Posted on Tuesday, October 16, 2012

Harga seorang pembantu rumah: Bukan sekadar harga

Salam and hi all,

Agak menarik untuk dikongsi bersama: Saya sedang mencari material untuk dibincangkan bersama pelajar master saya tentang topik minggu ini. Kebetulan topik berkisar dengan attachment and emotion, maka saya cuba melihat isu2 berkaitan perapatan ibu bapa dan emosi anak, entah macam mana saya terfikir tentang ibu bapa yang kebanyakannya bekerja dan meletakkan anak di bawah jagaan orang lain, maka apakah perapatan mereka positif atau negatif??

Interesting! 

Ada satu artikel ini "the price children pay: exploring the impact of globlalisation and migration for domestic work on both the left behind an cared for children" - oleh Miriam Ee dari Melbourne University. 

Kajian ini cuba melihat kesan anak yang ditinggalkan oleh ibu bapa yang bekerja. Satu, anak yang ditinggalkan oleh pembantu rumah (biasanya warga asing) di negara asal sendiri dan anak yang dijaga oleh pembantu rumah.

To make the story short:

Dua kategori anak ini mungkin mendapat kelebihan sumber dan komoditi - dari aspek mendapat peluang pendidikan lebih baik kerana ibubapa bekerja, mampu menyekolahkan mereka ke sekolah yang baik/berkualiti tetapi dari aspek perkembangan emosi adalah negatif. 

Misalnya, anak2 yang ditinggalkan oleh ibu yang bekerja sebagai maid di negara lain merasa marah, cemburu, terasing, bimbang dan keseorangan. Walaupun mendapat sumber material dan peluang belajar yang lebih baik, anak ini merasakan ibu mereka tiada di saat memerlukan. Malah, ada yang bekerja, berkahwin dan beranak sekalipun, ibu mereka tidak tahu kerana hubungan yang telah renggang. 

Bagaimana pulak anak yang dijaga oleh orang gaji? 

Dikatakan lebih cenderung mengalami masalah psikologi antaranya kebimbangan, fobia sosial, kecelaruan personaliti, kecelaruan sikap sosial, agresif dan kebergantungan melampau. Ini antara lain katanya disebabkan oleh keadaan seperti maid yang bertukar2 banyak kali so attachment terganggu, corak disiplin ibu bapa dengan maid yang berbeza, dan cara interaksi ibu bapa yang negatif terhadap maid. Maid didapati mendidik anak majikan dengan lebih manja dan kurang elemen disiplin demi menjaga periuk nasik. Yelah, kalau dilepuk sesuka hati, silap hari bulan, kena hempuk berkepuk2. Jadiknya, jika ibubapa bekerja tidak mengambil serius soal mendidik anak dan meletakkan 100% tugas itu kepada maid, dirisaukan anak nanti menjadi seorang yang terlalu bergantung kepada orang lain seperti kes dibawah ini yang menjadi perdebatan hangat seketika dulu. 

soldier kerek and gedik?


Moral: ada harga bagi setiap kita korbankan. memang duit itu penting, tapi ada risiko yang harus dipertimbangkan. apalah guna dapat memberikan material kepada anak tetapi masa, kasih sayang dan perhatian tidak dapat diberikan kepada mereka.

Bagi setiap duit maid yang anda bayar, ingatlah, kos sebenarnya lebih besar dari itu, psikologi dan perbangunan insaniah anak2 anda (ayat boleh muntah). Jangan nanti tau bagi duit, keje tak ingat dunia, tahu2 balik umah anak cakap Indonesia/Kampuchea/Vietnam..baru terkebil2 bijik mata ibu bapa dan tergaru2 pening: 'Eh anak aku ker nih?' 

Bagi yang belajar psikologi perkembangan pasti sedia maklum bahawa, tempoh awal kanak-kanak adalah kritikal dalam pembentukan personaliti dan karakter mereka. ibubapa perlu memastikan mereka mempunyai pengaruh/peranan besar untuk membentuk anak merekadalam tempoh ini dan bukannya serah bulat2 pada orang lain melakukannya. ditakuti nanti, bila dah remaja, terlewat dah nak mendidik kerana pada waktu itu karakter anak sudah establish. 
Read More

0 Responses to Harga seorang pembantu rumah: Bukan sekadar harga