Posts

Showing posts from November, 2016

UPSR 2016: Antara Airmata Gembira dan Duka

Image
Rasanya tsunami perasaan sedang melanda dengan hebat ibu bapa dan para pelajar ketika mengambil peperiksaan UPSR masing-masing pagi tadi. Pengharapan yang setinggi gunung Everest telah berkecai dengan bilangan pelajar mendapat straight As mengalami penurunan pada kadar yang mengecutkan. Berikut intipati keputusan UPSR 2016: _____________________________________________________
KHAMIS, 17 NOVEMBER 2016 @ 9:49 AM UPSR 2016: 4,896 calon peroleh semua A PUTRAJAYA: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang menggunakan format baharu menyaksikan seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A. Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 452,751 calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu September lalu. Selain itu seramai 8,345 calon atau 1.89 peratus memperoleh keputusan maksimum 1B; 35,752 calon atau 8.11 peratus memperoleh minimum 2B; 91,366 calon atau 20.73 peratus (minimum 1C). Seramai 152,825 calon atau 34.67 peratus (minimum 1D), 137,26…

Tiada Yang Sempurna

Image
Satu perkara yang saya suka mengenai profesion kaunselor ialah peluang dan ruang mendengar keluhan dan permasalahan orang lain. Pada saya, ada banyak hikmah tersembunyi untuk diri kaunselor juga. Paling utama ialah, peluang untuk selalu muhasabah diri, memperbaiki diri dan belajar daripada pengalaman orang lain. Yang baik-baik kita contohi, yang tidak baik, kita jadikan pengajaran, jangan buat kesilapan serupa. Kita juga jadi matang kerana pengalaman klien-klien kita. Kita dengar macam-macam. Jadi, secara tidak langsung, ia mendidik hati untuk lebih tabah kot menghadapi ujian peribadi. Kerana selalu ada bisikan positif pada diri seperti: 
"Jangan mengharap hidup ini indah2 belaka. Kerana sepanjang hidup dan profesion kaunselor ini, tiada manusia tanpa masalah!"
Jika hidup kita ini ada gelak tawa, disulami sedih, kecewa, pahit manis...itulah sesungguhnya lumrah kehidupan seorang manusia. Tidaklah saya bertemu klien yang hidupnya indah-indah belaka melainkan datanglah juga uj…

Road Tour Kedah and Penang

Image
Kedah antara negeri yang saya seronok datang. Saya suka pemandangan negeri Kedah yang menghijau dengan sawah padi, bersih juga dan banyak tempat makan best. Ada banyak tempat juga untuk dilawati. Alhamdulillah banyak kali juga tahun ini berpeluang ke sana. Antara tempat wajib saya dan husband pergi apabila berada di Kedah ialah Pasar Pekan Rabu, dan Kuew Tiaw Iman. Kami juga pernah cuba makan ABC salju. Baru-baru ini, kami panjangkan sedikit langkah hingga ke Tanjung Dawai, adalah dalam 45 minit perjalanan. Tanjung Dawai terkenal dengan destinasi nelayan dan banyak dijual produk berasaskan makanan laut. Time pergi dah agak petang, sekali dengan hujan lebatnya. Huhu, memang agak mencabar jugak. Tapi bila tengok produk makanan laut kat situ, terubat jugalah rasa hati. Sempat singgah sebentar makan ABC sebelum balik ke hotel di Alor Setar. Kelakarnya, sampai jer dibilik masing-masing kepenatan. Ingat nak baring sekejap jer, rupanya sampai ke pagi tertido. Penat punyer pasal. 


Kali ini k…

Konvokesyen UKM 2016

Image
Tahniah buat pelajar-pelajar UKM dan seluruh Malaysia yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing pada tahun ini. Bagi sesetengah pelajar, tamat sudah dunia kampus, bagi yang lain, mungkin akan mengorak langkah seterusnya untuk mencapai tingkat pengajian lebih tinggi. Apa yang penting, hala tuju perlu ditentukan, langkah perlu diorak. Zaman kini adalah zaman mencabar untuk graduan semua. Dengan keadaan ekonomi semasa, peluang pekerjaan terhad, persaingan sengit. Tapi yakin satu sahaja, berusahalah sebaik mungkin, dan serahkan rezeki kita pada Allah swt. Sebagai kakitangan akademik, saban tahun, menjadi rutin untuk memakai jubah akademik. Walaupun setiap tahun kami ada perarakan akademik, setiap tahun itu kami tunggu dengan perasaan teruja dan gembira. Pertama, sebab meraikan pelajar yang kami telah ajar dan berjaya. Kedua, itulah waktunya melaram jubah masing-masing. Yelah bila lagi nak pakai jubah besar gedabak bersama topi penyek tu kan? Jubah akademik biasanya dipakai un…