Tuesday, October 2, 2018

Tiga Asas Keluarga Sejahtera



Salam Selasa,

Bersawang blog ini,

Namun sesekali menjengah juga, sekadar berkongsi satu dua perkara

Melepas gian menulis 'apa-apa saja'

Bukan semata-mata - research articles


Semalam berlangsung konvensyen kaunseling kebangsaan di KPWK Putrajaya. Had a blast day!! Jumpa ramai ex students UKM. Kebanyakan sudah bekerja dan berkarier. Seronok kerana melihat pelajar didik menjadi dan berjaya.

Banyak benda menarik untuk difikirkan oleh saya selepas menghadiri konvensyen itu. Khususnya hala tuju program di pusat kami dan juga next books apa nak tulis!! Muahaha.

Okay.

Semalam Prof Emeritus Dr Amir Awang berkongsi 3 perkara asas keluarga sejahtera berdasarkan pengalaman beliau lebih 40 tahun dalam bidang kaunseling dan telah mengendalikan banyak kes kaunseling keluarga dan juga menyelia pelajar-pelajar kaunseling praktikum. Ilmu itu saya kira wajar untuk dikongsi bersama untuk manfaat kita. Sure enough ada banyak perkara lain yang sama penting, tapi apa kata kita hadam dulu 3 asas ini. Minda manusia ni kalau bagi 10 petua belum tentu ingat kesemuanya. Baiklah kita share ilmu yang ringkas tapi ingat. Paling penting, amalkan.

1. Solat!!
Kebanyakan pasangan dan rumahtangga bermasalah - ada masalah solat dalam keluarganya. Solat tidak dipentingkan, solat diabaikan, terutamanya oleh kepala keluarga. Bak kata Prof Amir Awang, jika kepala keretapi jalan tak betul, apa ingat gerabak belakangnya akan berjalan lurus?? Sukar sekali. Jadi, utamakan solat dalam keluarga. Orang yang membetulkan solatnya sedang membetulkan keseluruhan hidupnya. Usahakan berjemaah setiap hari sekurang-kurangnya sekali. Perkara ini sedang ku hadam sebaiknya. Penat macam mana pun, solat itu utama. Moga Allah beri hati kita kekuatan untuk menyempurnakan rukuk solat yang sempurna zahir dan batin.

2. Makan bersama
Jadikanlah amalan makan bersama itu kemestian. Families who eat together stay together. Jadikan waktu makan adalah waktu bertanya khabar dan berkongsi pengalaman seharian. Namun, elakkanlah bermain dengan hp sewaktu makan. Keluarga zaman sekarang sangatlah busy. Jadi jadikan masa makan itu masa berkumpul bersama.

3. Hubungan baik dengan sekolah/guru
Ibu bapa zaman kini sangat protective kepada anak sehingga ke tahap melampau dan memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang. Anak-anak tidak boleh ditegur walaupun berbuat salah. Kita merasakan anak sentiasa betul dan defensif bila orang cuma menegur kesalahan anak kita. Jalinkan hubungan baik dengan guru di sekolah agar anak kita terjaga di rumah dan di luar. Bayangkan jika kita terlalu protective dan defensive terhadap anak kita, orang tak boleh menegur kesalahan anak kita, dia akan membesar menjadi orang yang besar kepala, hilang hormat kepada orang lain lagi-lagi orang yg memberinya ilmu. Selain itu, jika guru pun dah surrender tak nak tegur, apakah kita sebagai ibu bapa dapat mengawasi anak kita 24 jam? Usahakan datang mesyuarat PIBG. Kaum ibu lebih gigih datang mesyuarat PIBG berbanding si ayah. Wahai si ayah, kenapakah jadi begitu? Ayah di sini sila jawab :-)

So ingat 3 perkara ringkas tapi penting ini dan jom kita amalkan. Berdikit-dikit ke arah kebaikan, moga akhirnya kita menghampiri kepada keluarga sakinah mawaddah warrahmah.

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...