Thursday, June 9, 2011

Monday, June 6, 2011

Makasar..aku tak laaaaraat!


Sepatutnya hari nie adalah hari bertolak sy ke Makasar Indonesi utk menghadiri persidangan. Tapi serius aku tak larat. Sebulan nie hampir setiap minggu 'menghilangkan' diri dari ofis ke merata2 tempat utk menghadiri kursus2 wajib universiti dan juga memenuhi keperluan pengajaran. Iyerrr, jgn tak caya. walaupun cuti semester. sy pun ingat bolehlah fokus on research, rupernyer msh byk keje.

bulan nie sajer - ada 7 PJJ students penyeliaan yg nak hantar kertas projek akhir. weekend pun sy spent utk baca draft dan bagi komen. ada 2 lagi PhD students punyer drafts yg sy kena tengok. aiya. really2 tired maaa. and minggu nie stay kat ofis and settle all keje2 ofis - semak PJJ assignments and mid term paper tuk dimasukkan ke dalam sistem markah. minggu dpn sy akan ke Melaka pulak tuk membuat penyeliaan pelajar UKM yg mengikuti latihan industri.

baru minggu lepas hantar abstract tuk satu conference di Johannersberg Africa end of this year. nie sy punyer supervisor yg dah 2 kali invited gi conference nieh. dah naik tebal muka nie, takkan nak kena paksa baru nak gi? so..? adakah aku akan ke Africa pulak ujung tahun nie?? Ada rezeki sy pergilah. sama2 kita nantikan...

tapi serius sy rindukan Melbourne. mmg rasa agak keseorangan di sana sebab tempat orang tapi ada perkara2 tertentu yg menjadikan kenangan di Melbourne itu indah. Sy suka cuacanya, sunyi di rumah sy di student village, arnab2 di depan rumah, buah2an segar di Little Saigon..and ada satu tempat dkt my UNI yg i tak sempat gi tgk sblm i balik. Edge Water punyer area..nanti sy balik utk konvo sy akan tangkap gambar and menikmati petang yg damai di tebing sungai Maribyrnong. 

Okaylah, berhenti berangan dan sambung keje

Saturday, June 4, 2011

Biasiswa oh biasiswa




Hmm, heboh seminggu dua nie tentang pelajar cemerlang yang tidak mendapat biasiswa. Kecemerlangan menjamin peluang mendapat biasiswa tapi sy kira ada yg dah tersalah anggap, melihat biasiswa is a right instead of privileged. Teringat kata2 seorang Prof baru2 nie berhubung kegagalan pensyarah mendapat geran penyelidikan dan komplain mcm2. Katanya, research grant adalah privileged dan bukannya hak. Biasiswa sifatnya terhad dan of course ada mcm2 kriteria ditentukan sebelum layak menerima. mungkin kecemerlangan itu one of it, tapi byk faktor lain yg perlu dilihat. cthnya yg kurang cemerlang tapi dari keluarga kurang berkemampuan, bagaimana kita menimbang ini?? nak bagi students cemerlang saja ker atau kita ambik kira jugak kemampuan keluarga??

and, dah diberi biasiswa, choosy pulak tu. tak nak terima tawaran dan mahu pergi ke tempat yg dia nak saja. ntahlah nak kata tak bersyukur ker aper pun tak tahu. Ingatlah duit yang digunakan itu bukan duit kerajaan tapi duit taxpayers termasuklah saya. ingatan kerajaan bahawa pemegang biasiswa di luar negera perlu balik ke Malaysia sgtlah tepat. i imagine myself, dah invest lots of money to one person, with the hope that he/she will use his/her knowledge and expertise and contribute to the country, but that person decides to stay overseas instead of coming back. duit nak tapi nationalisme itu takder. kalu dah awal2 intention tu dah ker situ, baik bagi biasiswa pd yg benar2 perlu duit dan balik Msia utk bekerja.

kita mesti ada perasaan menyumbang tuk negara. kita guna duit taxpayers, ertinya kita pun ada amanah yang harus kita selesaikan, bukannya pentingkan diri semata2. kita perlu balik dan berkhidmat dgn keupayaan yg ada. jika jadi doktor, jadilah doktor yang berguna utk rakyat Msia yg masih kekurangan doktor pakar di Malaysia. Jika jadi pensyarah, jadilah pensyarah yg dapat menghasilkan graduan cemerlang sama seperti pelajar2 lain overseas. tanpa duit itu, tak mungkin kita mampu belajar di luar negara. jadi janganlah seperti kaduk naik junjung ataupun seperti kacang lupakan kulit.

just my2cents


Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...