Posts

Showing posts from April, 2016

Minyak wangi signature

Image
Botol minyak wangi saya agak bersepah dalam almari. Tidak disimpan setempat. Cuma baru-baru ini, masa kemas meja hias baru tergerak hati nak kumpul minyak wangi ni satu tempat, senang. Saya pernah buat entry pasal perfumes tahun 2013, masa tu saya beli perfumes clinique. Saya jugak ada membebel dalam tu tentang perfume signature saya yang belum ditemui. Dah tiga tahun berlalu, so apa cerita mak jemah??
....
Masih belum ketemu signature perfume ku lagi. Gambar atas adalah koleksi perfumes yg ada. Ada yang sering pakai, ada yang jarang pakai, ada yang tak pernah pakai, ada yang sekali pakai pastu tak suka pun ada. Tak semua perfumes yg saya ada masuk dalam gambar tu. Contohnya perfumes all time favourite saya Daniele Steel, Elizabert Ardern 5th Aveneu, dan Carolina Herrera. Kalau tengok dalam gambar tu, ada macam-macam saiz ada. Saya ni suka beli yang miniature size. Jarang saya membeli saiz biasa, sebab suka mencuba-cuba, suka bau macam-macam. Tapi mungkin pokok utama ialah belum bert…

Baik buruk Whatsapp

Image
Sebelum komen, mari baca ini dulu:
Menurut Senator Datuk Mariany Mohammad Yit, penggunaan aplikasi media sosial seperti 'Group' WhatsApp sebagai saluran komunikasi di jabatan kerajaan dikhuatiri menjejaskan psikologi penjawat awam. Terdapat rungutan oleh kelompok penjawat awam yang mendakwa penggunaan aplikasi sosial itu turut menjejaskan kualiti masa bersama keluarga dan waktu rehat mereka. Katanya terdapat kes ketua jabatan yang mewajibkan penggunaan WhatsApp sebagai saluran komunikasi kepada semua pekerja.
"Pada masa kini, penggunaan aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dalam kalangan pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai sektor awam amat popular."
Beliau berkata, tidak dinafikan penggunaan aplikasi media sosial mempunyai kebaikan dan keburukan.
"(Cuma) kita moho

Tips beli peti ais

Image
Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ego dalam rumahtangga

Image
Antara penyakit hati yang merbahaya dalam rumahtangga ialah ego. Ego ini tidak semestinya milik lelaki sahaja, wanita pun mempunyai keegoan tersendiri. Kenapa saya kata ego ialah penyakit merbahaya dalam rumahtangga? Kerana ego menyebabkan diri kita menjadi bongkak, dan sombong dalam mengakui kelemahan diri. Kita mungkin sedar akan hakikat tersebut, tapi ego menghalang kita untuk mengakuinya. Hati kita angkuh untuk menerima beban tanggungjawab kesalahan tersebut, dan lebih selesa jika pasangan kita yang menjadi sasaran pertuduhan dan punca masalah. 

Ego menyebabkan masalah yang ada gagal diselesaikan. Sebabnya? Bagaimana hendak mencapai kata sepakat jika kedua-dua pihak atau salah satu pihak tidak mahu bertolak ansur dan mencari tolak ansur, dan memaafkan? Ego menghalang kesepakatan dan kemuafakatan berlaku. Ego menyebabkan pihak yang beralah menjadi tertekan. Pasangan kita mungkin cuba mengalah, tapi sedikit demi sedikit keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dan akan tiba sat…

Isteri yang menyusahkan suami

Image
Mampukah kita menjadi isteri idaman suami? Saya selalu terfikir akan hal ini. Munasabah diri, mencari-cari ruang dan kelemahan apa yang saya ada dan boleh diperbaiki. Kerana saya sedar satu perkara, perkahwinan adalah kerja keras, dan usaha. Kebahagiaan rumahtangga saya perlu dicipta, bukan dinanti/ditunggu hadirnya. Saya hanya mampu mendoakan suami menjadi pasangan saya yang baik, tapi untuk mengubahnya, ia diluar kemampuan dan kawalan. Tapi, saya mampu mengubah diri ini menjadi seperti yang diinginkannya. Mungkin tidak 100% sempurna, tapi sekurang-kurangnya berusaha. Racun rumahtangga ialah ego. Apatah lagi jika ego itu adalah dipihak isteri. Tanpa sedar, kita tergelincir dalam ketaatan kita pada suami, sehingga kita terjerumus menjadi isteri yang nusyuz dan derhaka. Jadilah isteri yang terbaik untuk suami. Saya tidak nampak cara lain selain dari kita kembali kepada Allah swt. Bila hati dekat pada Allah, secara automatis jiwa kita jadi lebih terarah untuk mentaati suami dan saling …

Gincu Clinique

Image
Ya, tentang Clinique lagi. Hehe.. Tapi kali ini nak cakap pasal gincu Clinique. Baru-baru ini dalam thread lalu saya ada cerita saya borong barang Clinique selepas stok pakai dah habis. Memang lama nak tunggu habis, lagi-lagi jika beli yang saiz kat airport tu - jumbo size. Ha makan bertahun jugak nak habis. 
Actually, barang make up saya mix jer. Misalnya berus make up saya beli di Bodyshop ajer, ada jugak saya beli satu dua barang makeup Bodyshop seperti blusher. Tapi, biasanya saya akan balik semula kepada Clinique. Saya takder pengalaman pakai produk makeup lain selain Bodyshop dan Clinique. Ada jugak pakai gincu Mac tapi setakat itu saja. Saya selesa pakai Clinique sebab semua all in one. Sebab dah tahu brand tersebut, pakai brand tersebut, jadi saya rasa malas nak carik produk lain. Kira beli setempat lah. Ni kategori pemalas lah boleh dikatakan ahaha, sebab pakai apa yg ada depan mata. Tak mau research brand lain. 
Okay, hari tu saya beli gincu Clinique Long Last Lipstick - Wa…

Memborong Clinique 2016

Image
Clinique,
Saya telah menggunakan produk Clinique bertahun-tahun lamanya. Kawan-kawan, husband, and famili semua tahu inilah produk yang saya pakai sekian lama. Faktor utama saya memilih produk ini ialah kerana ia satu-satunya produk yang tidak menimbulkan alergi dan masalah pada kulit muka. Harganya boleh dikatakan agak mahal, tapi kalau dibandingkan dengan produk seperti SKII dan Ester Lauder, Clinique masih lagi produk pengjagaan diri yang agak mampu dimiliki. Faktor lain, pastinya ialah reputasi sebagai jenama penjagaan kulit wajah yang telah kukuh, mempunyai reputasi cemerlang dalam penghasilan produk berkualiti tinggi, dirumus khas even untuk yang berkulit sensitif.

Mahal tapi berbaloi, Walaupun harga mahal, tapi satu perkara yang pasti, setiap produknya mengambil masa yang lama untuk habis. Ada banyak produk Clinique yang saya pakai mengambil masa sehingga 1-2 tahun untuk dihabiskan. So, sekali beli memang mahal, tapi ia adalah untuk setahun/dua tahun sekali. Jadi, money wise, …

Pengalaman konvo di PWTC

Image
Selama ini, saya merasa konvo di UM dan UKM saja. UKM lagilah banyak kali, itu acara wajib setiap tahun pada musim konvokesyen. Sebagai ahli akademik, kehadiran ke majlis konvo adalah wajib dan ada sentimental value tersendiri. Sebabnya? Feeling tetap sama setiap kali perarakan masuk ahli akademik dan disaksikan oleh beribu-ribu pelajar dan ibubapa mereka. The feeling is priceless. And of course, sebab setiap tahun yang graduate adalah pelajar berbeza-beza. So, kehadiran ke majlis konvo adalah sebagai penghargaan dan rasa gembira kami sebagai staff akademik atas kejayaan dan penat lelah student sebelum dianugerahkan ijazah masing-masing. Bila tengok muka students memasing beratur untuk masuk ke dewan sambil melambai-lambai tangan mereka kepada kita, tetiba itu jugak flashblack perangai sorang-sorang nih, luahan perasaan, struggle, perangai sorang-sorang yang ada kalanya menyesakkan dada, tapi banyaknya memberi memori indah. Akhirnya terpancul di mulut: "dulu kaulah yang nangis b…

Ada apa dengan Hermes?

Image
Saya bukan peminat beg tangan wanita. Saya beli untuk pakai. Itu sahaja. So biasanya urusan membeli beg hanya melibatkan satu prosedur mudah. Beli harga okay, saiz boleh muat barang-barang yang penting (handphone, purse, alat makeup, pendrive, kunci-kunci, pen, kad-kad hospital, lotion tangan, tisu tangan dll), dan saya berkenan. Itu saja. Jarang benar saya ambik pusing bab-bab beg tangan ini. 
Tapi saya tertarik dengan beg tangan mahal ini bila ada baru-baru ini tangkapan ke atas pegawai kerajaan yang disyaki menyalahgunakan duit kerajaan. Antara barangan rampasan ialah beg-beg tangan wanita eksklusif berharga puluhan ribu malah mungkin cecah ratusan. Wow, jarang beg-beg tangan jadi mangsa rampasan polis. Apa istimewanya beg-beg tangan tu sampai orang boleh berhabis begitu banyak wang untuknya? Selain itu, isteri VVIP yang suka mengumpul koleksi beg-beg tangan mahal dan jadi bualan netizen di media sosial. Beg pelbagai warna dikatakan begitu eksklusif dan menjadi hiasan wajib selain…