Posts

Showing posts from 2017

Menghitung Hari ...

Image
Menghitung hari.. Now dah 38w. Check up pun ada sekali sahaja lagi sebelum due date melahirkan. So far, persiapan barang untuk baby dan diri sendiri dah boleh dikatakan lengkap. Saya pula telah mengambil cuti rehat sendiri 2 minggu lebih awal memandangkan saya nak menyediakan diri secara mental dan fizikal untuk menyambut kelahiran baby. Lagipun emak datang dari kampung, kalau masih bekerja kesian tinggal emak seorang di rumah, dia mesti tak betah sorang-sorang dan juga kerana faktor diri sendiri yang semakin sarat.
Bercakap tentang sarat.. Saya kira saya membuat pilihan betul bercuti 2 minggu lebih awal kerana now memanglah rasa tak laratnya. Berjalan pun dah slow sangat, cepat mengah, sakit pada pelviks,  dan terasa baby ini semakin memberat untuk ditampung oleh badan. Kalau kerja pun, saya kira akan banyak masa dihabiskan dengan tido di dalam bilik (oops!) hahaha. 
So bagaimana cuti 2 minggu ini dihabiskan? Dengan membaca tesis-tesis pelajar yg saya kena review terutamanya untuk p…

Persediaan akhir menyambut kelahiran

Image
Agak lama jugak gap thread dahulu dengan thread baru. Bulan yang havoc untuk kami di universiti kerana busy mengejar grading pelajar, meeting markah/gred, mengurus kemasukan permohonan baru,  melakukan viva, semakan draf program, dan pelbagai lagi isu kemaslahatan pelajar semester ini dan akan datang. Kira saya cuba jugak full swing and all out untuk bulan Julai ini memandangkan saya pun dah kategori 'sarat' nak bawa perut dan jalan pun dah semakin lambat dan semakin terasa seperti siput sedut. 


In sha allah mulai awal Ogos saya dah mula bercuti sehingga melahirkan. Cuti dah mohon, yeahuu. Tapi berdebar pun ada juga menunggu kelahiran baby yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan. Baby pun dah terasa semakin lasak lately, pergerakan baby yang kadang-kadang mengejutkan, terasa kesenakan dan sengal pula kadang-kadang. Terasa tapak kakinya di tulang rusuk kanan dan sikunya sesekali. Ia, alhamdulillah saya merasai momen seorang ibu hamil. Memang indah. Syukur Allah berikan saya peluan…

Menjadi 'suara rasional' anak-anak

Image
Topik pos raya ni agak berat, tapi saya kira agak penting untuk saya bebelkan dalam blog saya nih. Orang tak baca tak per, saya bukan mencari viewers, tapi blog adalah medium saya memberi pandangan panjang lebar tentang apa saya lalui dan perhatikan di sekeliling dalam kehidupan seharian. 


Pentingnya menjadi suara rasional anak-anak.
Anak-anak yang sedang membesar, suka explore banyak perkara, melakuan banyak benda. Kalau ikut  ilmu psikologi perkembangan, anak-anak kita tidak terus 'matang' dalam setiap tindak tanduk mereka. Di sini, ibu bapa memainkan peranan penting sebagai mata-mata, pemantau, penasihat kepada anak-anak tentang apa yang patut, harus, sebaiknya, senang cerita the do and the donts. 
Tugas ini berat. Bukan satu tanggungjawab yang mudah bagi ibu bapa menjadi pemantau anak-anak. Semasa kanak-kanak/bayi, mungkin tugas pemantauan ini lebih kepada aspek fizikal dan kurang aspek kognitif, namun menjelang remaja, anak-anak mula mempunyai pemikiran sendiri dalam ban…

Sweet Cherry Warehouse Sale 2017

Image
Semalam, 2 dalam 1, shopping baju raya and shopping barang bayi. Masa untuk persiapan baby tinggal ada beberapa bulan saja lagi. Bulan Ogos adalah bulan untuk berehat dan bercuti dan menunggu kelahiran bayi. Semoga Allah permudahkan urusan saya sekeluarga. Bulan Ogos dah terlalu sarat untuk ke hulu ke hilir untuk membeli barang baby. Masa tu saya dah plan untuk bercuti lebih awal dan berehat saja. Mana tahu baby nak keluar lebih awal. 


Kebetulan rezeki, ternampak ada warehouse sale dari brand sweet cherry, bagi yang mencari-cari stroller, car seat untuk baby dan playpen, nama sweet cherry sememangnya dikenali. Ketika survey barang-barang bayi terutama stroller, car seat and play pen memang brand SCR ini agak popular dan sering disebut-sebut. Baru tahu rupanya SC tu stands for sweet cherry, cuma R tu tak tahu maksud apa. Ahaks. Kilangnya di Seri Kembangan, Kawasan Perindustrian. Iklan fb mengatakan diskaun barang sehingga 70%?? Retail price yg biasa kita jumpa memang tak dapat harga m…

Shopping barang baby di Ikea

Image
Masih sequel siri membeli barang baby..ahaks. Semalam ikut plan macam2 tempat nak jengah, tapi bertolak ke Ikea pun dah tengah hari, so kami tak sempat nak ke beberapa tempat di Bangi. Balik pun dah lewat dan sempat balik bersolat di rumah, rehat sekejap pastu sebab dah sampai lewat di rumah, maka beli lauk jerlah siap-siap.
Semalam tema kami ialah makanan sarawak, so kami singgah ke Sg Besi iaitu kedai makan Dayang Sarawak Corner untuk membeli mee kolok, mee laksa sarawak dan abc sarawak. Wah sedap seh!! ABC sarawak tuh memang tak jumpa kat sini, memang lain dari yang lain. Husband pun cakap memang sedap. Tapi tambah lauk semalam dengan membeli air jagung, air kelapa, dan nasik lemak di pasar ramadhan jalan reko sentral (untuk bersahur). Nasik lemak berempah tuh memang sedap tak rugi beli. Makan dengan selera betul masa sahur pagi tadi. 

Hari ini, misi saya ialah laundry barang-barang baby yang dibeli tempoh hari. Sementelah cuaca pun panas gedegik macam nih, hah sesuailah untuk ope…

Barut bayi - murah dan mengujakan

Image
Salam pagi dan salam puasa,
Hari ni continue hunting for baby products. Just nak share tempat beli barut baby yang sangat berbaloi dan murah harganya. Saya dah beli barut baby dalam 4 helai hari tu kat butik Manjaku dan semasa pergi ke babyfestival putrajaya tempoh hari. Last few days my friend antar sms tanya saya dah cukup barut bayi ke tidak? Saya kata baru ada 4 saya beli, itu pun saya beli banyak tuh sebab saya itu cadangnya nak disumbat ke dalam bag pakaian bayi untuk persediaan ke hospital. Katanya tak cukup tuh, perlu banyak lagi. And kebetulan dia ada urusan di Islamic Relief dan disitu katanya ada dijual barut baby pada harga yang sangat murah RM8 seplastik dalam anggaran 20 barut dalam tuh, tapi warna putih dan sedikit barut warna biru. Apa lagi, cakap kat kawan tuh okay saya nak. Dia kata barut ni besar-besar dan bertali, which is sesuai untuk baby. Saya ambik jer nasihat kawan saya ni yang dah terlebih dahulu ada pengalaman menjaga bayi kecil 2 orang. So kat bawah ini ad…

Shopping raya - babyfest dewan seri melati putrajaya

Image
Actually, thread ini agak out dated, sebab berkisar tentang shopping barang baby yang telah berlaku minggu atau tepatnya pada weekend lepas. Seperti mana yg saya dah inform sebelum ini, tahun ini fokus persediaan raya saya ialah untuk menyambut kelahiran bayi yang semakin hampir. Takut kalau ditangguh-tangguh alamatnya bila dah perut memboyot dah tak larat berjalan, maka makin sukar pula nak melakukan urusan membeli belah.





Saya berkesempatan baru-baru ini berkunjung ke babyfest di dewan seri melati putrajaya. Babyfest ini dianjurkan oleh metrojaya rasanya. Barang not bad, banyak pilihan dan alhamdulillah kami dapat membeli belah dengan aman walaupun agak ramai parents yang turut ada membeli belah barang-barang keperluan baby. Nasib baiklah saya sempat membuat checklist barang bayi terutama untuk dimasukkan ke dalam beg hospital. Mamanya ini belum lagi full swing persediaannya, lebih utamakan baby dulu sebab mamanya ini rasanya boleh pakai apa saja yang ada berbanding barang baby yang …

Stretch marks ketika hamil. Ini caraku.

Image
Salam ramadhan,
Huhu sangat busy lately, maklum dan penghujung semester ini macam-macam nak disettlekan sebelum raya. 
Tesis students Peperiksaan students Viva students Proses kemasukan pelajar baru ...
listnyer panjang dok oh!!
Ada banyak idea nak menulis, tapi kadang-kadang terbantut ditengah jalan dek pelbagai perkara. Termasuklah keadaan hamil ini yang ada ups downnyer. Ada hari rasa bertenaga, ada hari rasa adeh tak laratnyer. Alhamdulillah, setakat ini dengan izin Allah baik-baik aja. Persediaan raya kali ini paling sederhana kerana saya lebih memikirkan persediaan untuk menyambut kelahiran. Lagi pun, takde motivasi nak berlawa-lawa time tengah membuyung nih. Tak banyak choice pun, selesa pakai jubah sahaja. 

Okay hari ni nak share cara saya menangani stretch marks ketika hamil. Stretch marks tu berlaku akibat regangan kulit yang terjadi akibat perubahan tubuh badan terutamanya dibahagian-bahagian melibatkan pengembangan ketara akibat kehamilan seperti perut, peha, lengan dan s…

Sesal Berpanjangan - Hamil Luar Nikah

Image
Salam hujung minggu,
Now agak kerap membaca luahan hati 'anonymous' dari individu-individu baik dalam KRT dan Info Ibu Hamil tentang isu-isu berkaitan hamil luar nikah. First of all, nauzubillah. Mohon kita semua dijauhi daripada ujian sebegini. Saya pun tak tahulah, nak condemn lebih-lebih tak berani, setiap kita diuji berbeza-beza. Mulia sangat kah untuk mengutuk ujian orang lain dalam hidupnya? Perjalanan kehidupan sendiri pun belum pasti bagaimana. Tapi, apa yg saya nak tekankan di sini bukanlah hendak mencari siapa patut disalahkan atau bagaimana pendosa-pendosa ini patut mendapat balasan mereka (kita semua pendosa), cuma saya nak kongsi berdasarkan apa yang saya baca, kes yang pernah saya handle dan juga kes-kes pelajar praktikum saya tentang isu ini, moga kita sama-sama mengambil pengajaran darinya. 
Kebanyakan wanita yang hamil luar nikah ini dihimpit rasa bersalah berpanjangan, tidak kira yang selamat melahirkan dan menyerahkan bayi mereka kepada orang lain, mahupun …

Clinique product review - Moisture Surge™ Hydrating Supercharged Concentrate

Image
Wah sampai 2 thread ari nih. Huhu. Lama tak review produk kan? Saya nak review satu produk Clinique baru yang saya telah cuba sampelnyer baru-baru ini iaitu Moisture Surge Hydrating Supercharge Concentrate. Wah, panjang tak nama? Tipikal clinique product! Tak sah kalau nama tak panjang and sangatlah KBAT tinggi! Tak tercapai akal. Hihi.
Baru-baru ni di IOI pergi beli produk Clinique saya yang kehabisan stok di rumah. Biasalah, bila dah beli Clinique produk mesti mintak sampelnyer yang comel2, yg boleh bawak travel kan. So, saya dapatlah sample untuk satu produk moisture baru yang dinamakan moisture surge hydrating sueprcharge concentrate. Sebelum ni saya memang pakai clinique moisture surge extended thirst relief - one of best seller products clinique untuk hdyration. Dah pakai lama dan memang best. Tapi sampel baru ni adalah range moisture surge yg terbaru. So okaylah cuba.
Dah seminggu pakai, apa yg saya dapat katakan ialah memang best. Ia mengatakan apa yang dijanjikan iaitu hydra…

Retreat Kelompok Puteri Beach Resort

Image
Tahun ni ber-retreat kelompok di Puteri Beach Resort untuk kali ke-dua. Ini kali kedua memilih lokasi sama. Original location - Melaka, tapi rasanya tempat kurang sesuai dan kami memilih Puteri Beach Resort sebab lebih dekat, cost effective and ada pantai!!! Hotel kat Melaka tu tengah bandar and ada nite market jer. Biasanya retreat akan memilih tempat yang dekat dengan nature, sbb ada outdoor activities and lebih peaceful and condusive untut retreat kelompok.
Kali ni cohort tak ramai, ada 17 pelajar tapi ini tidak menghalang kami untuk berasa seronok dengan aktiviti dan sesi yang dijalankan. One thing yang saya suka tentang retreat ialah kita takkan boleh predict dengan jelas outcomes session kiter. It can be dull, boring or it can be very inspiring and full of surprise. I could say that this time around, it turned out good. Dah a few years buat retreat, dan dah ada sedikit sebanyak melihat hasil sesebuah kelompok yang baik. My words to students for this time around - transform!!
Ka…

Pengajaran dari peristiwa Adik Thaqif

Image
Salam cuti panjang :-)
Sejak beberapa minggu ini, panas dan tular kisah sedih arwah adik Thaqif, pelajar tahfiz sebuah sekolah tahfiz di Johor, yang meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan yang dikatakan berpunca dari hukuman sebatan dengan batang paip oleh warden asrama. Arwah, bertarung nyawa beberapa minggu sehingga akhirnya menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan koma. Sedang waktu itu, arwah telahpun selamat menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya yang tidak boleh diselamatkan lagi. Arwah baru berusia 11 tahun. Sayu juga saya mendengar ceritanya. Kanak-kanak lagi umurnya, pada usia 11 tahun, pada saya, masih polos, suci dan bersih, baru nak kenal dunia. Datang ke madrasah tahfiz membawa cita-cita murni menjadi hafazan, menjadi anak soleh buat kedua-dua ibu bapanya. Pengakhiran yang dukacita buat keluarga arwah. Namun, Allah sebaik-baik perancang. Musibah yang pastinya mengandungi hikmah, jika kita memandang dengan pandangan iman dan penuh redha. 
Saya enggan mengu…

Reunion musnahkan rumahtangga??

Image
Hari ini ada sorotan khas akhbar Sinar Harian  berkaitan reunion rakan sekolah/universiti yang berakhir dengan skandal, kemelut dan perceraian rumahtangga gara-gara cinta lama berputik kembali.  Sebelum ini sudah agak kerap juga terdengar isu ini, yang mana reunion rakan sekolah/universiti membawa kepada bibit-bibit percintaan lama itu kembali mengusik perasaan, hati dan akhirnya hubungan cinta terkubur itu kembali bersemi. Cuma masalahnya di sini, bilamana cinta lama itu melibatkan individu yang telah pun mempunyai pasangan dan keluarga masing-masing. Ah, macam mana tuh? Bisakah terjadi?? Bolehkah diulangi detik yang telah berlalu itu? Bolehkah digapai impian cinta yang dulu itu tidak kesampaian? Bisakah dikorbankan apa yang dimiliki ketika ini demi untuk mengejar cinta yang dulunya begitu diingini? 
Adakah wujud peluang kedua?
Dalam orang kebanyakan (termasuk saya) mencela mengejar cinta lama (lost love) ini, pada saya penting juga untuk kita melihat dengan mata hati yang rasional …

Senaman Ibu Mengandung

Image
Satu perkara yang sering dialami oleh ibu-ibu hamil ialah keletihan dan penat. Walaupun belum lagi mencecah 3 trimester, rasa mengah itu tetap ada dan rasa keletihan yang agak luar biasa walaupun tidak begitu aktif melakukan apa pun selain kerja-kerja rutin biasa. Napping itu memang kena ada. Macam saya, memang kena nap tengah hari. Jika tidak, saya balik dalam keadaan penat sangat dan akhirnya jam 8 malam saya dah tertidur kepenatan. Napping membantu saya kekal bertenaga, sekurang-kurangnya sehingga malam jam 10-11 malam. 
Selain menjaga pemakanan, kecergasan ibu hamil juga satu keutamaan. Sejak mengandung, saya berhenti melakukan senaman. Cuma now, baru nak start balik. Of course, kaedah senaman itu dah berbeza berbanding masa masih kosong. Bila mengandung, corak senaman kena bersesuaian dgn keadaan kita yang berbadan dua, tidak boleh terlalu ekstrem kerana boleh menjejaskan keadaan kandungan dan juga mudarat kecederaan. So, saya tempek di sini video senaman untuk ibu-ibu hamil cub…

Ujian MGTT dan Minum Air Gula

Image
Salam hari Jumaat,
Okay, hari ni, ujian MGTT atau dalam words panjangnya Modified Glucose Tolerance Test yang digunakan untuk mendiagnosis penyakit diabetes ibu sedang hamil telah saya jalani di klinik kesihatan pagi tadi jam 8 pagi. Sebelum ini, terdengar pengalaman kebanyakan ibu hamil yang tidak menyukai ujian gula ini. Sebab utama ialah kerana kemanisan air gula yang tersangatlah manisnyer. Saya bukanlah orang yang suka minum air yang terlebih gula nih, tapi layanlah jugak minum air berperisa setiap kali pergi makan di luar. Katanya sekarang ini, semua ibu-ibu hamil wajib menjalani ujian MGTT terutama yang berusia 25 tahun ke atas dan ahli keluarga mempunyai sejarah diabetes. So, sah-sahlah diriku ini terlebih-lebih layaknyer. 
Prosedur MGTT:
Diminta berpuasa bermula jam 10 malam sehari sebelumnya. So, semalam awal saya masak dan makan. Bila dah jam 10 malam tu memang tak makan apa pun kecuali minum air masak bilamana terasa haus. Terliur jugak tengok husband makan asam kumbang so…