Posts

Showing posts from November, 2013

Demam Bandung...

Image
Update Bandung,
Balik dari Bandung dalam thread lepas saya ada ckp, terus batuk dan demam. Ha since Friday night till today, msih demam. Semalam sangat teruk sampai suara pun dah berubah, temperature naik, cirit birit, lenguh badan, semua ada deh. Jarang rasa demam seteruk itu. Dengan batuk kuat tak berhenti sampai satu tahap saya tak larat dah nak batuk sbb tak tahan menahan sakit otot perut kerana batuk berpanjangan. Smlm pagi jugak gi jumpa doktor lagi sekali kerana risau, patut dah reda sakitnyer, aper kes makin sakit dan menjadi2? Jadi kesemputan pun ader gak sbb hidung tersumbat, batuk, kahak, semua ader. Doktor panel pun risau sbb katernyer skrg malaria tgh circulate and mmg ader kes di Indonesia. Malaria bukan lagi di hutan katernyer, tapi kini merebak di bandar2. Lagi aku takut. Smlm buat blood test. Alhamdulillah normal lagi so continue sajer dgn ubat biasa. Dapatlah ganjaran MC dua hari. 
Hari ni rasa okay sikit berbanding semalam. Doktor semalam bagi ubat tambahan, selain…

Jalan-jalan carik pasal di Bandung

Image
Baru-baru ini ke Bandung untuk menghadiri seminar di UNPAD. Pergi tak lama cuma 3 hari 2 malam. Walaupun singkat, pengalaman ke Bandung memang menarik, bab makannya, cuacanya, orangnya, dan juga tempat beli belahnyer. Semua boleh melelehkan airliur dan airmata. Quick review:
Cuaca Agak dingin berbanding cuaca di Malaysia, barangkali disebabkan oleh faktor geografikal Bandung yang dikatakan berada di tanah tinggi. Memang dingin dan nyaman sajer, tapi takderlah sampai sejuk cam Melbourne. Just nice.


Makan Jangan ingat Malaysia jer yang penuh dengan fusion foods, macam2 ader. Bandung jugak aper kurangnyer, Makanan Sunda, Padang, Jawa, ha aper lagi, semua ader. Sedap2 plak tu. Cuma kalau boleh elakkan makan di warung2 kaki lima yang terdedah, kerana banyak kes keracunan makanan. Minuman pun gitu jugak, kalau boleh beli dalam botol jer and air mineral is better. Sempat menjamu makan di Pasar Bandung tingkat 6, masakan Sunda dah last day ke Restoran Belacan. Memang marvelos! Jangan lupa, try…

Apa khabar zenia house taman harmoni: CF lulus!

Image
Lama tak berblog..busy, penat, malas, semua ader yer...
Okay, baru2 ni call Raymond a day before i went to Bandung Indonesia. Mula2 dia suruh call Husna, dah banyak kli dia bagi no husna, setiap kali itulah saya terlupa letak no kat ner and setiap kali itu jugak saya akan carik Raymond semula. Mesti dia bengkek. Keh keh. 
Tapi sbb busy nak urus dokumen pergi ke Bandung, tak sempat call Husna, lagi pun no ofis depa dah lupa letak pi mana. Ingat balik dari Bandung call lagi nak tanya pasal progress CF rumah yang dah diapply since Ogos tu kan. Katernyer bulan Oct dah dapat result, so ni dah bulan November, aik, risau jugak. 
Masa di Bandung dapat wassup Raymond kata CF dah lulus so sekarang ni tunggu bank release final payment. Wah alhamdulillah, settle satu hal. Bolehlah fikir nak buat preparation masuk rumah per patut. Rasanya ramai jugak owners yang dah tahu status CF ni. Moh kita pindah beramai2.