Posted on Monday, October 01, 2012

Dua kali bertuah...

gambar hiasan jer nih. nak tengok ruper purse guess saya sila tengok entri 'mission accomplished' 

Ini adalah kisah benar..jeng3..
Maaf ini bukan cerita hantu yer atau misteri ..
Ini hanyalah cerita tentang kebaikan orang yang kita tak kenal..

Tak sedar purse hilang
Beli purse ni tak sampai pun sebulan. Menggantikan purse lama yang dah koyak rabak. Serius koyak rabak yer, bukan sajer2 carik alasan beli purse baru. Tak caya saya boleh tunjuk bukti..ader lagi tak buang. Huah! Dijadikan cerita, di hujung weekend sudah, saya pun membawa diri seperti biasa menshoppingkan diri ke Alamanda Putrajaya utk membeli barang make up di BodyShop. Sedang dengan konfidennya nak bayar, saya perasan, my purse was not in my handbag!!! Gabra tak?? Gabra lah..nak bayar tu. Dah cuak dah muka. Si amoi tu pun macam frust jer. Mungkin frust sbb saya gagal mengkayakan dia hari tu atau dia fikir saya sajer bikin trick nak menipu..huhu. Aperlah nak menipu iyer tak?? Baru dapat gaji aper, takkan dah ambik barang pastu tak nak bayar..lagipun semua brg dah ader price tag, takkan tiba2 buat citer kater duit tak ckup kan? Skrg nieh tak bawak cash pun boleh beli barang, asal kaunter terima atm or credit card kiter. 

Kecoh mencari
Lepas tu, saya pun dengan risaunyer memikir2 manalah saya letak purse saya tuh. Dalam kepala nih nak mikir2 'mcam ner kalu hilang tak jumpa? nak buat aper?' kawan yang temankan saya pun nampak gusar dan risau. Dah lah hari tu janji nak pi main masak2 umah kawan, haaa berasaplah dia menanti 2 orang tukang masak yang kecoh mencari purse yang hilang. Jenuh memikir mana kali terakhir saya letak purse? or guna purse??  patutlah handbag rasa ringan semacam...

Last2 tak jadik membeli belah kat Alamanda, yelah tak der duit, nak beli apernyer??? Now nak cepat2 jer balik check mana2 tempat yang ader. so bermulalah pengembaraan mencari purse ku yang penuh dengan debaran. Balik umah check, takder! kawan berkali2 cakap, agak2 ader dalam laci ker, bawah katil ker, bawah tilam ker, bawah bantal ker (adui, aku bukan orang2 tua jaman dulu yang suka simpan duit berkepuk2 bawah tilam/bantal! duit aku simpan dalam bank daaaa). aku sangkal. aku tau macam ner aku guna purse aku. bukan jenis aku guna purse merata2 alam. melainkan purse aku ader kaki jalan sendiri..pastu gilah ofis pulak, takder jugak! risau dah..dalam kepala dah mikir buat report polis. bukan duit yang hanya RM50 ringgit tu yang saya risaukan. tapi IC, credit card tuh yang saya bimbangkan. Maklumkan zaman sekarang nih, silap hari bulan tetiba along datang carik di umah or dapat bill credit card RM50, 000..ha kang haru biru! mana tau tetiba orang belanja sakan ngan kad kredit saya or gunakan IC saya buat pinjaman along/loan bank ker...seram seh. 

otak ligat memikir mana jejak2 terakhir ku semalam?? saya ingat jumaat petang tu (kali terakhir guna purse) ialah makan kat tutti fruiti dengan kawan2. dah penat mencarik, saya cakap ngan member, okaylah, this is the last location i go searching for my purse. if the result is negative, i have to call my bank immediately and a police report for safety reason. sy pun drive gi tutti fruiti bangi, but i was not so convinced i would find it. i had lost my purse previously..and someone was good enough gave it back to me. lucky for a second time? dont think so. so preparing myself to embrace the worst possibility. 

Tutti fruitti really fruity
Thank god! Tak sia2 pengharapan yang hampir punah dihatiku. Dengan muka nerbes tanya cashier, ehmm, dik, semalam akak rasa akak tertinggal purse kat sini, ader jumpa? Dia pun tersenyum sambil cakap...oh purse akak yer? memang ader purse tu. customer jumpa and bagi kat kitaorang. kitaorang try carik no phone owner purse nih tapi tak jumpa. selepas soal siasat sikit2, i got my purse back. Alhamdulillah, syukran! 

actually, masa makan di tutti fruiti tu purse saya terkena yogurt, and saya pi lah cuci, and baru teringat, lepas tu tak masukkan dalam handbag, i carried in my hand. oleh sebab saya jarang buat gitu, saya pun terlupa bila bangun dari kerusi tuk balik ke kampus. tapi pelik gak, purse tu jatuh tak dengar pun. pelupa..nih pun satu hal jugak..kdg2 benda2 simple mcm nih memang saya mudah terlupa..

Dua kali bertuah...
Sebabnyer dulu pun pernah ilang jugak, itu lagilah sekali dengan passport. Nasib baik ader orang kembalikan. Now, alhamdulilah orang kembalikan juga. Oh, kadang2 kiter terlalu negatif dengan persekitaran. Saya lupa bahawa masih ada ramai orang Malaysia yang baik2 dan tak menganiayai orang lain. Saya tak tau saper customer tu and i really thank him/her for that. Sesungguhnya masih ader ramai orang yang penyayang dan berhati mulia di Malaysia nih! bertuahnya aku...


kepada individu and kakitangan tutti fruiti bangi yang mulia dan baik hati itu. saya ucapkan terima kasih bebanyak2 kerana menjaga purse saya sehingga sampai kepada saya kembali. saya doakan agar budi baik anda akan dibalas dengan kebaikan berganda dari Allah swt.

Moral of the story:
Jangan jadi pelupa macam saya!
Sila letak no phone di dalam handphone atau bisnes card so people can contact you ASAP

should i write a personal thank you letter to tutti fruiti?? 

Read More

0 Responses to Dua kali bertuah...