Skip to main content

Tag kak Zana pulak..

Oh, mmg skrg tgh musim mengetag member2. ada bagus jugak sbb sedikit sbnyk blh kenal karekter, kisah2 silam (warh..) dan personaliti. kaylah i try my best, kak zana punyer tag pulak kali nie. sbb tgh tunggu results election, baik jawab tag nie dulu.


1. Bekas kekasih saya adalah:
Dijadikan Allah terbaik utk org lain, tapi bukan terbaik utk saya.

2. Saya sedang mendengar:
Bunyi kapal terbang lalu and suara pak guard dpn umah. haa, tu dia tgh check pintu umah dah kunci belum. "dah lah pak cik guard!"

3. Mungkin saya patut:
kurangkan ketawa (asyik kena komplen gelak memanjang jer) hahahaha..gelak lagi..

4. Saya suka:
membaca, mendengar musik, menonton filem2 menarik, berenang, ronda2, dan banyak lagi..

5. Sahabat-sahabat baik saya:
adalah mereka yg tlh lama saya kenali..fizikal mrk mungkin byk berubah, tapi tidak hati mereka :-)

6. Saya tak paham:
kenapa kena ada daylight saving - sekejap beza 3 jam, sekejap beza 2 jam dgn msia. 2 hari lepas beza 3 jam, hari nie beza 2 jam. tak paham tak paham.

7. Saya kehilangan:
bbrp org tersayang dlm hidup. pahit mcm mana pun, cuba juga teruskan hidup. life must go on.

8. Ramai yang berkata:
Saya kuat gelak..

9. Makna nama saya:
Hanya A Samad Said yg lebih mengetahui..

10. Cinta itu adalah :
Anugerah terindah. Cinta itu ketawa dan airmata.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
Frust sbb BN kalah..

12. Saya akan cuba :
menghabiskan PhD ini secepat dan sebaik mungkin.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
kehidupan selepas kematian.

14. Telefon bimbit saya :
sony ericson k810i. termasuk 'harta' paling penting yg dibawa kemana2. kira mcm talian hayat, wajib dibawa kemana2.

15. Bila saya terjaga dari tidur
nak keluar rumah ker hari nie??

16. Saya paling meluat apabila:
Orang yg mengutuk orang lain seperti tak ingat dunia. Sempurnakah kita?

17. Pesta / Parti adalah:
I am not party animal. Menghadiri parti dan keraian adalah perkara yg saya tidak suka. Jika diberi pilihan, sya lbh suka menghabiskan masa sendiri di rumah dari menghadiri pesta.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
Kucing kesayangan sy lah. Namanya Cat @ Siti Khadijah. Kucing paling baik/berdisiplin/berbudi bahasa pernah dipelihara. Tapi tak sempat jaga lama sbb ms tu kena fly Kl sambung blajar. Arwah ayah tolong jagakan.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
Sekarang. Tidak terlalu tua juga tidak terlalu muda.

20. Hari ini :
Dah 2 hari tak keluar rumah. Skrg nie, nak keluar rumah pun kena paksa diri sendiri.

21. Malam ini saya akan:
Akan? bukan telah? Hmm..oleh kerana jam dah kul 12, maka saya 'AKAN' tidur..zzz.

22. Esok pula saya akan:
Sambung keje dan ke pasar membeli buah (nak makan buah banyak2)

23. Saya betul2 inginkan:
Pulang ke Malaysia dan habiskan study.. arghh!!

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
Muka tension ngan PhD.

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
tempat cuci mata dan beli barang. arked mainan - teringat anak saudara.

26. Makanan Barat atau Jepun:
Dua2 suka. Pernah makan sushi siput?

27. Bilik yang terang atau gelap:
Tak menjadi masalah nak tido. Dua2 okay. Sy makhluk dua alam, blh gelap dan terang. No hal.

28. Makanan segera adalah:
Bila tiada kesempatan nak masak.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
"Okay". Baru jap tadi.

30. Siapa yang anda nak TAG?
the best part. okay calon2nya ialah..anna d king, alice, mia, husna, shimawar, cik huda, amalini

Comments

kak..
sy dh wat tag ni..hehe.. ;)
Cengkih78 said…
tq shi, akak baru sedar yg shi tag akak lagi. hahahahaha..ai kita nie bom sana bom sini..hihihi..meriah and busy kawan2 nak membalas tag. but its good. friendship flourish.

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…