Posts

Showing posts from September, 2016

Kecurangan siber dan impaknya part 2

Image
Okay bersambung pasal kecurangan siber ini. Saya share beberapa fakta lagi yang saya dapat dari kaji selidik suka-suka yang saya buat baru-baru ini.

7. Medium teknologi perantara untuk berhubung dengan pasangan siber. 

Medium teknologi perantara palng banyak digunakan ialah laman sembang (contoh wechat, whatsapp, telegram, fb messenger). Ini diikuti oleh media sosial (facebook, instagram, twitter dll), selain panggilan telefon dan bersemuka (face to face). 


8. Intimasi kecurangan siber

Soalan seterusnya ialah samada kecurangan siber membawa kepada intimasi fizikal (seperti seks). Majoriti mengatakan tidak, tetapi banyak juga peratusan mengatakan ya iaitu 41.9%. Hampir separuh jugak. Ertinya, risiko itu tetap ada ya, hubungan siber boleh berkesudahan sehingga ke peringkat keintiman fizikal (seks). 

9. Samada pasangan siber anda mempunyai pasangan siber yang lain

Majoriti mengatakan tidak tahu. Mungkin ada spare tayar lain, mungkin tidak ada, sukar dipastikan. Tapi agak besar jugak peratu…

Kecurangan Siber dan Impaknya

Image
Pada masa kini, melakukan soal-selidik boleh dilakukan dalam pelbagai medium. Sebagai penyelidik, saya sendiri terpaksa belajar benda-benda baru, terutama teknologi dan mengambil manfaat daripadanya untuk membuat kajian. Salah satu aplikasi yang saya kira sangat bagus dan berita bagus untuk penyelidik ialah Google Drive ada google forms - boleh buat survey and send survey anda secara online. Of course ada pro and con dari aspek metod kajian, tapi, saya kira masih ada benefits yg banyak, cuma mungkin perlu difikirkan apakah kaedah terbaik untuk penambahbaikan. Kini, kebanyakan kita pandai komputer, mempunyai akses kepada gajet dan internet, jadi ia ada kelebihan tersendiri dalam kemampuan menembusi subjek yang bersesuaian. 
Ok done bagi kuliah free. 
Saya sajer-sajer try menggunakan google forms untuk menjana satu survey pendek yang agak menarik iaitu kecurangan siber. Kenapa topik ini? Kerana, saya ni silent reader di FB Kisah RumahTangga. Sesiapa belum friend KRT silalah yer, ada ma…

Tip untuk block iklan menjengkelkan di website

Image
Perasan tak kebelakangan ini, kebanyakan websites yang kita layari mempunyai paparan iklan yang annoying??!! Memang annoying!! Macam-macam jenis ada, yang pop up iklan paling menyampah, tengah nak surfing web, tetiba muncul iklan depan paparan, walaupun ada icon X kononnya untuk hapuskan iklan itu, jangan percaya 100%. Biasanya dia terus link ke laman web ntah apa-apa atau kena tekan icon X [closed] tu banyak kali sebelum kita dapat baca artikel dalam laman web berkaitan. Selain itu, tak kalah annoyingnyer ialah bila kita bukan sesuatu laman web itu tetiba ada iklan siap dengan bunyi [sound] yang buat kita confused seketika, mana datangnyer bunyik tu? Itu belum lagi iklan-iklan bersepah-sepah dalam artikel kita baca sehingga menjejaskan kesejahteraan kita nak membaca. Saya tak tahu orang lain, tapi saya sangat annoying dengan iklan2 ini yang pada saya menganggu fokus pembacaan, selain terlalu banyak iklan satu-satu paparan sehingga saya rasa setiap paparan tu maybe 20% jer isi tapi l…

Avillion Port Dickson

Image
Siapa tak kenal PD, bagi warga klang valley, inilah a short getaway spot favourite, pantai paling hampir dengan KL, kurang 1 jam perjalanan, deretan hotel-hotel dan tempat makan yang banyak pilihan. Kira, tempat paling cun untuk bercuti sehari dua. Ada banyak hotel boleh dipilih. PD bukan asing pada saya sebab dari dulu lagi banyak program, bengkel yang saya terlibat diadakan di sini. Pernahlah merasa  beberapa jenis hotel di sini, ada yang saya lupa namanya, ada yang saya ingat. Tapi ni saya nak review satu hotel yang best untuk percutian dengan keluarga atau honeymoon. So far, hotel yang paling memberikan kepelbagaian pengalaman yang seronok kerana persekitarannya yang best, banyak fasiliti dan reakreasi yang sesuai untuk seisi keluarga. 
Semalam jer pun bermalam, tapi cukup menarik dan mengujakan. Harga hotel ini boleh check SINI Water chalet antara jenis penginapan yang popular. Kalau nak murah sikit boleh pilih yang jenis bilik biasa. Ada gambar ni yang saya ceduk dari google im…