Posted on Wednesday, October 17, 2012

Remaja, Cinta dan Nafsu



Salam u all,

Biasalah, pepagi ni mesti gatai tangan nak menulis blog. Walaupun seco'et orang kata. Hehe..

Okay sebelum mula kerja, saya nak bercerita sedikit. Saya ni kan suka memerhati, membaca masalah sosial kan?? Ha, memang dah kerja saya, dengar masalah orang dan faham masalah orang..masalah sendiri tak tersettle. Aish!

Terpanggil untuk memberi sedikit ulasan muka depan berita harian metro. Biasalah, sapa tak kenal harian metro, bukan harian metro kalau takder headline bikin kapla terpusing...! Memang catchy selalu and ader unsur2 18SX. Huaaa..jangan marah harian metro.

Pendek citer, katanya trend remaja sekarang membaca bahan lucah melalui handphone.

Ini membuatkan saya teringat tentang isu attachment lagi - fuh topik kuliah tak habis lagi yek. Minggu ni saya akan bercakap dengan students saya tentang attachment dari kecil sampai la ke tua! Harap bersabar kalu ini bukan 'minat anda'.

Okay, tak dinafikan remaja adalah zaman jiwa bergelora, betul tak? Aalaa, macam tak pernah jadi remaja tul tak?? Masa tu perubahan hormon semua mempengaruhi emosi dan psikologi, masa tu jugak rakan sebaya pengaruhnyer jadi sangat penting, dan kebanyakan remaja tempoh ni dah cuba menjarakkan hubungan dengan ibubapa dan menjadikan rakan-rakan sebagai teman rapat mereka. Ini dikatakan adalah proses yang semulajadi berlaku...

Masa ni emo tidak menentu, 'rebell without a cause' lah, macam citer James Dean tu. Sensitif yang amat, tetiba tak mau berkongsi barang dengan adik2 lain, berkepit ngan handphone and facebook memanjang, kena tegur boleh mengamuk..haha, itu kes extreme ya. Tapi ada jugak remaja yang tenang melalui peralihan hidup mereka dengan tenang dan tawadhukkkkk..alhamdulillah!

Menariknya, bercakap pasal cinta nih...kajian mendapati, pemahaman cinta dan motif cinta bagi remaja lelaki dan perempuan adalah berbeza. Remaja perempuan melihat cinta itu sebagai mengenali personaliti, karekter dan kepuasan komunikasi. Berlainan dengan remaja lelaki..mereka lebih melihat kepada tarikan fizikal. Wah..menarik tak findings nih?? Menarik bagi saya..

Sebab..

Ia mengingatkan saya kepada pentingnya remaja menjaga batas pergaulan dan harga diri. Jangan mudah senang 'memberi' kerana pengharapan anda mungkin amat berbeza dengan pasangan. Sorang mengharapkan kemesraan emosi, sorang lagi mengharapkan body..apa jadik pastu? Konfliklah. Dah dapat tinggal!

Kajian mendapati, cinta peringkat remaja lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. contohnya:

hamil luar nikah
masalah prestasi akademik
penggunaan bahan terlarang
berhenti sekolah
buang anak

Kajian juga mendapati keinginan untuk berpasangan peringkat remaja ni lebih tinggi dalam kalangan kelompok remaja yang bercampur, maksudnya ada kebebasan pergaulan lelaki dan perempuan berbanding remaja yang diasingkan mengikut jantina.

Jadi, berpada2lah adik2 sekalian dalam bersahabat. Jangan terlalu murah memberi. Sayangi diri. Kerana diri anda berharga (INI BUKAN IKLAN MAYBELINE) Read More

0 Responses to Remaja, Cinta dan Nafsu