Posted on Sunday, October 21, 2012

Semalam bersama gelandangan

Salam u oll..
AMARAN: entri ini panjang dan mungkin membosankan!
suasana ketika sampai. ramai jugak dah berkumpul
 Mesti ramai yang tengah dok terpacak depan tv nak tengok perlawanan akhir bola sepak Kelantan VS ATM kan??? Saya malas nak tengok, tapi piala dunia saya ikut jugak. So baik saya menulis blog tentang pengalaman membawa students menyelami dunia gelandangan di KL. Semalam bertolak jam 9 mlm gitu dan sampai jam 10 lebih. Kira lewat lah. Lagipun hujan semalam so tak bawak laju, konvoi pulak tu, so lagi perlahan bawak, maklumlah nak bawak saya ni yg tak pernah hafal jalan kat KL tuh. Nasib baik ader students yang tahu jalan Melaka tu kata maner, kalau saya sendiri, sesat ke mana2 ntah membawanya.

students beratur nak serving foods to homeless
students sedang agihkan makanan

At first, risau jugak nak bawak students keluar nih, lagi2 nak bawak depa ni tengok kehidupan gelandangan. Kira macam berisiko jugak sebab nak bawak gi ke beberapa jalan2 sekitar KL yang terkenal dengan sisi gelapnya. Inikan pulak nak bawak anak2 dara and anak2 bujang orang. Jadik aper2, nih, muka ni lah kena menjawabnya. Saya doa dalam hati moga dipermudahkan urusan ini. Niat saya satu ja, nak pelajar kaunseling nih bukan setakat baca ja masalah sosial/isu sosial tetapi melihatnya sekali dengan lebih dekat. Mudah2an dengan pengalaman itu menjadikan mereka lebih menjiwai bidang kerjaya mereka yang besar tanggungjawabnya iaitu membantu orang bermasalah. biar bila orang citer fasal hidup gelandangan, mereka dah tengok dan lihat sendiri bagaimana dan faham bagaimana.


sini pun ramai homeless tidur
Saya dok merapu kat depan kelas pun bukan ader faedah sangat pun :-) saya dok pung pang pung pang cakap pasal out reach lah, community work lah..takkan sama dengan mereka ader first hand xperience sendiri. hanya dengan itu saya kira mereka lebih memahami aper saya dok merapu pepagi kul 10-12pm setiap hari khamis. huaaah.

Ni jelah 2 orang teruna dalam kelas saya. yang lain semua mak dara
saya terhutang budi dengan Datin Suriyana, Anne, Faiz, Encik Abdul Halim Sulaiman dan beberapa lagi atas kesudian mereka briefing pelajar saya dan saya sendiri tentang kerja sukarela yang mereka lakukan. Biarpun tengah sibuk layan gelandangan dan mengedarkan makanan, mereka masih sempat meluangkan masa yang singkat itu untuk cerita tentang misi dan visi mereka dalam membantu golongan gelandangan di KL. Mereka nilah yang banyak memberi informasi dan memberi panduan tentang pantang larang dalam mendekati golongan gelandangan nih. kami dinasihatkan berhati2 apabila mengambil gambar gelandangan ini. yelah macam rusa masuk hutan, semua excited semacam, nak snap aper sajer depan mata tanpa sensitiviti yang tinggi. yelah, manusia tetap adaer maruah, tak kira dia kaya atau miskin. kita dok siok tangkap gambar diaorang sesuka hati, macam mereka ni 'objek' yang menarik perhatian tapi kita tak sedar bahawa mungkin mereka tak selesa. lagipun sapa suka jadi gelandangan??? ia bukanlah perkara yang dibanggakan. jadi sikap yang tidak sensitif dalam mengambil gambar sesuka hati ini mudah saja menjadikan mereka rasa malu.

keindahan KL bukan untuk semua

 Datin Suriyana dan kawan2nya memasak sendiri makanan yang diagihkan kepada gelandangan ini. Mereka ader juga menerima tajaan daripada pihak2 lain. Alhamdulillah makanan pun tidak kurang dari 2 lauk rasanya, panas2 lagi. Kalau bernasib baik, gelandangan ini akan mendapat 2 kali makan. satu bungkus lagi tu boleh bawak balik and makan kemudian. Masa saya bawak students UKM nih, ader beberapa pelajar antarabangsa lain turut serta. mereka juga turut memberikan sumbangan makanan kepada gelandangan ini.

khusyuk dan tawaduk mendengar taklimat

 Bestnyer, dalam mereka mengedarkan makanan nih, hiburan juga disediakan. malam tadi, dibuat tayangan pacak, skrin putih dipasang betul2 di depan bank mualamat jalan melaka KL. kat situlah mereka makan, berkumpul dan menonton. kater Anne, ini sekurang2nya memberikan sedikit keseronokan kepada gelandangan ini yang jarang berpeluang menonton tv dan sebagainya. so malam tadi makanlah mereka sambil menonton 'the Pirate of Carribean'. Johnny Deep tu jangan memain...

ini bayang2 saya. kweng2 brutal sikit. teringat masa study melbourne dulu. sempoi! 

Lepas tayangan habis, maka gelandangan nih mulalah bergerak ke tempat mereka masing2. Kami kemudiannya dipelawa untuk turut sama mengedarkan lebihan makanan ke jalan2 sekitar KL yang mereka kenal pasti ramai gelandangan macam sekitar Pudu Raya, Central Market, LRT station, masjid dan sungai kelang. Ini pengalaman yang paling mengharukan lah malam itu. Sebabnya masa distribute makanan depan bank mualamat tu kita tak nampak realiti hidup mereka, tapi once kita ke lorong2 yang saya cakap tadi tu, then kita nampaklah keadaan sebenar mereka. contohnya, kat sungai kelang tu, nilah first time hidup saya gi KL masuk bawah jambatan sungai kelang tu, menyelusuri tebing2nya yang gelap, berlumpur dan berarus deras tuh. maner ader kita gi KL nak jalan2 tempat gitu tak? Kita gi KL gi Midvalley, Sogo, Twin Tower, Pavillion, yang semuanya indah2 mata memandang, ader aircon, ada lampu, selesa dan sebagainya. Tapi kita jarang ambil tahu bahawa wujud kehidupan lain di KL selain dari kemewahan dan happeningnyer tuh. bahawa di bawah2 kolong, di tepi2 jalan, di station bas2 dan lrt, di kaki2 lima ader orang yang menjadikan ia sebagai rumah dan kehidupan mereka. yang katil, tilam, selimut empuk mereka tidak lebih sekadar kotak2 barang, alas tikar dan berbatalkan lengan. almari mereka tidak lebih pula sekadar bag plastik yang disumbat pakaian2 lusuh dan keperluan yang sangat asas. sedih tapi itu hakikat. tidak semua kemewahan KL ini dapat dinikmati semua orang. gelandangan adalah insan yang ditakdirkan terpinggir dari semua ini.

Anne yang begitu passionate dengan misinya. salute. 
Mereka ini kebanyakannya adalah penagih dadah, ex-convict, yang lari dari rumah, tiada pekerjaan dan yang mengalami masalah mental. saya teringat video gelandangan yang saya tunjukkan kepada pelajar saya minggu lepas. antara lain, bekas penagih dadah yang pernah hidup gelandangan mengatakan, atas kesilapan kecil yang pernah dilakukan, mereka dilabel selama2nya sebagai jahat. mereka tidak diberi peluang oleh masyarakat untuk memperbaiki kehidupan. mereka terus2an ditekan, dipandang negatif dan tidak diberi peluang membuktikan sesuatu yang positif dalam diri mereka. akibat tekanan dan ketiadaan sokongan ini, akhirnya mereka tidak mampu keluar dari kepompong masalah itu. ini mengingatkan pula saya terhadap kajian banduan parol yang saya dan rakan2 kaji di mana cabaran terbesar dalam mengintegrasikan bekas banduan ini adalah penerimaan masyarakat yang negatif. jika ruang tidak pernah iberi, apakah pilihan yang ada??? anda boleh fikirkan sendiri.

menyusuri tebingan sungai kelang

berbalik kepada gelandangan ini, saya dan pelajar masuk ke bawah jambatan yang merintangi sungai kelang. ramai rupernyer gelandangan tidur dan berteduh disitu. gelap, sejuk dan berlumpur, itulah impressi pertama saya. tapi inilah so call home bagi sebahagian gelandangan ini. bau ubat nyamuk bakar menyusuk hidung, ruper2nya ada satu famili (saya kira satu famili sebab mereka tidur dekat2 berbanding beberapa gelandangan yang tidur berasingan, or jarak satu sama lain) di bawah itu. ader baby kecil bersama mereka dan kanak2 jugak. simpati.

sorry for bad quality photo. snap using night mode tau jelah.  gerak sikit dah blur
dalam kami agih2kan makanan tu, rupernyer malam itu jga majlis bandaran ader operasi menangkap gelandangan ni. ramai jugaklah yang kena tangkap. tapi seperti yang ditaklimatkan, patah tumbuh hilang berganti. tangkap yang ini, yang lain pula akan menjelma.

Operasi mengangkut gelandangan rupernya dijalankan pada malam yang sama. ramai dalam trak tu
some people dont have much choices in their life as we do

untuk jangka panjang saya kira, sesuatu yang lebih serius perlu dilakukan. gelandangan itu lebih kepada simptoms kepada akar umbi masalah lainnya. memberi perlindungan dan makanan, bersifat sementara, mengenalpasti punca ia terjadi dan menanganinya adalah lebih penting. saya kira ini peranan semua pihak.



ada seorang gelandangan sedang tidur di sini. tak mau snap dekat sangat. 

Saya tidak bercita2 tinggi untuk mengubah dunia, tetapi saya kira pengalaman ini memberi saya dan harap2nya pelajar untuk lebih menjiwai bakal kerjaya mereka dan meneliti bagaimana kepakaran yang mereka punyai itu dapat digunakan dalam menggembling tenaga dalam membantu mengatasi gelandangan ini secara total.

dibawah jambatan ini ada keluarga mengadu nasib
sekitar Central Market

sebenarnya masih mamai lagi, saya sampai ke rumah jam 3 lebih dan hanya tidur dalam jam 4 pagi. sekarang ini masih lagi rasa tak cukup tidur. saya berdoa, moga hari ini dan esok2nya, adalah hari yang baik dan memberikan harapan untuk semua orang.

note: gambar upload kemudian, semuanya disebabkan line celcom yang sangat menjengkelkan perasaan sejak 2 minggu ini, both my hp and broadband. dah cll banyak kali tapi still problem tak boleh nak settle. celcom ni patut tukar nama lah, celcom to HELLCOM!
Read More

0 Responses to Semalam bersama gelandangan