Wednesday, February 10, 2010

Catatan ringkas hari nie

Hi all,
Minggu nie byk habiskan keje di ofis campus. Kebetulan byk urusan pulak kat campus, Selasa jumpa supervisor, hari nie ada appointment dgn kawan pasal keje, esok pulak..ada kelas YOGA. ehehe. sajer nak release tension. Mmg mcm nielah rutinnya, ikut mood, kdg2 minggu nie kat umah buat keje, minggu dpn kat ofis. kalu statik, kdg2 jadi jemu so kena selalu kalih antara umah dan ofis utk maintain mood. per tah lagi skrg nie, dah tak blh buat keje ikut mood, kalu mood memanjang nak rehat habislah keje tak siap. nie dah msk waktu2 kecemasan, jadi mood kena selalu maintain.
Oh, tanah airku, hmm..mcm2 ada berita panas.Tapi personally, sy benci apa berlaku skrg, siapa pun dalang yg menjadikan Msia jadi tidak aman dan menanam kebencian dan rasa tidak percaya terhadap institusi beraja kita, perlembagaan kita, pentadbiran kita dan keharmonian  kita. Rasa mcm nak bagi jer org tu ... pindah kat tmpt lain. Saya doakan agar KEBENARAN akan muncul jugak. diberikan kekuatan pd jiwa yg berkata benar dan perasaan gerun pd jiwa yg berdusta.
hari nie produktif berbanding smlm, hari nie kat ofis sampai malam. tapi produktif berlebihan pun tak baik utk kesihatan, tau sbb aper? kerana balik lewat, maka tak dapat masak, bila tak dpt masak, makan malam nie ialah MEE MAGGI SEGERA.

note: dah lah balik lewat, pandrive tertinggal kat ofis pulak, baru jer nak msk umah, kuar balik, kalu tak ambik tak blh sambung keje, penting tu pandrive, 3 thn punyer keje, tinggal sebentar pun risau, bawak ke mana2. tadi on d way ke campus, ada 2 org jer penumpang dlm bus yg besar dan suram tu (maklum remang2 senja dan baru lepas hujan, sunyi senyap). ntah naper tiba2 sy boleh teringat lagu aisyah niee, maka sy pun menyanyi utk menghiburkan hati yg kena  patah balik ambik pandrive. jiwang pulak. ikikih

layan eeehhhh..



Monday, February 8, 2010

Harga Cinta

bagi aku, perasaan menyayangi dan mengasihi seorang insan kepada insan yang lain itu merupakan anugerah yang cukup mahal harganya ia tidak diminta, ia datang sendiri…percayalah, kasih sayang yang ‘dibuat-buat’ sebenarnya mudah untuk kita kenal pasti sesuatu yang datang bukan dari hati dan perasaan yang tulus ikhlas, pasti akan ‘terkantoi’ dengan begitu mudah sekali kepada kita semua, bersyukurlah selagi ada orang yang sayang dan kasih kepada kita kerana esok belum menjanjikan apa-apa jangan hanya setelah dia pergi…baru kita sedar kita sudah kehilangannya, kehilangan kasihnya, kehilangan cintanya waktu itu merayulah, merintihlah, merataplah…namun kasih sayang itu tidak mungkin akan kembali lagi tidak mungkin kembali lagi seperti mana di awal kehadirannya! ~ Syahril Kadir

note: dalam maknanya tuu..

Sunday, February 7, 2010

Terkenang semasa dulu...


tak rasa sejuk sgt coz baju tebal semua, tapi bhgn urat dan anggota tak cover tu mmg lah kebas kalu terdedah ngan angin and salji

nie kenangan di Mt Buller, ms musim sejuk. kami pergi pakat2 ramai2. 3 dah habis phd, 2 msh struggle, 1 dah habis master.

musim bunga nak tiba, pokok2 yg dulunya hanya batang saja mula mengeluarkan bunga2

 

  
 nie tgh tunggu bas nak ke campus pagi2, nampak rainbow terus ambik. kdg2 tgk gambar nie rasa sayu jer,  sy sorang tunggu bus, rasa jauhnya di dalam ati. jauh dari semua org.



Tetiba hari nie, "terkenang-kenang semasa dulu". first sampai thn 2007, terasa cepatnya ms berlalu ya. tahu-tahu dah 2010. dlu sampai terasa lamanya nak jalani kehidupan di tempat orang 3 thn setengah nie. rasa mcm aduuuhhhh..mengeluh panjang. tapi sikit demi sikit, hari jadi minggu, minggu jadi bulan, bulan jadi tahun, tup2 dah semakin ke penghujungnya kembara di bumi Melbourne nie. tapi, itu dulu, first year, sblm confirmation, mmg kami rajin outing, but not now, 8 bulan2 terakhir ini terlalu berharga tuk berjalan2. percaya atau tidak, sejak balik msia bulan 12 hari tu tak pernah lagi menjenguk city/bandar. kehidupan sy utk 8 bulan ini adalah rumah, ofis, campus, pasar. itu saja. sedang ayah sahabat baik sy yg dtg blh jalan cover melbourne 2 minggu, saya?? melbourne sini corner-corner tempat sama jugak sy pergi. ahaha. ntahlah, malas nak berjalan or takde masa nak berjalan dah, agaknya dua2. skrg nie, to be honest, nak pi jalan2 sy rasa gundah gulana mengenangkan keje yg kena diselesaikan. gambar2 diatas nie byk diambil ms awal2 sampai dulu, ada byk lagi tapi tak upload. sekadar mengenangkan..thn dpn akan tinggal memori ajer..lain pulak 'drama' kehidupan, bermula pulak 'buku baru' tempat baru..itulah kehidupan.

Friday, February 5, 2010

Luahkan sebelum terlewat...

Maaf ye, rajin pulak tangan dan fikiran nie nak 'bercakap'. Dua entri sekaligus, (aper dah takder keje ker? barangkali ada org tanya mcm nie kat saya). maka sy mahu  menjawab, nielah antara cara sy lepaskan tension. dari pagi tadi menghadap komputer, baru abis satu keje, nak rehat jap so bagilah tangan saya dan fikiran saya merapu2 di blog nie barang sebentar seblm nak 'diperah' sekali lagi utk tesis. sabar ye. kesabaran anda perlu. 

Ini juga ada kaitan dgn benda yg saya nak ckp. Saya tak pasti you all perasan or tak, tapi kblkgn nie byk sungguh kes amuk dan bunuh berlaku. seingat saya dah ada bbrp setakat nie - kat terengganu - bunuh ayah dan abg cedera parah, pastu yang kat N9 hari tu bunuh datuk nenek, adik, ayah, pastu yg terbaru nie, hampir mati jugak ditetak suami, hingga jari-jarinya putus. aper dah jadi??? tension sgt ker sampai jadik mcm tu? amuk nie biasanya dilakukan oleh orang2 yg suka memendam perasaan, yg tak suka ckp mslh dgn org lain, jadi sampai satu tahap terus sekali dahsyat. 

Moga2 kita tak jadi mcm tu. Kalu pun ada mslh, cariklah jalan utk mengatasinya. mmg setiap cara org tak sama, takpe, asalkan berhasil utk melegakan hati dan perasaan. ada org suka berckp, luah perasaan dgn org lain. ada yg malu nak citer. pd yg  malu nak citer, bukan takde jalan bagi luahkan perasaan yg sedih, kecewa, pahit tu, ada byk cara. sy antara org yg tak berapa gemar utk cerita mslh dgn org lain. kdg2 ajer saya citer. bila sy sedih ke aper, sy suka luahkan dgn menulis apa saya rasa dan saya simpan elok2, mcm diarilah lebih kurang. tapi diari tu dah agak outdated, so sy suka taip jer dlm microsoft word dan simpan. ada bezanya bila kita luah dan pendamkan. lepas luah kita rasa lega. sy selalu buka balik dan baca, bila baca balik, mcm self reflection lah, kita nampak lebih jelas cara kita bertindak dan berfikir. sy prefer cara nie sbb sy blh kenal diri sendiri lebih baik. bila tulis tu tgh sedih ke marah, pastu bila bukak balik time dah cool, kdg2  rasa mcm 'ting tong' jer aper kita fikir dan rasa time tu. 

teringat satu kisah benar yg berlaku di US dulu, seorang lelaki tlh membeli kereta baru. sbb baru lagi, so syg habislah. pastu ntah mcm ner, anak dia yg masih kecil tu pergi rosakkan kete ayah dia tu sampai si ayah terlalu bengang lalu dia pilah mengetuk jari2 tangan anak dia dgn tukul. masuklah budak tu hospital. bila dah cool marah dia tu baru dia mcm tersedar dgn kesilapan dia. tapi semua dah terlewat sbb doktor kata jari2 anak dia dah tak dpt diselamatkan lagi sbb dah jadi 'roti canai yg ditebar'. bila dia jumpa anak dia kat hospital, anak nie dgn muka innocent jer ckp kat ayah dia, 'daddy, daddy, i am so sorry about your car.' 'but when are my fingers going to grow back?' si ayah nie balik rumah dan bunuh diri sbb terlalu menyesal. 

jadi fikirlah ttg citer nie sblm anda rasa nak 'mem-fire' seseorang atau utk utk membalas dendam. fikir dulu. kete boleh repair balik, tapi jari2 yg musnah atau hati2 yg terluka selalunya sukar disembuhkan semula. so sesiapa ada kemarahan dalaman tu, carik2lah jalan ye utk selesaikan. kalu blh dibawa bincang, cubalah. inilah sebaik2 keadaan, tapi senang ckp dari buat kan. tapi, sebaik2 tempat adalah BICARA DGN YG ESA. luahkan, bagi perasaan tu lega, luahkan sblm terlewat...

panjang pulak citer...blh seminggu tak menulis blog nieh, cukup bekalan u all baca.