Posts

Showing posts from February, 2016

Tudung oh tudung!

Image
Tidak dinafikan, sekarang tengah trending ialah hijabista, macam2 jubah, macam2 tunic, macam2 skirt labuh, macam2 tudung!!! Bercakap tentang fesyen muslimah ini, selain Shah Alam, Bangi juga adalah syurga dunia bagi wanita-wanita muslimah dalam mencari pakaian menutup aurat serta tudung-tudung untuk matching ngan baju masing-masing. Sebagai warga Bangi/Semenyih, ooh, ini memang heaven. Dulu, bila nak cari baju muslimah, terfikir KL dan Shah Alam dah pening kepala sebab nak pergi sana fikir jem, masa, tempat tak familiar dan lain-lain. Tapi, sejak butik online tumbuh macam cendawan lepas hujan di Bangi ini, oooh senang cerita. KL sudah tidak ku peduli. Haha. Pergi KL untuk beli barang lain sahaja, kalau pakaian dan tudung, saya ronda-ronda Bangi sudah cukup. Bangi Sentral and Bangi Gateway tu pun saya tak habis-habis pusing lagi. Best tak best? 



Bercakap pasal tudung, dulu saya peminat tegar dan sejati tudung bawal. Tetapi dengan kehadiran pelbagai jenis tudung-tudung lain, semakin suk…

Kenapa membujang? Sebab utama lewat berkahwin

Image
Kementerian Penduduk & Keluarga Malaysia telah mengeluarkan hasil kajian mereka tentang isu semakin ramai teruna dara di Malaysia ini berkahwin lewat. Agak menarik jugak penemuan hasil data ini untuk dianalisis dan dihadamkan oleh kita bersama-sama. Gambar di atas adalah infografik dari hasil dapatan kajian. Saya dah tak boleh nak besarkan gambar itu. Setakat itu yang terbaik mampu dibuat. 
Mari kita tengok fakta-fakta yang menarik tersebut:

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) menunjukkan 35.7 peratus wanita di negara ini lewat berkahwin disebabkan tiada calon yang sesuai.Manakala 56 peratus lelaki pula mengakui berhadapan masalah kewangan yang mengakibatkan mereka lewat berkahwin.86.8% ada keinginan berkahwinUmur purata berkahwin ialah 31 tahunUmur ideal berkahwin bagi lelaki: 28 tahun dan wanita 26 tahunUmur perkahwinan lewat bagi lelaki: 37 tahun dan wanita 33 tahun 3 sebab utama berkahwin lewat: Bagi lelaki: 56% masalah kewangan 18.4% tiada pasangan sesuai 9.4…

Silaturahim dan rezeki

Image
Salam ukhuwah dan selamat pagi,

Moga hari ini kita lapangkan hati untuk mendepani hari baru dengan azam baru dan semangat baru. Setiap hari kita kena berazam, bukan tunggu awal atau hujung tahun sahaja. Hari-hari kita kena tanamkan niat untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan. Bagi yang bekerja, jangan lupa mulakan hari kita dengan membaca doa sebelum memulakan kerja. Moga Allah swt kurniakan kita keberkatan dalam 24 jam ini, rezeki yang berkat. Berkat itu penting, biarlah sedikit tapi berkat, kerana berkat itu didalamnya ada zat yang mencukupi. Tidak guna, duit banyak tapi tiada keberkatan didalamnya.

Salah satu cara menjemput rezeki ialah dengan mengukuhkan silaturahim, bukan memutuskannya. Jadi marilah sebarkan yang baik2, ingat yang baik2, dan lakukan yang baik2 sesama muslim dan sesama manusia. Moga, ada kehidupan ini tidak putus menjemput rezeki. Gunakan facebook, twitter, ig, kita untuk sebarkan cinta, bukan kebencian. Hati yang penuh perkara negatif, lambat laun akan saki…

Gaji RM3600 ukuran baru kadar miskin di Malaysia

Image
Memetik kata-kata Ku Li dari laman web Sinar Harian:


"Nilai ringgit sudah jatuh dan World Bank telah tetapkan ukuran yang baru kepada kita untuk tentukan kita sudah atasi kadar kemiskinan. Dikhabarkan sekarang untuk Malaysia, mereka yang berpendapatan kurang RM3,600 adalah golongan miskin,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Forum Transformasi Barah Ali Baba di Bumi Merdeka anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEN) di Institusi Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam, semalam.
Yup, ukuran baru ialah RM3600 sebulan adalah miskin di Malaysia. Sebelum ini RM3000 dianggap sebagai miskin bandar. Ertinya? Bagi rakyat marhaen seperti saya dan kalian-kalian semua, duit kita telah susut nilai banyak dan RM100 sudah tak sama lagi dengan RM100 beberapa tahun dulu. Ini sangat benar. Bila dulu RM100 rasa banyak jugak yang boleh dibeli dan disumbatkan ke dalam raga/troli supermarket. Sekarang? Sikit jer pun barang dah cecah RM150!! Sampai terkujat2, and terfikir &qu…

Populasi 70 juta menjelang 2020: Tak tercapai akalku

Image
Teringat ketika menghadiri satu mesyuarat dengan Kementerian Wanita sedikit masa lalu. Kami bercerita tentang fertiliti dan mortaliti rate di Malaysia. Salah seorang pegawai mengatakan bahawa Malaysia jika mengikut pelunjuran dan trend fertiliti sekarang, memang tidak akan dapat mencapai target 70 juta penduduk menjelang 2020. Impian tinggal impian. Ini kerana kadar kelahiran mengikut kaum memang menunjukkan kadar yang perlahan, dan ini turut menyebabkan kebimbangan kerana semakin ramai pasangan suami isteri:



berkahwin pada usia lebih lewatmerancang bilangan anak sedikit Ditambah dengan keadaan semasa, kesukaran mendapat pekerjaan dalam kalangan graduan, susah nak mendapat kerja yang stabil, kos hidup tinggi, menjadikan golongan muda menangguhkan perkahwinan dan jika berkahwin pada usia lewat juga, menjadikan pasangan berkahwin tidak mahu anak ramai kerana faktor usia dan kemampuan. Selain itu, faktor kesihatan turut memainkan peranan. Yalah, lagi lewat usia kahwin, peratusan untuk ha…

Syair yang meruntuh jiwa Imam Ahmad bin Hanbal

Image
Imam Ahmad Bin Hanbal (rahimahullah) telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yg berkaitan syurga dan neraka. lalu beliau bertanya :" Seperti apa? contohnya?". lalu muridnya mendendangkan syair ini, selesai 2 rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mngulang-ulang 2 rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: Kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati (sumber youtube)


Jika tuhanku bertanya padaku Tidak malulah kau bermaksiat padaku? Kau sembunyikan dosamu dari makhluk ku Dan datang padaku dengan penuh dosa Bagaimana aku hendak jawab wahai diriku yang malang? Siapakah yag dapat menyelamatkan aku? Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan Dari masa ke semasa Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati Dan apa yang berlaku kepadaku selepas dikafankan Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya Seaka…

Anugerah Cinta Paling Agung

Image
Semalam konon nak tengok Cinta Paling Agung kat astro, sudahnya Cinta Paling Agung yang tengok saya kat sofa. Penghayatan 10 minit sahaja lepas itu, mimpi sudah...Tapi nasib baik ada rekod. Mak kata cerita tu best and tengok sampai habis dengan anak saudara. Saya penat sangat nak tengok sebab tidur terganggu jaga big boss demam. Kesian, big boss demam teruk, risau tengok kena demam teruk. 

Nanti bila dah ada kelapangan saya tengok balik, tapi banyak moral of the story cerita ni jugak. Salah satu daripadanya ialah:
Bila ada masalah rumahtangga, betulkan akar umbi masalah tersebut in sha allah keharmonian rumahtangga akan kembali ke landasannya yang betul. Dan tidak semua masalah yang mendatang itu memberi kesan buruk, sebaliknya ia adalah 'wake up call' untuk kita muhasabah diri masing-masing apa yang tidak kena dalam rumahtangga kita. Dalam cerita ini saya nampak, pasangan ini ada kekosongan dalam rumahtangga mereka tapi mungkin kerana kejahilan masing2, mereka mencari jalan …

facebook share: the do and don't

Image
Facebook memang medium seronok untuk berkongsi macam-macam. Tapi tak semua boleh dikongsi. Dalam Islam ada yang boleh diceritakan, ada yang lebih baik dirahsiakan. Misalnya, pertunangan lebih baik dirahsiakan kerana ia bukan lagi perjanjian mutlak, di mana bisa saja pertunangan akhirnya berakhir dengan putus tunang. Sebaliknya, pernikahan, diwajib untuk diuar-uarkan kerana merahsiakan perkahwinan mungkin mengundang fitnah dan keji umpat dan salah faham yang membawa masalah lebih besar.

Saya pernah terbaca satu survey di Barat tentang apa yang orang suka tengok dan orang menyampah tengok kat wallpaper masing2, saya lupa detailsnya and tak jumpa pulak linknya. Tapi antara lain yang orang menyampah ialah:
share makanan kat fbselfie tak hengat sampai hangitshare gambar baby setiap 2 minitshare masalah rumahtangga dll

adalah beberapa lagi saya tak ingat. bila tengok ni, ooh so beringat sendiri. berpada2 dalam berkongsi. kita ingat orang suka, rupanya orang menyampah. dalam senarai yg saya …

Mutiara kata

Image
Salah satu kesukaan saya ialah mengumpul kata-kata hikmah di facebook dan share di fb, wassup samada untuk kawan, keluarga dan suami. Moga dengan adanya kata-kata hikmah yang baik ini, manfaatnya dan kebaikannya meresap dalam hati kita walau sedikit.



























We talk about marriage

Image
My anniversary is just around the corner,
Ikut usia perkahwinan masih terlalu muda, dan kalau ikut kajian di Malaysia masih dalam kategori berisiko (mohon dijauhkan). Sebabnya? Dikatakan perkahwinan yang paling tinggi penceraian ialah seawal 5 tahun pertama. Fasa mengenali hati budi, fasa berkompromi, fasa to know the true color of our husband/wife, dan banyak lagi fasa2 lain. Ini mungkin pattern kebanyakan, sedang saya pasti setiap perkahwinan itu masih unik dan mungkin tidak pun berada dalam stage2 yang diandaikan. Pasti ada outlier, pasti ada beza, pasti ada yang luar biasa. 


Bercakap tentang anniversary, priority saya bukan pada sambutan yang kena happening, ada kek, hadiah, majlis keraian dll. Kalau ditanya, saya lebih suka kita dapat refleks dengan pasangan tentang perjalanan perkahwinan kita dalam tempoh tersebut. Melihat visi dan misi, apakah masih sama, adakah kita berkembang dalam perkahwinan itu secara bersama-sama atau mimpi sudah lain-lain. 

Teringat kata-kata omputih:
In…

Hidup adalah pilihan yang bertanggungjawab

Image
Sekarang ini tengah buat modul untuk teori-teori dalam psikoterapi. Bila baca teori-teori ini balik seronok pula, dapat refresh balik ilmu yang dah ada and reflect diri pada masa yang sama. Antara lain ialah Teori Reality Therapy mengatakan bahawa:

Clients must know that change is a responsible choice. For example, if a client wants to improve relationship with other people, then they should be prepared to engage in activities that can improve relationships with others. 


Teori ini menekankan hidup adalah pilihan yang bertanggungjawab. Kita mungkin tidak dapat kawal takdir hidup kita yang ada diantaranya telah ditentukan Allah swt, TETAPI kita dapat kawal bagaimana kita harus respons kepadanya. I tend to agree with this notion. 


Teori ini mahu klien meletakkan kuasa menentu untuk bertindak dan berubah itu bermula dalam diri, bukan orang lain. Bila kita serahkan kuasa itu pada orang lain, selamanya kita merasa kita adalah 'mangsa keadaan', jadi sampai bila pun kita jadi pasif dalam…

Buku Motivasi Terbaik

Image
Thread lalu saya ada menyentuh tentang buku motivasi yang saya pernah baca dan saya fikir baik. SINI. Ini sekadar menambah sedikit lagi tentang apakah jenis buku yang patut kita manfaatkan sebaik mungkin demi menjalani kehidupan yang terarah dan selalu positif. Saya nak promo sedikit buku yang saya menjadi co-authornya iaitu buku Srikandi PhD. Ada lebih dari 10 orang penulis bersama di dalam buku ini. Agak lama jugak buku ini diproses sebelum berjaya diterbitkan. Ini antara buku yang boleh dibaca khusus bagi wanita yang sedang atau hendak menyambung pengajian di peringkat PhD. Ini bukan buku motivasi biasa, tetapi buku yang digarap berdasarkan pengalaman suka duka mengharungi pengajian PhD masing-masing. Di dalamnya penuh warna warni pahit manis pahit getir cabaran yang ditempuhi untuk mendapatkan segulung ijazah bernama PhD. Orang nampak baik/prestijnya dapat DR di awal pangkal nama. Tapi yang orang kurang nampak ialah jerit perih dan pengorbanan yang diperlukan demi menyiapkan sebu…