Posts

Showing posts from May, 2016

Mati dan berharganya masa yang ada

Image
Kematian jarang menggembirakan, sebaliknya menghadiahkan luka dan kekosongan berpanjangan, tempat yang tidak akan dapat diganti balik, memori yang akan kekal abadi, yang setiap kali mengenangnya sebak itu pasti ada, dalam kemanisan memori itu, terselit kesedihan bahawa yang kita kongsi memori bahagia itu telah tiada buat selamanya...


Itu yang saya rasa bila menerima berita kepergian adik Irwan Ahmad, felo di pusat saya semalam. Arwah yang saya kenal sebagai bekas pelajar psikologi dan kini menjadi sebahagian warga PPPPM sebagai kakitangan akademik. Perginya arwah dalam keadaan mengejut, tanpa kami tahu sakitnya, tahu-tahu dapat berita arwah meninggal jam 2 petang. Dari maklumat rakan-rakan arwah, memang dia menghidap sakit leukimia beberapa tahun sebelum ini namun kami rakan sekerja beliau tidak mengetahui akan hal tersebut. Arwah pandai simpan rahsia, tidak ditunjukkannya sakit itu sehingga ke akhir. 
Tapi kebanyakan kami rasa sebak dan ralat, kerana tidak berkesempatan menziarah ap…

Tips temuduga kemasukan universiti

Image
Agak busy dengan urusan dunia, bertebaran di muka bumi Allah ke sana sini, atas urusan kerja dan menemani suami. Jadi agak tiada masa untuk bermonolong di ruangan ini. Hari ini nak sentuh sikit pasal tips temuduga kemasukan universiti. Kini, berlaku trend temuduga kemasukan ke beberapa program di universiti seluruh Malaysia. Kalau dulu mungkin ada kursus yang permohonannya tidak perlu melalui temuduga, tapi sekarang kena melalui proses temuduga. Saya nak bagi pandangan dan tips sedikit kepada ibu bapa dan pelajar lepasan matrikulasi, spm dan stpm yang masa kini mungkin sedang melalui proses permohonan temuduga untuk kemasukan program pilhan mereka. 


Contoh paling dekat ialah program psikologi di fakulti saya sendiri yang telah memulakan proses tapisan kemasukan program melalui temuduga. Alasan yang diberi ialah kerana jumlah permohonan yang tinggi untuk kursus psikologi di pusat kami, and kebanyakan calon yang memohon adalah layak dari aspek akademik. Jadi, kami perlu temuduga bagi m…

Perfume signature the series...is this the one?

Image
Lagi-lagi cerita minyak wangi,
Alhamdulillah koleksi minyak wangi bertambah secara mendadak kebelakangan ini. Rezeki kot syukur alhamdulillah. Sebelum ini saya ada cerita saya tengah mencari perfume signature, yang dah bertahun2 saya mencari tidak jugak ku ketemu. Haha. Hari ini dapat hadiah dari husband perfume baru - Burberry - Touch. And hari tu masa pergi Kedah saya beli miniature Chloe rose set. Bertambah koleksi ku.



Chloe tu beli lepas terbaca review dalam in flight magazine Air Asia seorang stewardess tu kata favourite perfume dalam kalangan stewardess ialah Chloe. So, terpengaruh punya pasal, cariklah jugak. Baunya memang sedap. Ada tiga-tiga sekali iaitu Chloe rose, L'Eau de Chloe dan Chloe EDP. Bau Chloe ni sweet, elegant, powdery and innocence gitu. Tak overpowering buat subtle and sweet. Mula-mula terfikir adakah ini perfume signature ku? Baru berangan-angan datang Burberry Touch yang mengubah segalanya. Dramatik...!

First time try Burberry Touch and sebelum ini brand …

Jumaat, Sabtu, Ahad yang macam-macam

Image
Tempoh hari sudah (Jumaat), mengadakan bengkel terapi seni (melukis) untuk pelajar master kaunseling. Ada request pada awalnya untuk menambah kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada. Yelah, kena pelbagaikan kaedah/mode dalam terapi/sesi kaunseling. Klien kita ni pelbagai ragam dan keperluan. Ada yang cakap mak ai tak berenti macam keretapi laju Jepun, ada yang cakap sejemput-sejemput, ada yang mungkin tak berbunyi kalau tak ditanya. Jadi, melukis salah satu kaedah yang boleh digunakan sebagai ekspresi perasaan/isu/masalah gitewww. Biasanya saya buat ni tak ramai, dalam 10 orang sebab mengajar kaedah experiental approach, kena rasa sendiri proses itu untuk lebih faham, kira mereka sendiri kena go through process ekspresi seni dalam kelompok kecik 5-5 orang. 




Hari yang sama, pagi tu, on d way ke ofis, dapat perkhabaran, pelajar penyeliaan saya xin mi meninggal dunia kerana SLE. Memang terkejut dan sedih. Saya tak ajar students undergrad, tapi saya menyelia tesis mereka. Dia ni rajin bu…

Laporan Seminggu

Image
Salam hari buruh kepada semua. Hari ini hari Isnin, tapi sebab cuti umum, terasa pulak hari ini hari Ahad. Dapat extra cuti sehari. Syukur alhamdulillah...
Banyak sebenarnya perkara yang berlaku sepanjang seminggu dua ini, tapi sebab agak busy dengan kerja jadi tak menyempat-nyempat nak update blog. Takder orang baca takper :-) Saya buat untuk diri sendiri, untuk catat apa saja perkara yang saya fikir nak catatkan. Satu hari nanti mungkin, bila saya dah takder, orang boleh baca dan jadi legasi kenangan kepada yang mengenali. Kot2 dah tua nanti anak2 boleh baca balik cerita mamanya nih. Album gambar saja tak cukup, kena ada huraian sekali kan, so senang tengok gambar sekali dengan cerita dalam blog. Huhu. Sentimental lah pulak...
Sebab dah tak berapa nak rajin buat thread satu-satu, jadi lum sum kan semua peristiwa-peristiwa yang sesuai untuk dikongsi di sini. 
Bulan lepas sahaja dua kali saya kembara ke Kedah. Hari tu ikut husband, now pergi jadi penceramah untuk slot bengkel AADK Ke…