saya bukan mencari viewers, tapi blog adalah medium saya memberi pandangan panjang lebar tentang apa saya lalui dan perhatikan di sekeliling dalam kehidupan seharian. 


Pentingnya menjadi suara rasional anak-anak.
Anak-anak yang sedang membesar, suka explore banyak perkara, melakuan banyak benda. Kalau ikut  ilmu psikologi perkembangan, anak-anak kita tidak terus 'matang' dalam setiap tindak tanduk mereka. Di sini, ibu bapa memainkan peranan penting sebagai mata-mata, pemantau, penasihat kepada anak-anak tentang apa yang patut, harus, sebaiknya, senang cerita the do and the donts. 
Tugas ini berat. Bukan satu tanggungjawab yang mudah bagi ibu bapa menjadi pemantau anak-anak. Semasa kanak-kanak/bayi, mungkin tugas pemantauan ini lebih kepada aspek fizikal dan kurang aspek kognitif, namun menjelang remaja, anak-anak mula mempunyai pemikiran sendiri dalam ban…