Posts

Showing posts from 2011

bahaya minda bersubsidi

Image
Rasanya sudah agak terlalu lama menyepikan diri dari blogspot ini. Dulu inilah 'corner' tempat release tension buat PhD, now zmn itu dah berlalu. And kesibukan kerja dan komitmen lainnya menjadi segalanya terhalang begitu saja, kepenatan dan segala macam..mungkin jugak MALAS!

takder aper menarik nak dikongsi, cuma teringin berkongsi beberapa perkara yg saya perhatikan sepanjang tempoh berpantang blog ini dan ketika membuat fieldwork dalam beberapa research project berbeza.

kdg2 pertolongan itu boleh merugikan...kerana ia berpotensi melahirkan minda bersubsidi. itu yang saya nampak dalam beberapa situasi dalam masyarakat. segalanya kena disponsored kerajaan, FREE OF CHARGE. bila disuruh independent mulalah banyak excuses diberi dan mulalah mengkritik ini tak cukup, itu tak cukup, sbb kerajaan tak bagi peruntukan. tak diberi pun salah, beri pun salah.

itulah yang Dr M kata sbg Melayu bertongkat. saya kira kerajaan kena lakukan sesuatu utk mengikis minda ini kerana survival oran…

Misteri Tua..bukan Misteri Rumah Tua

Image
A 26-year-old Vietnamese woman has left doctors baffled as she lost her once youthful appearance.

Nguyen Thi Phuong believes that an allergic reaction to seafood she ate in 2008, caused the skin over her face and body to sag and wrinkle. It has come to light now, as she has shown her face in public for the first time since it happened.

Her story has led health experts to question what could have triggered her rapid aging as pictures show Phuong looking like two different people.

Lebih lanjut klik NGUYEN 

Seram tul baca kisah perempuan nie. Dalam masa beberapa tahun, dia mengalami ketuaan ekspress yang berlaku pada kadar yang sangat cepat!!! SKII product company pun boleh angkat bendera putih nih for sure. Doktor masih misteri dengan perubahan fisiologi badan dia nie. Semuanya bermula dengan alergi makanan laut yg menyebabkan gatal2 seluruh badan. Lepas tu dia pergilah berubat, bermacam2 ubat digunakan tapi tak jugak sembuh sehinggalah dia menggunakan satu perubatan cina nie mmg g…

Ghadafi - Jatuhnya seorang diktator

Image
Berakhirnya sudah pemerintahan diktator pemimpin Libya - Mohamad Ghadafi dengan kematiannya dilaporkan secara global semalam. Saya bukanlah penggemar Ghadafi dan bukan pula mengikuti perkembangan Libya secara dekat dan terperinci, tapi saya tahu apa berlaku. Saya menulis entri ini kerana terpanggil untuk meluahkan rasa tidak senang di atas cara jasadnya dan dirinya dilayan oleh mereka yang berjaya menangkapnya di saat2 akhir kematiannya. Saya bukanlah menyanjung Ghadafi tetapi saya kira kita perlu ada sifat belas ikhsan dan kemanusiaan sesama manusia. Apakah berguna sepak terajang pada jasad yg tidak bermaya?
Tapi dari satu sisi yang lain, mungkin ini luahan perasaan kebencian yg berakar umbi sejak sekian lama. Juga mungkin rasa balas dendam di atas kekejaman yg pernah Ghadafi lakukan ke atas rakyatnya sendiri. Mungkin ada saudara mara pemberontak ini pernah mendapat nasib serupa Ghadafi. Tapi sekali lagi, wajarkah kita membalasnya dengan perbuatan serupa? Mungkin agaknya sukar utk kek…

Baru ader weekend!

Image
Alhamdulillah, ader jugak weekend aku bulan nie. Kalu idak, memang ler pecah rekod. Itu baru pensyarah cabuk, blum lagi jadi Perdana Menteri Malaysia, hari2 saya tengok ader jer majlis nak attend. Tak tau ler mcam maner Datuk Seri Najib nie berehat. Saya nie pun tercungap2 bila aktiviti tak henti2 sepanjang weekdays/weekends. Lepas balik research fieldwork hari Jumaat lepas sampai semalam, membuta jer kat umah. Okaylah, saya nie manusia, bukan robot. Robot pun perlu di recharge aper, niekan pulak manusia. Aku perlukan rehat. Tengah memikir utk memohon cuti..I think I need a break.

Note: Takperlah PM, saya tak pernah pun jeles dengan PM punyer jawatan. Betapa besarnya tanggungjawab. La nie pun tak larat. Takperlah, jadi rakyat biasa jerlah. Kweng3.

Bolehkah hidup tanpa maid???

Image
Pasti dah gundah gulana ibu-ibu dan bapak2 sekalian mendengar khabar terbaru tentang maids kat Malaysia nie. Indonesia blum memberi kata putus jelas tentang penghantaran maids di Malaysia kerana masih tak berpuas hati dengan syarat2 yg Malaysia tawarkan. Terbaru, Cambodia pun dah melarang rakyatnya dari menjadi maid di Malaysia gara2 laporan ader rakyatnya yang menjadi mangsa penderaan fizikal, emosi, seksual dan mendapat layanan buruk dari majikan Malaysia. So Malaysia menyertai negara Arab dalam senarai hitam mereka. Rosak nila setitik rosak susu sebelanga!
Mesti pening-pening-pening fikir anak2 tanpa maid macam ner kan kan kan? Live in maid nie tidak dinafikan menjimatkan kewangan ibubapa yg mempunyai anak lebih dari seorang utk dijaga. Imagine kalu di hantar ke nursery, satu kepala dah RM300, kalu 5 kepala??? (RM300X5= RM1500)..mahu pecah kocek seluar nak bayar??? Berbanding live in maid - RM400 tuk jaga semua.
Tapi sy melihat keadaan semasa nie dengan satu persoalan dikepala..kit…

Kalau dah jodoh....

Image
Paul McCartney - ahli kumpulan Beatles terkenal 60-70an dulu kini berkahwin semula kali ke tiga. Aish, senang betul dioarg ni dapat pengganti. Kadang2 kagum pun ya gak, even artis Malaysia pun, dalam tempoh bbrp tahun dah bberapa kali berkahwin. Sungguh mudah jodoh mereka!

Ada orang trauma bila dah bercerai and ambik masa untuk menjalinkan hbungan baru, tapi ada orang begitu mudah melupakan sejarah pahit mereka dan move on dengan life. mungkin juga berkahwin baru ASAP nie sebagai cara untuk melupakan kenangan pahit tu kot.

Kagumnyer, McCartney nie bukan muda lagi wei, dah almost 70 year old!!! Cinta tak mengenal usia and cinta muda sentiasa. Suka atilah McCartney asal kau bahagia. hehe. BTW, quite surprised to know that his couple - Nancy umur 51 tahun. Waaa makcik nie tak macam 51 tahun kan? muda cantik solid ramping dan macam  30an jer aku tengok. apakah rahsianya???

Ada apa dengan Soffiya???

Image
Ada banyak komen negatif pasal cerita Soffiya TV3 yg ditayangkan jam 7 setiap minggu. Saya tak melihat filem itu sebagai tak sesuai. malah dari satu aspek sy melihat filem itu realistik dalam menggambarkan masalah sosial semasa yang berlaku dalam masyarakat kita. ada yang mengatakan drama itu terlalu berat, sedangkan khalayak perlukan sesuatu yang santai untuk dijadikan hiburan. tapi jangan kita lupa filem tidak semestinya wadah menghiburkan saja, ia juga medium berkesan utk mendidik masyarakat.

kdg2 sy melihat ini sebagai ketidaksediaan segelintir msyrkt utk mendepani masalah yang sekian lama ada dlm msykt kita - sumbang mahram. kalu boleh, tak nak ambik tau, tak mau tau, biarkan ia mcm tu dan kita rasa benda tu bukan berlaku pada kita pun. sedangkan drama soffiya itu sy lihat byk adegan awal watak utama dgn ayahnya menggambarkan situasi yg sering berlaku dan dihadapi oleh mangsa dera seksual. inilah yg perlu kita ketahui dan ambil tahu.

sy kira sy belajar banyak benda dari cerita s…

RIP Steve Jobs

Image
Rest in peace to Steve Jobs. Walaupun saya bukanlah pengguna gadgets keluaran Apple Co. tetapi saya amat mengetahui kecanggihan produk keluaran Apple ini. Ipods, Iphone, Ipads adalah antara keluaran syarikat mendiang yg mendapat sambutan penduduk seluruh dunia. Masa di Aussie, susah benar nak tgk orang tak pakai produk Apple nie. Sanggup orang beratur kat kedai Apple hanya untuk mendapatkan produk terbaru Apple di pasaran. MCm nak beli goreng pisang panas pun ya gak. Punyerlah taksub dgn produk Jobs nie.
Anyway, orangnya telah meninggalkan dunia ini 2 hari lalu. Masa muda hensem jugak mamat nie. Tapi penyakit kanser yg dideritainya mengambil nyawanya pada saat syarikatnya sedang menikmati kemasyhuran yang luar biasa hasil inovasi yang dilakukannya. latest picture dia mmg kurus kering sajer, tapi kagum akan semangatnya itu. takder pulak dia terbaring tak buat aper2 just tunggu malaikat maut menjemput. dia tetap tampil dihadapan khalayak dan memperkenalkan produknya walaupun tengah kriti…

Pesanan buat anak murid...

Image
First time in my life, masuk bicara tatatertib pelajar. Walaupun sekadar saksi bisu di meja 'mahkamah' tetapi cukup mendebarkan jugak. Iyerlah, nak sabitkan tuduhan kepada pelajar bukan perkara remeh temeh yg boleh ditertawakan. Ia melibatkan MASA DEPAN insan yang dibicarakan.

Bukan niat nak bercerita kisah pelajar ni secara details, cukup saya nak jelaskan disini ialah moral of the story. Janganlah terlalu taksub untuk lulus periksa sehingga sanggup buat perkara yang menyalahi etika kita sebagai manusia. Luluslah sebagai pelajar yg berusaha atas daya usaha sendiri, bukannya guna 'kaedah alternatif' termasuklah meniru dalam exam/mengorat pensyarah. Anda mungkin boleh lepas malah berjaya pun dengan kaedah itu, tapi anda akan lahir sebagai graduan yang tidak berkualiti karakter dan peribadinya.
Nasihat saya, jangan meniru dalam periksa. Banyak implikasinya.

Misalnya kes yg saya hadiri itu - digagalkan subjek tersebut, kena mengulang subjek dan didenda RM200. Nampak maca…

Smile and relax

Image
What to do on weekend? relax of course...
This week really hectic with fieldwork di Utara. Bila tengok Itinerary 3 hari 2 malam hari tu rasa mcm Mission Impossible jer, but, thank god, we made it. Dalam tempoh tersebut, my research teammates berjaya menjelajah Perlis, Kedah, Penang dan Perak. Nak carik cases bukannyer senang, dgn maklumat tak lengkap, habislah carik orang2 tua, JKK kampung, cikgu sekolah, even murid sekolah pun kitaorang tanya, let alone penjalan kaki, pekedai runcit sekitar kawasan.

Dah dapat carik tempat, nak interviews lagi..fuh, mmg satu macam jer rasa badan. Semalam dan hari nie mmg takder plan mana2 tapi nak REHAT saja di rumah. Nasib baik workshop Dr Nash postpone next week, kalu tidak, balik dari fieldwork Jumaat petang, semalam terus ke Morib dua hari. KELEPET ler jawabnyer.

Penat mmg penat, tapi i really enjoy the fieldwork. Bila dapat turun padang and tengok sendiri kes byklah yg dapat dipelajari. Memang nak buat kajian kena turun padang, tak syok suruh o…

Tahnniah Graduan 2011

Image
Habis sudah majlis konvokesyen kali ke-39 di UKM. Last year tak sempat pergi tapi alhamdulillah kali nie dapat pergi hari kedua sidang sebelah pagi. Sebab dah byk kali pergi, dah rasa biasa sajer, tapi kalu tgk students and parents, mmg excited semacam, yelah, dah habis blajar, mak bapak pun dah nampak kejayaan dpn mata, so mesti bangga semua kan kan.

tapi sedihnya, ada dua orang pelajar yg pernah sy ajar tahun nie tak sempat menerima ijazah mrk pd hari bersejarah tu. seorang meninggal dunia akibat kanser pada semester akhir, dan yang seorang lagi meninggal dunia bbrp hari sebelum konvokesyen kerana kemalangan jalan raya. baju dah beli pun, mmg sedih tgk ibubapa/wife terima ijazah posthumous dari procanselor.



Ehehehe ada pun gambar ni bukan gambar students yg konvo. Nie gambar kawan2 sekerja dan sefakulti.  ada pun yg pakai lain sikit tu sbb pakai jubah dari universiti yg mrk perolehi PhD masing. so kami berpakat2 lah tuk beli jubah masing2 thn depan (tengok budget jugak, baju bukan …

Edisi hujung minggu terlebih rajin - 2 kali entri

Image
Okay, hujan lebat diluar sana...
Ada kilat petir..ramuan yg cukup untuk digelar hujan lebat
Ada juga jerit pekik budak2 bujang main sepak takraw (time hujan lebat kilat sambar menyambar nie)
Nak berjalan pun tak boleh..
So lepak dirumah..

godeklah Nikon D3000 yg telah lama dibiarkan tak diguna..
sebenarnya beli dah lama tapi tak pernah nak explore betul2, maklumlah busy..

okaylah takder keje, so tangkapler gambar sesuka suki kiter...kalu cerah leh gak kuar buat assignment photography (cewah, pro sangatlah bunyinyer)..

hayatilah gambar-gambar yang diambil ketika kebosanan menyelubungi petang..


  
   
 


Movie pilihan minggu ini untuk melepak di rumah

Image
Okay, entri mudah dan simple, buat aper minggu nie? ader yg menggunakan hujung minggu utk beramah mesra di open house. memenuhi jemputan utk makan2. ader gak yg penat berjalan and prefer duduk di rumah sajer. memandangkan chanel tv kureng menarik sikit citer petang2 nie meh kita melayan movie youtube. my weekend movie selection - a walk to remember. sy baca buku novel dia dulu sebelum menonton movie ini di youtube. penulis dia Nicholas Spark. well known author jugakler coz dah bbrp buku dia dijadikan novel.

kalu tgk senarai movies paling romantik, a walk to remember nie salah satu darinya. mmg touching ler kesudahannyer. bagi yg berjiwa sentimental dan ala2 mat bunga, sediakan tisu hingus anda siap2.

okay enjoy. here the link:

A WALK TO REMEMBER

Sorry tak boleh nak embedded code kat sini sbb tlh di - disabled kan oleh pemuat turunnyer.

Happy weekend!

Jangan Menyerah

Image
Kadang-kadang dalam pengakhiran matlamat itulah pelbagai dugaan muncul. Betapa banyak yang menyerah, tapi tak kurang pula yang sabar dan tak kenal putus asa..ceh..tiru lirik lagu nie. Okay, actually just nak share lagu nie tuk motivasi. Jangan menyerah yer...

lagu2 mcm nie lah best, bukan lagu sedih sebek wek..dengar pun boleh nak rasa DIE! DIE! DIE! KILL! KILL! KILL!..

keagresifan tidak dibenarkan di dalam blog ini..yup


Who can forget this..

Image
Hari ni genap 10 tahun tragedi September 11. Ingat lagi dulu kejadian ini berlaku ketika sy masih belajar MA di UKM. Mmg tragik dan tak percaya. Tup-tup dah 10 tahun rupernyer, rasa mcm masih lagi baru. Dalam youtube, documentaries 9/11 adalah antara kegemaran sy tuk dilihat sambil makan2 or buat keje. So i share di sini bbrp video dari Youtube yang menarik utk dilihat. AMARAN: ada beberapa rakaman yg mmg tak sanggup nak tengok or dengar. 
moral of the story: Kita kena berbalik kepada kemanusiaan yg membezakan kita dari binatang. Untuk memikirkan kesejahteraan sejagat dan bukan hanya diri kita dan kelompok sahaja. Tak kisahlah pengganas ker, kerajaan dunia ker, ini semua bukan lesen untuk menganiayai orang lain dengan sewenang2nya. Krisis kemanusiaan dan konflik adalah simptoms ketakseimbangan kemanusiaan yang ada pada masa kini. Apa yang berlaku di Palestine, Iraq, Somalia, dan byk lagi tempat adalah cerminan kemanusiaan yang kian hilang. Tak kira apa pun pegangan agama, bangsa dan bu…

Apa anda buat dengan balkoni/verandah rumah??

Image
Hmm..(gigit kuku)..apa aku buat dengan balkoni/verandah rumah?? store utk simpan surat khabar lama, kalu bernasib baik, aderlah mak cik cleaner datang naik tuk kutip dan ambik - itupun setelah surat khabar bertimbun tinggi hampir menyamai pokok kelapa dara yg baru nak meninggi paras bahu. aderlah pokok2 ditanam yg statusnya seperti - hidup segan mati tak mau. kalu diview verandah apartment aku ini dari blok sebelah..hmm..horror gak kot.

so i come out with a new idea, to have my own small garden. I know-lah, sbelum nie selalu fikir to have my own garden, BUT IF i have my own ground house - double storey house ker or up sikit dari tu. but apartment to have a garden??? boleh ker?? tapi di mana ada kemahuan disitu ader jalan kan kan?? kecik bukan alasan.

so this would be my new project for the house - to create my own small garden. i dah ader rough idea on how to create my own garden. bwh nie beberapa gambar to stimulate my ideas. i dont dare to post any picture of my current balcony, to…

Pasca Raya - buah eksotik Sarawak

Image
Salam pasca raya untuk semua..

Memang blog ini sudah sunyi dari entri-entri terkini. Banyaklah sebabnya, busy, takder idea, paling selalu ialah MALAS. Ahaha..lagipun sy mmg agak selektif dlm memilih entri, sy tak berapa gemar entri yang terlalu peribadi/emosional/kontroversial. Walau kadang2 ada byk idea nak dicurahkan utk respon isu2 yg ada, tapi sy msih memikirkan kesan dari penulisan itu kepada diri sendiri dan orang lain. Sy nie low profile dlm dunia tenet nie, salah satu sbb mgp sy takder facebook, people can do anything about your infomation once they get it via internet - for worst or for better. I just play safe, BUT again, there is no guarantee as well even if you are too discreet. in today world, people can easily get information about you if they choose they wanted to isn't it?

Enough with the pointless entry, today i'm gonna talk about something exotic about Sarawak foods/fruits. I know some of you already know some of exotic dishes here in Sarawak, for example - Uma…

Golden Churn Butter tak halal

Image
telah disahkan hari ini bahwa butter yg sangat popular dan seringkali ibu-ibu beli utk membuat biskut dan kek2 rupanya tidak halal kerana mengandungi DNA babi. Hmm, peliknyer dah sekian lama butter nie dlm market kita, sejak kecik lagi sy dah tengok dan familiar dgn butter nie, takder pun siasatan dibuat utk mengenalpasti kehalalan butter ni. terpaksalah menyamak mana yg ada. walaupun ada tulisan jawi/arab kat tin tu tak bererti ia HALAL! sy rasa msalah nie lama dah boleh diselesaikan jika ada ingredients/ramuan dinyatakan di packagingnyer. ms kat AUssie dulu bukan takder pun barang mkn yg tak halal, malah lebih byk tak halal daripada halal tetapi, dgn adernya label ingredients pd makanan dan kepekaan pd nama2 saintifik DNA babi dan bahan2 tak halal lain spt renette haiwan, maka kami boleh membuat pilihan sedar samada nak ambik or tidak.

sy fikir, consumers kat Malaysia nie, selalu diambil mudah oleh peniaga. we need to practice our right. takder problem jika nak produce makanan yg t…

Tasbih Cinta..