Posts

Showing posts from August, 2013

The devotion of suspect x

Image
Lama sudah tak baca buku citer. Buku lain aderlah baca, buku teks nak ajar students, journal articles, prosiding konferen, tapi itu tak kiralah. I mean, baca buku yang takder kaitan dengan kerja kita. Sejak bekerja ni dan habis PhD memang dah agak jarang jugak saya membaca buku. Takde kesempatan, uhh sangatlah cliche nyer statement itu tapi, hakikat kot. 
Tapi tak bererti minat saya untuk membaca buku semakin berkurang pulak. Saya rasa masih berada ditahap yang dulu jugak, cuma kesempatan tu semakin berkurangan. Cuma balik raya baru2 ni saya berjaya menghabiskan membaca satu buku yang saya beli sewaktu menanti flight ke Kuching untuk beraya. Iyelah, dah cuti sepuluh hari, malam2 terbongkang sebelum tido dapatlah saya menghadap buku cerita untuk dibaca. Masa tu fuh memang cuti sakan sungguh, email keje saya tak jenguk langsung. Saya nak menikmati cuti saya dengan sakannya. Eh ayat tu betul ke. Tapi hehe, balik tu huuu terkejar2 jugaklah baru tau kena siap itu ini dengan dateline yang …

Berkibarlah Jalur Gemilang

Image
Salam kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia di mana jua anda berada!!!
Iye malam ini malam Merdeka. Tahu tak yang ke berapa?? Sila ketuk kepala sendiri sekiranya anda sedang membuat congakan angka dengan muka seposen. Too bad. Lima puluh enam yer..ingat ke 56 tahun. Kali ni sambutan peringkat kebangsaan katanya diadakan di Putrajaya.
Sambutan kemerdekaan raya saya sangat sederhana. Biasanya berakhir di depan tv, tengok cerita2 best (especially tomorrow is weekend) and kalu mata ni tak tido awal seperti selalu, dapatlah dengar bunga api sekitar kawasan. Aderlah 2-3 kali ikut acara sambutan merdeka di UKM dulu, best jugak. Tapi setakat itu sajerlah. Untuk gi jauh ke KL, padang merdeka, etc malam-malam idaklah sayer. Saya tahu kebanyakan kita menyambut merdeka dengan begitu superficial sahaja, tanpa penghayatan yang mendalam terhadap sambutan itu sendiri. Termasuk sayerlah tu. Kita biasanya sambut hari merdeka macam kita celebrate hari2 public holiday yang lainnya, just enjoy the day…

Sayang anak timang-timangkan, sayang bini tendang-tendangkan??

Image
Selama cuti sakan 10 hari lepas saya jarang tengok TV. Pertama sebab busy dengan pelbagai aktiviti rumahtangga di rumah mak saya dan kedua, saya tidur awal hampir setiap malam. Jadi berita jam 7 atau 8 malam yang saya jarang miss kat rumah lepas balik kerja pun terlepas tengok. Jadi saya banyak jugak ketinggalan keretapi termasuk kes terbaru suami bantai isteri dalam lif siap dengan flying kick, memang flying depan lif. Cuma malas nak attach video tu kat sini, saya benci cerita ganas/seram maka video 18 G (Ganas) itu tidak saya lampirkan bersama di sini. Saya tidak perasaan ia telah menjadi hangat di internet dan cuma tahu apabila membeli surat khabar dan tertengok buletin utama. Hmm, apa pendapat tuan-tuan puan puan??
Wajarkah seorang lelaki memukul dan melakukan kekerasaan fizikal ke atas isterinya? Pasti jawapannya TIDAK. Memang dalam Islam ader menyebut memukul isteri itu jika dia derhaka dan tidak mendengar kata. Tapi takder pulak dalam ayat tersebut menyebut boleh DITENDANG, DI…

Selamat tinggal HP Pavilion DV5

Image
Salam syawal kepada semua, macam ne raya memasing? Saya memang cuti sakan, keje tak tengok, email tak check and raya dengan sepuas hati :-) Penat tapi memang happy, keje lepas ni membalun, saya pasti ader banyak sedang menanti..sila kembali stres..
Hari raya ni selain bertemu ada jugak berpisah, saya akan berpisah dengan laptop paling gabak saya iaitu HP Pavilion DV5 T_T..sedih pulak rasa. Mulai hari ini dia akan berpindah milik kepada kakak saya yang tak sabar bebenor nak memilikinya. Bukanlah dengan maksud menunjuk, tapi laptop saya yang UKM bagi + beli sendiri + research dah ada 4 buah. Badan nak pakainya satu jer, so saya rasa amatlah tak patut saya memakai laptop dengan begitu tamak haloba. Satu laptop kecik saya dah 'pinjamkan' kan, now HP saya bawak balik kampung untuk didermakan pulak kepada kakak untuk digunakan. Kat rumah di Bangi, satu jer laptop nak pakai, yang lain kalau tak digunakan, memang satu pembaziran. Mudah2an owner baru akan menjaganya sebaik saya sepert…

Tentang rumah lagi...

Image
Salam 1 Syawal kepada semua!!! Yeppie..hari ni hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah saya dapat menyertai ibu dan ahli keluarga yang lain bersolat sunat aidilfitri di surau kampung. Tahun ni cuti 2 minggu yang lazimnya saya ambil setiap kali cuti raya telah dipendekkan kepada 10 hari sajer sebab staff batch 2009 dan ke atas kini hanya diberikan cuti 25 hari instead of 30 days. Oleh itu sebagai langkah berjimat cermat maka cuti dipendekkan bagi tujuan-tujuan lain- cuti kahwin ke. Huahahahaha! Tapi sadiskan cuti dipendekkan ke 25 hari dan kekal sampai ke pencen.  Sila nangis T_T
Oops, sebenar nak cakap pasal rumah, maklumlah tengah obses ngan rumah nie. Terbaca kat UTUSAN MALAYSIA online pagi ni tentang bbrp artikel pasal rumah yang dikatakan amat mahal dan diluar kemampuan orang kebanyakan utk membelinya. Hmm, naik muaklah isu yang sama, ntah sampai bila satu penyelesaian yang sebenar2nya dapat dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Golongan muda dah terdesak, takut jer perasaan geram da…

Dilema harga rumah yang hangit

Image
Baru-baru ni temankan sahabat meninjau-ninjau rumah yang hendak dibeli. Double storey house pun tengok, kondominium pun tengok, townhouse pun tengok. Nak memilih rumah nie memang macam pilih pasangan hidup. Perasaan suka kena ada. Kena menepati ciri-ciri idaman kita. Heh, tapi nak puas hati 100% agak sukar jugak, sebab setiap pilihan itu pula bukan serba sempurna. Jadi terpulang kepada kita hendak memilih atau mengutamakan yang mana satu. Macam pilih pasangan jugaklah. Kita tak kan jumpa yang 100% kita puas hati, ada kekurangan kelebihannya. Terpulang pada kita apa yang kita utamakan dalam diri pasangan kita. 
Ada yang murah, jauh ke Semenyih nun haaa..kena menempuh jem di Semenyih dan Kajang. Ada yang dekat tapi mahal bukan main. Yang murah kawasan jauh pulak tu, kena kira kos dan masa perjalanan pulak. Jadinya, menggaru-garu kepala jugaklah, pening mana satu nak diutamakan. Yang dekat tapi mahal atau yang murah tapi jauh. Itulah dilema seorang pembeli rumah. 
Kondominium sedang ran…