Posts

Showing posts from August, 2016

Bodyshop - Fresh Plumping Mask (British Rose)

Image
Lama dah tak menyopping di Bodyshop, last time masa shopping hari tu saya beli body butter - pinita colada. Sesuai untuk kulit kering, melembap dengan baik dan baunyer super sedap rasa nak gigit tangan sendiri, bau citrus nenas (not overwhelming) and kelapa, bau macam aiskrim. Setakat ini body butter bodyshop antara yang best untuk pakai, masih dalam range mampu beli. Maybe ada yang lebih mahal/baik di luar sana tapi tak try lagi. 
Tapi pagi ini, mood rajin terlebih saya tak nak review body butter pinita colada tu, saya nak bagi tahu pasal satu lagi produk baru dari bodyshop, baru tak baru saya pun tak tahu release date dia tapi i assume barulah jugak sbb sebelum ni tak pernah nampak. Produk itu ialah masker gel FRESH PLUMPING MASK - THE BRITISH ROSE. Agak mengejutkan dan mengujakan kerana bodyshop sebelum ini susah nak keluarkan produk macam masker gel ini. Ada tapi tak banyak macam brand lain, very limited range. Saya pernah tanya dulu seller bodyshop kenapalah takder masker-masker…

Pelajar IPT dan masalah duit

Image
Pelajar uni/kolej dan masalah duit berpisah tiada. Ini hakikat dan realiti kebanyakan pelajar, termasuk saya sendiri. Dah 3 peringkat pengajian saya lalui dan setiap peringkat ini mempunyai masalah kewangan yang pelbagai. Saya share sedikit pengalaman saya sendiri.

Babak 1: Undergrad Dapat tajaan JPA. Lepaslah untuk bayar yuran pengajian, yuran kolej, dan transportation dan makan. Tapi, selalu jugak terpaksa buat 'talian hayat' terutama hujung-hujung semester kerana duit tak cukup untuk makan. Masa tu, arwah ayah masih bekerja. Masa ini, fokus betul-betul study and bekerja part time dalam kalangan pelajar masih lagi dianggap perkara luar biasa atau bukan amalan. Ada jugak kawan-kawan bekerja tapi tak ramai. Kebanyakan yang bekerja part time ni biasanya ada transportation sendiri, jadi mudah untuk mereka ulang alik. So, masalah duit saya berkisar tentang kos isu nak makan. Ader jugak masa ni beli komputer, tapi tu sekali dua sahaja sepanjang pengajian. I survived.


Babak 2: Mas…

Dendam, berbaloikah?

Image
Dalam hidup ini, kita mungkin berhadapan dengan pelbagai karenah manusia. Mungkin kita buat kesilapan, tapi kesilapan itu tidak dimaafkan, sebaliknya dijadikan alasan untuk menaruh dendam. Atau, kita dianiayai, dan kerana itu kita merasa dendam itu adalah pembalasan terbaik. Supaya orang itu tahu betapa sakitnya hati kita. Supaya orang itu tahu betapa bencinya kita. Tapi dendam, berbaloikah? 

Memetik pandangan pakar psikologi berhubung isu membalas dendam ini:
"According to social psychologist Kevin Carlsmith of Colgate, the reason for revenge is to achieve catharsis. However, his recent study suggests that revenge is, in fact, counterproductive to achieving that goal. The study explains that those who seek to punish continue to think about the perpetrator, keeping the pain and the anger very much alive in their minds, while those who "move on" or "get over it" think less about the perpetrator. Carlsmith's team tested this theory by staging an interactive …