Tuesday, November 6, 2018

The Gray Divorce - Bercerai di usia tua @ emas



Salam..

I am burning the midnite oil..huhu..this is the only time i can peacefully read, write and do my things. Also 'me time?' Muaz sudah kedengkuran. Sejak dah jumpa kaki dan alert surrounding, memang agak kepenatan hendak layan. Dulu susah nak faham kenapa kawan-kawan yang demam or penat still nak datang kerja. Rupanya bila ke pejabat, sekurang-kurangnya ada yang tengokkan anak-anak kecil kita, and itulah masa untuk dapat berehat tanpa gangguan. Boleh tidur dan rehat di pejabat. Muahaha!! I salute ibu-ibu sepenuh masa!! And many thanks untuk pengasuh dan taska. Without them, amatlah susah untuk ibu-ibu bekerja mengurus masa dan komitmen kerja. 

Okay, 

Tengah write up my book's chapter. Bagi I merapu sekejap, just to share something worth sharing. Now dah takde masa nak tulis panjang lebar, I guess nowadays people spend like max 5 min to read something. Especially on social media. Always on the go and people rushing for something. Now kat tv pun dah ada ustaz 2 minit. Kau rasa?? I am not talking about ustaz segera :-)

Baru-baru ni terbaca satu artikel tentang trend perceraian dalam kalangan warga tua. Semakin banyak kes yang dilaporkan bukan sahaja di barat tetapi juga di Malaysia. Tanya pejabat agama kalau tak percaya. Percentage comparably still lower than young couples but its increasing. Kenapa?

Masalah perkahwinan tidak berlaku sehari dua. Perceraian adalah indikator bahawa wujud masalah dalam perkahwinan yang tidak diselesaikan dengan baik, atau terlewat untuk diselesaikan. Ia mungkin telah berlaku lama, dan ibarat api dalam sekam, akhirnya membakar sebuah perkahwinan. Tapi kenapa dah tua baru bercerai??

Ada banyak sebab. Reasons yang paling kerap ialah kerana sayangkan anak-anak. Anak-anak masih memerlukan ibu bapa bersama, masih perlukan perhatian. Jadi suami-isteri ini berkorban rasa bahagia demi survival anak-anak. Bila dah besar, alasan itu sendirinya hilang. Jadi, ruang terbentang luas. Anak-anak sudah berjaya, membina kehidupan sendiri dan boleh dijadikan tempat bergantung. Akhirnya, hasrat bercerai direalisasikan. Tapi ketahuilah bahawa berpisah di usia tua adalah satu perubahan signifikan yang besar impaknya. Bukan mudah to start over. Untuk adjust balik kehidupan yang telah menjadi darah daging sejak sekian lama. Dalam keadaan fizikal sudah tidak sekuat mana, dalam keadaan sudah tidak bekerja dan sebagainya. Bagi anak-anak pula, tak kisah ibu bapa bercerai masa kecil atau kita sudah besar, impaknya tetap serius bagi anak-anak. 

What can I say? Salute pasangan yang boleh menunggu dan bersabar hingga ke saat itu..

Tapi kita yakinkah yang stay together in unhappy marriage is better than a divorce? Quoting John Gottmann - "a peaceful divorce is better than a hostile marriage"

Kalau diam-diam tak happy itu lain cerita. Itu konflik dalaman pasangan. Tapi pasangan yang asyik bergaduh dalam satu perkahwinan yang tidak bahagia untuk tempoh lama juga bukan sesuatu yang sihat. Bayangkan anak-anak hendak menghadap ibu bapa yang asyik bertekak dan berkonflik. Rumahtangga pun hilang seri dan tidak aman. Balik rumah rasa gelora dan tidak tenang. Dulu pernah ada klien mengatakan - lebih baik ibu bapanya bercerai daripada bersama. Kerana apa? kerana anak sudah tidak larat menanggung emosi negatif menyaksikan perkahwinan yang tidak bahagia tapi tetap bersama for the sake of children. 

Rumahtangga tak bahagia bukan saja makan jiwa kita, tapi juga kesihatan fizikal kita. Itulah yg menyebabkan pelbagai penyakit berkaitan tekanan seperti darah tinggi, sakit jantung, dan termasuk penyalahgunaan dadah, arak dan sebagainya. 

moral of the story - bukanlah saya membawa doktrin bahawa tak happy, cerai saja. Untuk memutuskan bercerai atau kekal dalam perkahwinan bermasalah adalah satu dilema yang rumit. Sangat rumit. Namun pada masa yang sama, saya kira perlu dipertimbangkan buruk baik untuk kekal atau pisah. Adakah lebih banyak baik dari buruknya? Dan sabar itu tidak pernah merugikan. Mungkin ada sinar satu hari nanti? Who knows? Jika pun bercerai, usahakanlah bercerai secara aman. Seringkali, pergaduhan selepas berpisah itu satu pengalaman traumatik untuk anak-anak kerana mereka menjadi objek perebutan. Mereka tidak boleh secara terbuka menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa kerana akan melukakan hati ibu/bapa yang seorang lagi. Jika berpisah secara damai, rasanya anak-anak akan lebih sejahtera. 

dalam zaman sekarang apa-apa boleh jadi...dan masa depan bukan kita yang dapat melihatnya. kita hanya dapat mengagak tapi jauh sekali dapat meneka kesudahannya dengan tepat. hanya Allah yg tahu. 

jadi sementara masih ada ruang - hargailah perkahwinan anda yang bahagia itu. ucapkan banyak2 syukur kerana kita pun tak tahu entah esok atau lusa Allah ambil balik pinjaman itu dalam pelbagai cara. 


Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...