Monday, October 29, 2012

Muflis muda...



Petikan akhbar Berita Harian semalam (28/10/2012)


Kuala Lumpur: Lebih 50,000 orang muda berusia bawah 34 tahun diisytiharkan muflis di negara ini dalam tempoh lima tahun lalu. 


Kebanyakan mereka bankrap disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan

Malah, ada juga yang menjadi mangsa penipuan disebabkan penggunaan butiran peribadi mereka oleh peminjam tidak dikenali. 

_____________________________________________

Tu dia! 

Empat (4) sebab utama mem-mufliskan generasi muda zaman ini:

gagal bayar balik pinjaman kereta
gagal bayar balik pinjaman perumahan
gagal bayar balik pinjaman peribadi
hutang kad kredit (sendiri tambah)

Muda2 dah bankrupt agaknya kenapa? Saya kira faktor peribadi/personal banyak menyumbang kepada masalah bankrupt muda ni. Ini pandangan peribadi saya, terpulang kepada anda untuk setuju ataupun tidak, namapun pendapat peribadi.

Saya kira ini adalah gaya hidup golongan muda yang bermasalah. Mahu menunjukkan keupayaan material melangkaui kemampuan sendiri. Benarlah seperti ader pepatah mengatakan 'Biar papa asal bergaya.' Saya mengatakan ini kerana pemerhatian yang saya nampak sendiri pada golongan muda ini, yang saya dengar sekeliling saya dan kajian2 seperti yang dikeluarkan oleh berita harian ini. 

Sekadar beberapa contoh:

Kawan saya seorang guru, komplen tentang gaya hidup cikgu sekolahnya yang masih single muda baru mula mengajar kurang setahun tetapi dah ambil kereta honda civic yang beribu bayaran bulanannya. Memudahkan lagi kehidupan bermewah itu adalah cikgu muda itu pada masa yang saya tinggal di rumah ibu bapanya. Mungkin dalam hal ini cikgu muda ini mampu membeli kereta mewah kerana berkongsi rumah, makan minum dengan ibu bapa dan ini sudah pasti menjimatkan banyak duitnya untuk menjaga kereta mewah yang dimilikinya. Cikgu ini sederhana saja latar belakang kehidupan keluarganya. Adakah ini satu contoh perancangan kewangan yang betul? Saya fikir tidak. 

Semasa dalam penerbangan ke Kuching, saya duduk bersebelahan seorang pensyarah UITM yang juga mempunyai urusan di tempat yang sama. Kami bercerita tentang harga rumah di Bangi. Beliau kemudiannya menyatakan kerisauan tentang tabiat menguruskan kewangan adiknya yang padanya kurang bijak. Kenapa? Adiknya itu baru tamat belajar dan baru bekerja tetapi tidak lama selepas itu membeli kereta import yang padanya mahal dan pilihan yang tidak bijak. Beliau ada menasihatkan adiknya membeli rumah dulu dan membeli kereta lain yang lebih murah kerana harga rumah amatlah mahal dan ketika bujang inilah mudah membelinya kerana komitmen masih kurang. 


Saya sendiri, ketika baru balik ke Malaysia dan mula mengajar, saya pakai kereta pertama saya iaitu kancil ke tempat kerja. Hanya beberapa bulan kemudian saya menukar kereta saya kepada kereta alza. Menariknya, cerita disebalik beli kereta ini, ada kawan dapat tahu saya nak beli kereta, begitu excited bertanya, kereta apa saya nak beli. Bila saya sebut saja kereta alza, mukanya terkejut sepertinya dia tak sangka saya nak beli kereta alza, saya tak layak mendapatkan alza ker atau alza tak layak mendapatkan saya. Tapi dialognya kemudian membuat saya berfikir panjang...

"Arh?? Kereta Alza? Kenapa? Awak tu belajar overseas.." lebih kurang bunyinyerlah. Saya dah lupa dialog asal tapi lebih kurang itu maksudnya. Memang terkedu saya dengan respon dia. Saya tak membalas apa2, cuma sekadar berkata saya berkenan, dan dalam kemampuan saya membelinya. That's it. 

Saya fikir panjang kemudiannya. Kadang2 espektasi orang kepada kita pun mempengaruhi keputusan kita membeli. Contoh senanglah..saya sendiri. Kalaulah saya memikirkan apa yang orang fikir tentang imej saya sebagai seorang graduan overseaslah kononnya, maka saya akan serba salah nak ambil alza dan mungkin ikut saja jangkaan orang demi menjaga imej. Tapi saya fikir balik, duit saya yang bagi, saya yang akan merasa peritnya tiap bulan melunaskan bayaran ansuran kereta ini. Yang sakit mata melihat kereta alza itu, kalau nak sangat saya pakai kereta import, silalah dahulukan duit deposit percuma kepada saya pun dah kira baik so saya boleh bayar kurang bulan2. Betul tak? So kalu sekadar komplen, i dont bother. So saya buat keputusan bahawa dalam hal ini, keselesaan saya sendiri dan komitmen saya adalah keutamaan. Bukan untuk memenuhi jangkaan orang lain terhadap 'bagaimana saya harus menampilkan diri saya secara material.' 



Apalah guna, duit gaji habis 80% untuk membayar hutang saja, belum tengah bulan dah kekeringan poket. Pada saya keadaan itu tidak menyeronokkan diri saya secara emosi, tiada ketenangan. Keselesaan pada saya ialah saya dapat membayar hutang dan komitmen bulanan, pada masa yang sama boleh menyimpan dan ada duit poket untuk berbelanja membeli barangan saya suka. Sengkek demi gaya is just not my way.

Beli rumah pun satu isu. Saya baru saja beli rumah teres. Nak beli rumah pun saya berhadapan dengan espektasi dan jangkaan orang. Dah ader PhD, nanti 5-6 tahun dapat Prof Madya, ader rezeki Prof..so ambiklah rumah besar. Lebih kurang macam tulah komennya. Saya mengakui agak takut nak memberi komitmen membeli rumah lebih besar dari rumah teres hanya berlandaskan ramalan apa saya bakal dapat di masa depan - gaji lebih besar, pangkat lebih besar. Saya tak berani kerana ia belum berlaku. Saya memikirkan status kewangan saya hari ini. Apakah mampu? Saya tak mahu jadi seperti pepatah 'mendengar guruh dilangit air ditempayan dicurahkan.' Again, saya melihat kemampuan saya memberikan komitmen bulanan. Memang saya boleh pergi maksimum..RM400 ribu itu boleh direalisasikan tapi saya mengenangkan, mengapa perlu ke tahap maksimum? Sakit saya nak membayarnya. Ia sudah pasti menjejaskan peruntukan kewangan untuk kecemasan. Lagi2 pensyarah yang membuat penyelidikan seperti kami, adalah biasa untuk membuat bayaran pendahuluan dan claim kemudian. Kalau semua pendapatan habis bayar komitmen, akan ada problem di lain2 perkara pulak. 




Alhamdulilah rumah ini saya tidak mendapat banyak masalah mendapatkan kelulusan pinjaman. Saya berterima kasih kepada alza saya kerana dia telah membantu meyakinkan pihak bank bahawa saya tidak menanggungnyer pada harga yang mahal. Itu juga sebenarnya saya fikirkan ketika membeli alza dulu. Saya tidak pasti rumah yang bagaimana saya dapat beli, mahal atau murah? Rumah di Bangi ini sangat mahal, jika saya beli kereta mahal, maka semakin kurang kemampuan saya dan mungkin terpaksa memikirkan kawasan lain. Ini sudah pasti meningkatkan kos tol dan minyak. Alhamdulillah pada ketika pihak bank mengetatkan syarat pendapatan bersih untuk meluluskan pinjaman rumah, saya dapat melepasi tempoh itu. Ada ramai pembeli rumah yang sama tidak dapat melepasi halangan itu kerana komitmen lain yang sudah besar. 

Kad kredit pun satu isu golongan muda. Ini berkaitan rapat dengan kemampuan dan belanjawan. Yelah, bila pendapatan sedia ada tak mampu menanggung gaya hidup mewah, maka hutanglah jawabnya. Tapi ia ibarat gali lubang tutup lubang. Selamanya berlubang...

Menariknya..ini banyak berlaku dalam kalangan orang Melayu. Ntahlah, mungkin faktor budaya dan sosial kita mempengaruhi jugak. Yelah, bila pakai kereta berjenama, gaya hidup mewah, pakai mahal2 maka ia meningkatkan taraf sosial di mata ramai orang. Orang Melayu ni kadang2 amat gemar menilai orang dengan harta dan imej orang itu. Jadi, ia menjadi satu tekanan untuk golongan muda memenuhinya. Demi mengorat si dara jelita, apa kelas pakai alza..kurang2 pakailah honda city. Apatah lagi nak pakai kapcai. Terus gadis tak jeling, buat2 tak nampak or disangka tiang lampu jalan. 

Kawan saya berbangsa cina, saya puji gayanya mengurus kewangan. Yang penting baginya duit dalam bank, tabungan. Material yang ader tarikh luput ni dia tak fikir sangat. Dia single, ada PhD, bergaji besar, saya kira dia mampu membeli kereta lebih mahal, tapi dia happy go lucky dengan kereta myvi putihnya dan rumah teresnya. 



Dalam menguruskan kewangan ni saya kira kita kena realistik, bukannya mengikut emosi atau jangkaan orang. Kadang2 kita kena ada prinsip dalam menentukan budget kewangan kita dan berdisiplin dalam berbelanja. Percaya tak, kalau RM1500 pun tak cukup kerana tabiat belanja anda, saya agak yakin RM1.5 juga pun belum pasti mencukupi juga. Pada akhirnya duit anda, diri anda, kesejahteraan anda yang dipertaruhkan. Teringat penyelia saya di Melbourne dulu, bertahap Prof, tapi kereta sempoi saja dan rumah pun simple saja. Tapi dia tak kurang gembiranya berbanding pensyarah pada tahap yang sama di sini tetapi memiliki kereta mahal2 dan rumah banglo besar. Ini bererti, anda tidak semestinya perlu ada harta yang besar2 untuk rasa gembira. Cukup di hati anda senang, itu lebih membahagiakan. 

Dalam hal ini, saya memilih kesederhanaan. Beli apabila perlu, bukan mahu. Sesekali nak memanjakan diri okay, tapi yang melibatkan komitmen panjang, sila teliti lebih dalam. Saya pun tidak mahu beria2 mengumpul harta yang banyak. Saya beli apa yang saya nak pakai. Lagi banyak harta, lagi banyak komitmen dan kerisauan yang perlu difikirkan. Lagi2 dalam situasi ekonomi sekarang yang tidak menentu. 


Saya teringat ada hadis atau apa saya lupa..tentang kehidupan zuhud seorang alim ulama yang menolak kemewahan dunia. APa yang dipakainya itu sajalah hartanya di dunia sedangkan dia mampu mendapatkan lebih dari itu. Apabila ditanya, dia menjawab - dia tidak mahu disukarkan hisab di akhirat kerana harta yang banyak. Semakin banyak harta dibawah miliknya, semakin banyak soal jawabnya dengan tuhan tentang bagaimana dia membelanjakannya. 

__________________________

update: semalam punyer citer panjang lagi nak citer..sambung sikit lagi..huahaha

tak semua yang muflis itu kerana sikap boros or tak tahu mengurus kewangan. ada jugak yang menjadi mangsa keadaan seperti butiran peribadi yang dicuri untuk pinjaman dan juga rumah terbengkalai. ini memang sah bukan sebab karakter yang tak betul. ini pun hangin jugak..tau2 kena blacklist sbb hutang yang tak pernah dibuat atau rumah yang dibeli developer cabut lari...mahu nak membunuh tu rasanya. Kategori muflis ini ada banyak jenis dan sesuatu harus dilakukan untuk membetulkan keadaan, rehabilitasi jika perlu dan bagi yang muflis disebabkan identiti dicuri/developer lari, maka beban kesalahan itu patut bagi pihak yang tidak bertanggungjawab, bukannya mangsa. kes identiti dicuri pun kadang2 saya pelik, macam ner boleh semudah itu contohnya pihak bank meluluskan pinjaman. main sign saja kah? 

sesuatu harus dilakukan kepada muflis muda ini...



No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...