Posts

Showing posts from July, 2009

Poligami: Pro Barat atau Islam

Image
Saya mengambil masa yang panjang berfikir tentang tajuk poligami untuk ditulis di ruangan ini. Pasti lepas ini, mungkin ada wanita pembaca tulisan saya sejak sekian lama akan merajuk atau kurang senang. Pohon saya ingin menyentuh juga tajuk ini bagi berbicara dengan lojik feminis sekularis yang cuba menilai isu ini dengan mentaliti Barat. Secara umumnya, masyarakat ‘Barat’ ini menganggap seseorang lelaki memiliki perempuan simpanan atau mistress adalah perkara biasa. Bahkan menjadi trend di Barat ini untuk pasangan hidup bagaikan suami isteri tanpa perkahwinan yang diiktiraf. Bertukar-tukar atau menambah bilangan mistress bukanlah satu keganjilan. Namun pemikiran dan undang-undang mereka tidak menerima seseorang lelaki memiliki lebih dari satu isteri atau berpoligami. Poligami bagi mereka mempunyai unsur penghinaan terhadap wanita, atau unsur kerakusan nafsu lelaki. Sementara perempuan simpanan atau seks dengan wanita tanpa perkahwinan bukan satu penghinaan atau kerakusan nafsu. Ekspl…

cawat oh cawat

Image
Dalam ceramah itu, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata: ''Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Air sahaja, kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina, tetapi tempat yang pakai molek, undi Pas." Sumber: Utusan Malaysia online

__________________________________________________________________
note: Oohoho..mind ur language. hmmm...saper tak pernah pakai cawat? I ngaku..pakai cawat ms kecik2 dulu. semua kita pernah pakai cawat. takder pulak terus pakai korset. ahahaha.

a beautiful suicide

Image
Opps, jgn salah faham. sy menentang keras org bunuh diri ni. sajer nak share ngan u all gambar bunuh diri yg dikatakan sbg the most beautiful suicide photo ever taken. accidently terjumpa gambar nie. i googling nak tahu lanjut siapa perempuan yg mati penuh dgn gaya elegan. penuh gaya,_____ dan keunggulan. 'mutu' sengaja dihilangkan krn 'mutu' kematian spt ini diragui. at least thats what i believe. ia dikatakan the most beautiful suicide photo krn biasanya org commited suicide dgn terjun dr bangunan tinggi akan bersepai, tersepai dan penyek mcm pisang penyek. tapi perempuan ini, still intact lagi, sptnya dia bukan mati, tapi sedang nyenyak lena di dalam tidurnya diatas tilam yg empuk; walau hakikatnya selimut hitam itu tidak lebih dari sebuah kereta limosin yg renyuk. cantik landing. lihatlah wajahnya dan gayanya..anggun sekali. sebelah tangannya spt memegang erat rantai dilehernya.

empunya diri ialah Evelyn McHale, umur 23 thn. dia membunuh diri pd 1 May 1947 dgn terj…

Jumaat dah..

Image
Salam all,
maaf, rasanya dah bbrp hari tak upload blog. fikiran dan perhatian 'telah tercuri' ketempat lain. mcm2 fikir, tapi yg pasti fasal writing nieh and analysis. satu perjuangan yg panjang dan berat. and masa sptnya berlari (dah byk kali rasanya sy mentioned nie - tapi takpe ckp lagi). dah jumaat pun hari nie, ujung bulan pulak tu?? eeerrrkk..seram. tapi aper pun sempat jugak main2..kdg2 dah tepu rasanya, walaupun fizikal hadir di dpn meja, tangan menaip, tapi...minda merewang kemana2. agaknya dah burnout kepala nie..

oleh itu, plan minggu dpn selasa mlm gi tengok wayang...citer belum diputuskan. mudah2an dpt memujuk kepala ini utk fokus semula.

and berita gembira - hujung bulan nie scholarship msk..and blhlah start booking tiket flight balik msia.

dah bbrp hari tak kuar rumah. adalah dlm 5 hari..

cepatnya waktu berlalu...

sy ada 2 video menarik nak kongsi pd u all semua:

1. christian the lion - kisah benar 2 lelaki membela singa pd thn 70-an dulu. mula2 baby lagi pastu bila da…

Muhasabah

Image
(12) Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. Al-Mulk: 12

Koleksi lawak 2

Image
Barang berharga

Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan di hadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.
Pemuda: Tidak! Saya tak curi basikal itu.
Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.
Pemuda:Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.
Hakim: Maksud kamu?
Pemuda: Begini tuanhakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil "barangnya" yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai ! sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya , saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.

Hakim: !!! !!!

____________________________________…

Tonsilitis

Image
Apa itu tonsil ?
Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh, Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak. Apa itu radangan tonsil ?
Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria. Bagaimana seseorang di diagnosakan mendapat radangan tonsil ?
Kanak kanak yang mengalami radang tonsil selalunya tidak sihat
Dia akan mengalami :- Demam Susah untuk menelan kerana sakit tekak Nafas berbau busuk. Bunyi suara yang ganjil Kebengkakan pada kelenjar tekak Kelenjar tekak akan kelihatanBesar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau kanak kanak itu mendapat batuk dan selsema
Acute tonsillitisBagaimana rawatan radang tonsil ?
Perawatan yang dapat membantu adalah Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit Makan makanan yang…

Katakan tidak pada skim cepat kaya

Image
KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit. Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan. BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. —-ini contoh syarikat penternakan lembu

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam lam…

Koleksi lawak II

Image
Barang berharga

Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan di hadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.
Pemuda: Tidak! Saya tak curi basikal itu.
Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.
Pemuda:Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.
Hakim: Maksud kamu?
Pemuda: Begini tuanhakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil "barangnya" yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai ! sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya , saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.

Hakim: !!! !!!

____________________________________…

kisah suami isteri

Image
Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami... jadinya kena selalu berfikiran positif... barulah tercipta rumahku shurgaku.

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang, dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak meng…

5 tanda amaran MLM skim piramid

Image
1. Memerlukan pengambilan donwline baru sepanjang masa tanpa henti
tanya: adakah pengambilan downline baru tanpa had dibenarkan, dan adakah mrk yg baru menjadi downline ditawarkan insentif spt barang, bonus, advancement, komisen dll sbg ganjaran mengambil downline baru seterusnya dibwh mrk? ini memberi persepsi bahawa psrn itu sdg berada pd tahap tepu (saturated) dan program harus berpindah ke lokasi yg lain atau memperkenalkan produk lain utk kesinambungan mrk. peluang utk setiap downline baru mendapat pulangan wang akan menjadi semakin mengecil sejajar dgn pengembangan system piramid yg semakin melebar ke bawah. 2. Peluang naik hierarki berdasarkan brp banyak downline baru berjaya direkrut berbanding perlantikan pangkat secara berlantik. tanya: apakah uplline yg terlibat dpt advance position dlm hirarki (dan juga income mrk) berdasarkan keupayaan merekruit downline dibwh mrk? sekiranya satu2nya cara utk mendapat kenaikan pangkat dan income ialah dgn cara merekruit org baru, ia sangat…

MLM: selidik sebelum melabur

Image
semuanya bermula dari satu 'pengakuan terbuka' seorang lelaki melabur 20k utk MLM. berhutang dgn bank 10 thn utk join MLM dgn harapan blh kaya dlm setahun. tapi mlgnya, ia pelaburan paling merugikan pernah dibuat katanya. thread nie mendapat respon ramai ahli. kebanyakannya menceritakan kisah malang tertipu dsbnya.

byk tips and panduan berguna sy perolehi dari 'debat' hangat pasal MLM nie. antaranya sy baru menyedari bahawa ada MLM yg jatuh haram dari perspektif syariah. utk lebih lanjut klik disini.

sy copy paste bbrp komentar ahli yg sy fikir bermanfaat bagi sesiapa yg berminat menjalankan MLM. peringatan penting sy kira ialah: jgn mudah digula2kan dgn kekayaan, kereta besar yg flashy dan rumah2 agam indah itu. prospektor lebih suka fokus benda nie kerana barangkali itulah yg blh menarik ramai org utk join. tapi sptnya menyembunyikan hal2 penting yg wajar diketahui spt system company yg digunakan kerana system yg digunakan blh memberi jawapan ttg kekuatan dan akaunta…

RIP Micheal Jackson

Image
Live show di Australia dari LA US sempena majlis memperingati MJ. show started at 2.30 am, and i woke up at 5. Almost missed it. Tapi sepanjang hari nie semua tribute show about MJ di tv jadi tak rugi siapa yg terlepas, byk ulangan cuma edited versionlah, bukan live. i dont want to ulas about how they 'say good bye' to MJ, that's their way, i respect that. i just wanna share moment that relly touched me so deeply that i cried everytime i see it on tv. really, setiap kali tgk scene tu menangis, meleleh air mata. bukanlah sbb MJ tu my idola ke aper, tapi, sbb anak dia Paris Blanket. dia tak dijangka berucap tapi ms penutup tu dia insist nak berckp, so org bagi dia peluang, tapi dia tak dpt ckp byk pun coz dia menangis bila dia citer pasal ayah dia, yg buat sy pun menangis sob-sob sama. tak malu nak ngaku nangis setiap kali tgk scene nie sbb sy rasa dia genuine dgn aper dia ckp and i blh rasa connection and feeling mcm ner kerana sy pun dah takder ayah. sy dpt merasakan mcm n…

Peribahasa moden

Image
1. Dahulu: Bagai Air Dicurah Ke Daun Keladi

Moden: Bagai Air Disiram Ke Daun Plastik (pokok hiasan)

2. Dahulu: Bagai Telur Dihujung Tanduk

Moden: Bagai Handphone Dihujung Antena Kereta

3. Dahulu: Bagai Aur Dengan Tebing

Moden: Bagai Guard Rail (pagar) Dengan Rubble Wall (tebing konkrit)

4.Dahulu: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Moden: Berat masuk lori, ringan lu angkat lah sendiri

5. Dahulu: Genggam bara api, biar sampai jadi arang

Moden: Genggam kotak rokok, biar sampai jadi barah

6. Dahulu: Seperti lembu dicucuk hidung

Moden: Seperi Mat Punk dicucuk hidung

7. Dahulu: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian

Moden: Berjetski-jetski ke hulu, berpapan luncur ketepian

8. Dahulu: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak

Moden: Masuk kelab Disco breakdance, masuk kelab dangdut bergelek

Cukupler setakat 8 contoh yg aku dah beri ni, dan ingatlah cintailah bahasa kita, bahasa jiwa bangsa, jgn biarkan anak kita belajar bahasa melayu menggunakan sistem baha…

Menolak cinta dengan hikmah

Image
“Ustaz, ada perempuan minat dengan saya. Puas saya memberitahunya tetapi dia macam tidak faham-faham,” kata seorang anak muda kepada saya. Kasihan. Itulah nasibnya menjadi manusia ada rupa, barangkali.“Anta cakap macam mana kepada perempuan itu?” saya menyoalnya. “Saya beritahu dia yang saya belum bersedia untuk memikirkan hal ini. Saya baru sahaja menjejakkan kaki ke universiti, tak mahulah pening-pening kepala fikir tentang cinta,” jawabnya. Sugul. “Hah, rasanya ustaz boleh agak kenapa perempuan itu tidak faham atau buat-buat tidak faham,” saya ketawa kecil. “Kenapa ustaz?” anak muda itu seperti kaget dengan reaksi saya. “Sebab anta masih memberikannya harapan. Perkataan anta menolaknya amat samar dan kesamaran itu diterjemahkan sebagai harapan” saya menambah. Ya. Itulah akibat-akibat yang timbul daripada perhubungan yang cuba dibuat di luar ikatan perkahwinan. Benda yang asalnya sudah salah, amat sulit untuk diperbetulkan. Jika ia sebuah perkahwinan, maka komitmen perkahwinan diikat dengan …

kebahagiaan yang sesaat

Image
Maaf kalau gambar yang tertera ini mengganggu ketenteraman kalian. Sy sendiri sukakan yang indah2 utk tatapan mata tapi hati ini terpanggil2 mahu sekali menguploadkan gambar2 ini. bukanlah utk hiburan hati tapi sebagai peringatan bersama.

sejujurnya, senak dada sy menatap gambar2 nie, mengalir air mata tak terasa. tersentuh benar rasanya. apa dah jadi?? sy msh ingat pengalaman melawat rumah kanak2 thn lepas. masih jelas di mata saya anak2 terbuang ini, begitu ramai bilangan mereka. comel2 belaka, dgn wajah sayu mengharap minta dipeluk. sempat jugak sy meluangkan sekejap masa bercakap2 dan bermain2 dgn mereka. tapi hati ini tuhan sajer yg tahu. orang lain ada keluarga sempurna yg menjaga mereka, tapi ini? yang ada dirumah kanak2 itu antara yg bernasib baik, sempat ditemui ketika masih hidup. tapi betapa ramai lagi yg tak bernasib baik seperti itu. tong2 sampah, tandas, halaman rumah orang, station bus dll menjadi 'rumah' mereka. seperti sampah lagaknya.

apakah yang pincang dalam …