Posts

Showing posts from December, 2013

Zenia House - kunci rumah and facebook group

Image
Tahniah kepada rakan2 yang dah ambik kunci dan start kerja2 renovation. Saya blum lagi boleh nak ambik sebab appointment penuh sudah sehingga awal tahun depan. Students saya dah nak exam pulak tu, so jadual saya pun hectic jugak akhir - awal tahun ini.

Harap2 kawan2 boleh share aper jua reno process/inspections process utk manfaat bersama. I am thinking about setting up our own facebook group, lebih mudah kan.

so guys, please drop your facebook address here so i can create our fb group as soon as possible.




Kemodenan dan Bunuh Diri

Image
Pagi-pagi tertarik berbicara tentang bunuh diri di Malaysia. Sebelum nak ulas, mari kita tengok beberapa fakta bunuh diri yang saya jumpa di internet/bacaan: 

Bunuh diri dengan idea bunuh diri adalah dua perkara berbeza walaupun idea bunuh diri blh membawa kepada bunuh diri, tapi tak semestinya berlaku. Ia adalah amaran wujudnya risiko bagi individu berkaitan. Ini adalah kajian "idea bunuh diri", iaitu keinginan/hasrat membunuh diri, blum melakukannya lagi.
Ikut kajian Maniam ini, umur berisiko boleh dikategorikan sebagai generasi/golongan muda, seawal usia 16 tahun. Tapi menjelang usia matang, spt 40an, niat bunuh diri itu berkurangan. Menariknya, bila usia meningkat tua, idea bunuh diri itu sepertinya kembali meningkat. 
Kenapa suicidal idea tinggi dalam kelompok generasi muda/tua? Ini beberapa pandangan saya yang tidak empirikal: Kematangan dari aspek menangani tekanan kehidupan. Mungkin pada usia awal, pemikiran masih belum rasional dan mahukan jalan penyelesaian mudah. Tida…

Jiran dan adap

Image
Lama dah tinggal blog, masih sedih dgn Lily, tapi control jer perasaan. I know-I know..life must go on. I know that. No need to repeat that. I am trying..try to live my life as normal as I can. Grieving process needs time, mybe mine take longer than others. But I am sure, I will get over it, although the memories remain. sooner or later. 
period. 
citer pasal life, skrg ni management apartment tengah melakukan proses 'pembersihan' penghuni2 rumah yang sengaja tak mau bayar wang maintenance RM99 dan juga parking di tempat tak sepatutnya. Masa cakap2 ngan staff management tempoh hari, memang katanya ada yang sengaja tak mahu bayar dan tak peduli peraturan semua. parking sesuka hati, dan selalu jugak saya jadik mangsa tak boleh parking masuk sebab parking kete saya kena blocked. Now dah ader parking yang kena sita, kad akses kena blocked. Namun, masih ada jugak yang nampaknya 'tak faham bahasa melayu.' Dah diletakkan kat sign tu siap2 utk OKU and tak dibenarkan meletak k…

Pada haiwan ada pahala

Image
Aku masih lagi bersedih, terbayang2 lily yang membangunkan aku pagi2 dengan ciuman sejuknya. Kini tiada lagi. Tercari2 aku adakah pertemuan dan kesempatan bersama itu boleh berlaku di dunia akhirat? Tidak seperti manusia hisabnya dan kewujudan rohnya berpanjangan. Tapi bagi seekor haiwan seperti kucing, apakah ketentuan roh ke atasnya? Bisakah bertemu semula?

Mencari2, aku ketemu ini..

Pada Haiwan Ada PahalaBy Shahmuzir Ada seorang pemuda bertanya kepada saya apakah yang terjadi kepada haiwan-haiwan pada Hari Akhirat nanti?  Adakah akan masuk ke Syurga atau Neraka?  Atau bagaimana? Walaupun jawapannya saya tahu, tetapi banyak perkara yang saya tahu dulu telah tidak sah lagi.  Ilmu-ilmu yang dulu saya dapati melalui pembelajaran, kuliah, ceramah dan pembacaan perlu dimurnikan dan dipastikan kesahihannya berdasarkan nas yang benar.  Jadi, sebelum saya menjawab kepada pemuda itu, saya memeriksa dahulu di arkib soal-jawab al-Ahkam.net: Berikut ini jawapannya: “Semua makhluk akan dikumpulka…

hilangnya penyeri hidup ku: LILY

Image
Peristiwa hitam 11/12/13

Sungguh berat hati nak menulis thread ini, tapi aku rasa perlu jugak ditulis, sbg tanda kenangan aku pada kucing kesayangan aku - LILY yang dijemput Allah petang kelmarin sebelum masuk waktu maghrib. Aku nak blog ini merakamkan kenangan itu, sebagai bukti dia pernah wujud dalam hidup aku, sebahagian dari diri ku, yang sangat akrab, yang menjadi teman aku dirumah dan penyeri hidup aku dengan keletah dan sifatnya yang manja dan sangat mudah dijaga. 



Lily mati akibat jatuh dari tingkat 5. Memang di rumah ini, terutamanya balkoni telah dipasang dengan net, tapi tingkah yang bergril itu tidak dipasang net, tapi aku selalu tutup, terutama jika lily ku tinggalkan seorang di rumah. Kalau aku ada baru aku bukak, dulu mmg aku tak kasik bagi dia jenguk tingkap, tapi dia sering duduk kat tepi tingkap. Bila dia dah besar, aku bagi kepercayaan dia boleh jaga diri. Tapi aku silap. Itulah kesilapan yang membawa kematian. Aku tahu ini takdir, tapi itulah punca takdir kematian…