Posts

Showing posts from February, 2009

Bila marah semua merah..

Image
ada seorang kenalan bertanya

'adakah okay utk dia mencarut dan memaki hamun bf-nyer? dia geram sgt ngan bf dia dan dia pun *&^%$#@!!!..pendek kata kena laserrrrr..' asal puncanya sbb bf dia buat fitnah kat belakang, so dia hangin satu badan maka terkeluarlah perkataan2 yg selayaknya masuk di dalam 'tong sampah' saja, bukan 'recycle bin'.

hmmm..

pd pandangan sy, nak tahu karekter seseorang tu lihatlah ketika dia sedang marah. org yg paling kuat bukan semestinya org yg rupa fizikalnya spt malek noor or kuat seperti badang, tapi mereka yg dapat menahan marah apabila sedang marah. bukan mudah kan nak mengawal diri ketika marah.

malah kalu ikut Rasul kita, marah ditangani dgn bbrp cara:

ambil wuduk
berdiam diri
jika sedang berdiri, maka duduklah
jika sedang duduk, bangunlah..

jika bangun - berlari (nie tambah sendiri :P ) hehe
pi masuk tido
jalan2 ambil angin
berenang dll

ada org tambah: minum segelas air sejuk/kosong..lebih afdal kalu yg menghulurkan air tu org yg kena mara…

Darah dan Personaliti

Image
Allahualam..

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..

DARAH O


Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda send…

Tak berkesudahan

Image
Kdg2 muak tgk surat khabar tempatan. Sejak pilihanraya thn lepas, tak sudah2 perang parti, lompat parti etc. Segala isu kepartian dan politik dipolitikkan. Lembu yg tak tahu aper2 tu pun termasuk sekali. Aper dah jadi?? Dan lebih banyak fitnah tersebar dari faktanya. Sesungguhnya kita memang bermain dgn api. itu tak termasuk gosip artis lagi. yang jadi pilihan muka depan, kalu bukan org politik, artis. kdg2 kita tak sedar betapa isu yg dipaparkan itu blh mengheret kita membincangkan perkara yg mungkin termasuk dlm kategori fitnah. jadi berhati2lah, sesungguhnya yg menulis itu akan dipertanggungjawab dgn penulisannya, yg tolong menyebarkannya, juga menanggung saham yg sama.

bagi yg terkena fitnah itu -- alhamdulillah, sentiasa dlm rahmat bagi org yg sabar dlm menghadapi fitnah dan berpegang teguh padaNya.

"Sesungguhnya orang-orang yg membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi ka…

Muhasabah diri

Image
Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari
yg pada hari itu seorang bapak tidak dapat menolong anaknya
dan seorang anak tidak dapat pula menolong bapaknya sedikitpun.
sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sesekali
kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan pula
penipu (syaitan) memperdayakan kamu dlm mentaati Allah.


sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tentang hari kiamat;
dan Dialah yg menurunkan hujan,
dan mengetahui apa yg ada dalam rahim.
dan tiada seorang pun yg dapat mengetahui (dengan pasti)
apa yg akan diusahakannya besok*.
dan tiada seorang pun yg dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati;
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

* Maksudnya: manusia itu tidak dapat mengetahui dgn pasati apa yg akan diusahakannya besok atau akan datang akan diperolehinya, namun demikian mereka diwajibkan berusaha.

Surah Luqman: ayat 33-34

Al kisah hari nie..

Image
Setelah 4 hari tak keluar rumah, akhirnya, keluarlah hari nie utk membeli barang dapur yg dah kehabisan, jugak membayar sewa rumah, jugak check surat2 kat pigeon hole dan menyedut udara segar. hari nie ms nak keluar rumah, misplaced pulak tiket bus, dah lah sebulan punyer tiket, seratus lbh. 3o minit jugak carik dpt jugak akhirnya jumpa, legaaaa...

lauk semalam msh ada lagi, so habiskan, cuma hari nie, buat Greek salad! kalu beli greek salad kat uni kitaorg, satu tupperware $6, Nandos, $9. So, belilah ingredients sendiri, see, siap ada lebih2 lagi, blh 3 kali mkn. i simpan dlm 2 tupperware, yg dlm mangkuk nie, mkn jap lagi, skrg ada dlm peti ais, bagi sejuk sikit. lebih sedap kalu ada grill breast chicken dimasukkan bersama. dressingnyer - greek dressing salad, blh dpt kat market. very healthy i believe..senang jer nak sediakan.

sayur-sayuran hijau (yg biasa digunakan utk buat salad, jgn msk yg bukan2 pulak eg pucuk paku, daun keladi, daun kari..nanti jadik lain)tomato - tomato cherry i…

Lawatan sambil belajar and sun churros

Image
Minggu yang lepas, time tgh kecoh Victoria terbakar, sy ke rumah penyelia di Denise. Jauh jugak nak pergi. lepas diberi instruction tu, sy pun pergilah ke Flinders Station and dari situ ke platform 1 ambik train menuju ke Ethelm. Dari Ethelm tu berhenti di station Denise. Takdelah susah sgt nak cari umah dia. Dia ambik sy di station. Kami lunch sama2. Dia siap2 dah kurung anjingnya, tak bagi msk umah. Anjing tu kelakar, mengintai2 balik pintu, pelik naper dia tak dibagi msk. Supervisor i kata dia suka tetamu, dia suka jilat2..errrrrkkkk..okay. kalu tak parah nak samak..tapi mmg kelakar, mcm2 mimik muka dia buat kat dpn cermin pintu/tingkap.

I suka sgt rumah dia. Very simple and humble but yet cossy, selesa. Tenang jer. Dia ada garden kat sblh kiri rumah, and ada balkoni kat luar tuk barbeque. ruang tamu besar, ada meja makan and sofa berbentuk L. Ada jugak rak2 buku dan deretan DVD bertingkat2 penuh dgn movies. Ta berani tangkap gambar sebarangan, takut supervisor tak suka, maklumlah p…

Jangan Bertangguh

Image
There is no easy way to success..

Kejayaan tak pernah mudah dikecapi
Impian tak mudah utk dimiliki
tapi pada orang yg sanggup membelinya - dgn kepayahan, dgn ketekunan, dgn kesungguhan dan kesabaran..
separuh dari kejayaan itu sudah berada dalam genggaman
semalam, jika sudah terbazir utk suatu yg sia-sia, jgn disesalkan sbb dah jadi sejarah - ambil pengajaran
esok yg belum pasti akan jadi milik kita
HARI NI - adalah peluang yang ada, pergunakan sebaik2 mungkin

Jangan bertangguh!

Victoria's Bushfires II

Image
Sam, kola yg terselamat dari bushfires.

She suffered burns on her paws and was in a lot of pain but was on the road to recovery.
Sam a world star

A fire heroes -



to watch the breaking news - as it happened on saturday afternoon, use this link (you tube).

http://www.youtube.com/watch?v=7klZ3_F6ekI&feature=related

or for more photos and stories

http://www.heraldsun.com.au

bila lihat mcmner cepatnya api dtg..i bet hanya keajaiban yg dpt menyelamatkan mrk.

VIctoria's Bushfires: khabar dari Melbourne

Image
Sorry guys, terasa lama tak update my blog, walaupun blum lagi sampai seminggu. Anyway, i bet most of you tahu apa yg terjadi di Victoria - Melbourne baru2 nie. For those yg ikut my blog mungkin msh ingat, i kept talking about hot weather di Melbourne recently. It was hot, unusually hot, never ever had that kind of hot weather in Msia. It worst. Windy, very dry, and very-very hot. Actually, before disaster nie berlaku mmg ada amaran berjaga2. sbb kepanasan melampau, pokok2 jadi kering mcm kertas, daun tu kalu pegang bersepai, crispy, nak kata punyer panas. And ms tu bomba dah bg amaran kata - Melbourne is ready to burn. so beware. sikit jer terbakar, jadi disaster.
Saturday tu kemuncak panas bila suhu cecah 46-48 celcius. I spent few hours kat shopping mall, just to get some cool air. Petang tu breaking news, Kingdale, Marysville terbakar. And its all started from there..
Bunyi helikopter, bomba, ambulan, kedengaran hampir setiap ms, even in midnite. Last few days, ms kat umah, sy blh c…

Infithaar (terbelah)

Image
Bismillahirrahmanirahim.

Apabila langit terbelah.

dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan.

dan apabila kuburan-kuburan dibongkar.

maka tiap2 jiwa akan mengetahui apa yg telah dikerjakan dan apa yg dilalaikannya.

hai manusia, apakah yg telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap tuhanmu yg maha pemurah.

yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuhmu) seimbang.

dalam bentuk apa saja yg dia kehendaki, dia menyusun tubuhmu.

bukan sahaja kamu durhaka, bahkan mendustkan hari pembalasan.

padahal sesungguhnya bagi kamu ada malaikat2 yg mengawasi (pekerjaanmu).

yg mulia disis allah dan mencatat pekerjaan-pekerjaanmu.

mereka mengetahui apa yg kamu kerjakan.

sesungguhnya org2 yg byk berbakti benar2 berada dlm syurga penuh kenikmatan.

dan sesungguhnya org2 yg durhaka benar2 berada dlm neraka.

mereka msk ke dalamnya pada hari pembalasan.

dan mereka sekali-kali tidak dpt keluar dari neraka itu.

tahukan kamu apakah hari pembalasa itu?

sekali lagi, tahukah kamu…

Sehari sebuah buku

Image
One of my favourite thing - membaca buku cerita. baru-baru nie beli 5 buah buku. And kat kedai buku, i blh jadi impulsive buyer, beli ikut sedap hati. Plan awal nak beli 1 buku ajer, but i ended up bought 5 books and it cost me almost a hundred. So, no more book please this month. No more.

Baru habis baca buku the boy in the striped pyjamas. heart renching baca buku nie, sama mcm ms baca buku kite runner dulu. the boy in the striped pyjamas nie berkisar ttg kisah budak kecik umur 9 thn, anak pegawai tinggi tentera Jerman. Nie era holocaust kat Europe dulu. Ayah dia menjadi ketua tentera yg mengawasi salah satu concentration camp yg menempatkan org2 Jewish. Nak cerita, pjg, cumanya, citernya menggambarkan bagaimana kanak2 umur 9 thn cuba utk memahami senario keadaan ms itu, contohnya knp org2 tu dikurung? apa yg sbbkan mrk mcm tu? knp mrk dikatakan sbg 'not human?' dan bagaimana kanak2 terperangkap dlm tindakan orang2 dewasa. citer nie tragic endingnya.


and skrg tgh membaca Miste…

tik-tok-tik-tok

Image
time and tide no wait for men - how true it is.

FEBRUARY - adalah bulan yg hectic dlm diari seorang pelajar di Aus. Time nie semester bukak, and time nielah ramai pelajar2 PhD baru dari Msia dtg. and kami2 so called 'senior' nie kena give a helpful hand pada yg baru menjejakkan kaki ke sini and jadi tourist guide jugak penunjuk jalan. despite our busy-ness, kebajikan org yg baru dtg kena jugak diambil kira.

time nie ramailah yg dtg belajar dgn bawa family sekali or dtg single. so kena bantu membantu. sementara nak carik rumah, ada yg settle down kat umah member dulu seminggu dua sampai dpt umah. so, kesediaan membantu itu jadi mcm kemestian. sbb pusingan rodanya macam tulah. dulu org bantu u, skrg u kena bantu org, saling memudahkan.

keluh seorang kawan - susah rupernya nak settle kat negara org nie. hahaha, tau takpe. tapi ia juga pengalaman berguna. menguatkan jiwa dan ketabahan hati. dulu balik sbb mentally tak prepared katanya, now, dia dah prepared, mentally, physically, whi…

Sepetang bersama Nadal_Federer

Image
I bet most of you here knew that Nadal successfully beat Federal in latest competition in Australia Open. Semangat nak tgk, start kul 7.30 pm. Sblm tu, try resipi kek oren kak zana (hello, where are u?) kak zana pesan 'tempek-kan' gambar kek oren yg dah siap kat blog. so, this is what i did. problem ms nak carik ingredients - sini takde sunquick, atau yg serupa dgnnya. cordial drink byklah, tapi mcm tak sesuai, terlalu cair, lama gak carik. last2 tertengok orange drink dlm bentuk serbuk - sapu ajerlah. janji ada rasa oren. takde la lama nak buat, kejap jer, cuma first batch cup cake tu ada yg 'hangit' sikit sbb leka baca newspaper. teksturnyer okay, tp i rasa pakai sunquick lagi sedap kot..

And mlm tu (2 hari lalu) i pun tgklah final Australia Open - Nadal vs Federer. Seronok tgk diorg main. First set nampak Fed nervous, Nadal menang set 1. Msk set 2, tgk lagi tapi dah mamai-mamai. Msk set 3, dah mimpi atas katil..(spt selalu, dah off time tu). Main 5 set, 4 jam lebih.…