Tuesday, June 30, 2009

Muhasabah

Kepentingan menyegerakan solat Jumaat dan meninggalkan sebentar urusan duniawi

(8)
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), (9) Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (10) Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad: Pahala, balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki. / (11). Surah Jumua Ayat 8-11

Sunday, June 28, 2009

Transformers: revenge of the fallen


Baru selesai menonton transformers: revenge of the fallen. Not bad. penuh aksi berlawan dan suspen. Sesiapa yg selalu menonton filem arahan Micheal Bay, pasti boleh agak corak filem2 dia yg semua jenis aksi penuh tangkas dan cepat. first transformers released in 2007. setelah 2 thn, ni sequel terbaru transformers.

aksi berlawan kali nie rasanya lebih banyak. spt selalu filem sequel, ending yg tak complete. Deception pd saat akhir berundur dari bumi setelah merasakan pertempuran mereka utk menawan dunia ditentang habis2an oleh transformers, autobots yg tlh berkerjasama sekian lama dgn manusia utk melindungi bumi. sy menjangkakan, akan ada sequel akan dtg. kalu 2 thn lagi..hmm, gayanya sy akan menghabiskan sequel ini di Malaysia pulak.

nielah first time tgk movie kat highpoint org beratur nak tgk filem. nampaknya panggung pun penuh gara2 filem transformers. hot seat semua org dah booking. dpt duduk tepi ajer, tapi okaylah dari dpt seat dpn sekali. boleh teleng leher walaupun tak makan leher ayam. pada yg berminat filem aksi dan futuristik, citer nie seronok utk dilihat. tapi dinasihatkan, utk mengelak kekeliruan, sila lihat sequel first dulu bagi mengelakkan confused and blur ngan jalan cerita. kalu malas nak tgk, sila baca ttg latarbelakang cerita transformers first dulu.

website rasmi transformers pun very interactive. utk lebih lanjut sila ke

www.transformersmovie.com


Hujung minggu bersama buku

Menjadi habit, untuk membaca sesuatu sebelum tidur. Itu adalah rutin biasa. Habis dah buku di rak bilik diselongkar, semua buku cerita dah baca. tak cukup dgn tu, buku yg dah simpan dlm kotak pun ditinjau. Bosan membaca yg sama. Semalam yg seharusnya digunakan utk menelaah pembelajaran tergendala oleh agenda hati dan perasaan. tergoda oleh buku2 di Borders, seakan melambai2. tak kuasa hati menahan, ' ah, pergilah, sekejap. sajer nak legakan hati.' dah terbayang2 diri tenggelam dlm buku2 di sana. pesan sy pd diri sebelum keluar rumah, 'okay, kalau nak jugak beli, cuma satu jer..tak lebih dari $30'.
TAPI, sudahnya membeli 3 buku pd kos $60+. 'Oh, bad-bad'. Rasa terkilan sbb tak ckup kuat dgn niat asal. bukulah nie punyer pasal. tapi keinginan membaca sesuatu yg baru mengatasi segalanya. bermula semalam, maka habis satu buku di baca. bangun awal spt biasa, tapi bangkit dari katil agak lewat kerana leka membaca. itulah nikmat yg saya maksudnya. bila bertemu satu buku yg benar2 menarik, seakan2 tenggelam dgnnya. tak puas hati selagi untuk menyudahkannya. bila dah habis baca tu rasa ada kepuasan. sy boleh katakan, 'otak saya sentiasa dahagakan sesuatu utk dibaca.' sejak dulu. membaca spt satu makanan yg sy kena lakukan setiap hari. ketagihan? mungkin..tapi itu lebih baik dari ketagihan najis dadah.

"ulat bukukah" aku nie??

Wednesday, June 24, 2009

Mata hati

~Mata hati~

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan mata selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki, kalau hati itu bersih
Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembus hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat perintah Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya lagi bukan lagi kebenaran
Hati tempatnya jatuh pandangan Allah
Jasad lahir tempat tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia


Note: Manusia selalu mengukur sesama insan dgn rupa parasnya, kekayaan, pengaruh dan kuasa yang ada padanya. Tapi nilai sebenar seseorang pada Allah terletak pada sekeping hatinya. Nafsu dan kejahilan kitalah yang menjadikan kita gagal menilai setepatnya. Moga kita berterusan sama2 mensucikan hati selalu dan moga hati kita blh sama2 dibersihkan sehingga dunia ini hanya di tangan kita, tapi bukan dihati kita.


Muhasabah

(1) Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. (2) (Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka). Al-Insan: 1-2.

Tuesday, June 23, 2009

Siapa boss dlm rumahtangga?

Setiap rumahtangga ada 'boss' nya dan 'rakyat jelata'. Walaupun tertulis dan nyata sejak dari dulu, lelaki adalah nakhoda rumahtangga, ia hmm..nampaknya ada trend perubahan. Cubalah tanya dan buat pemerhatian. Walaupun tertulis lelaki mempunyai kuasa dominan, ia tak semestinya demikian. Ada juga rumahtangga yg diperintah oleh si isteri. pernah dgr queen control?? itulah dia.

Reader Digest latest issue buat survey 'who is the boss in your family?' Results spt berikut:

Negara yg votes lelaki sbg 'boss' dlm famili ialah:
India 69%
Brazil 67%
Malaysia 67%
France 64%
Singapore 61%
China 56%
Philippines 55%
Spain 55%
Italy 48%
Russia 48%
Germany 42%

Negara yg votes perempuan sbg 'boss' dlm famili ialah:
US 52%
Netherlands 52%
Canada 48%
UK 47%
Australia 46%

komen: India paling tinggi vote tuk lelaki. tak pelik sbb kalu kita melihat dari latarbelakang cultures and values yg menganggap lelaki setara 'tuhan'. pernah dgr amalan 'sathi?' tak ingat exact ejaan tapi lbh kurang. sblm British dtg, msykt India mengamalkan sathi nie. meaning that, apabila suami mati, maka si isteri perlu ikut mati bersama. dia akan dibakar juga walaupun dia tak mau. lepas British dtg, amalan ini dihapuskan.

US - paling tinggi vote utk wanita. ada ulasan mengatakan ini disebabkan wanita semakin ramai keluar bekerja dan mendominasi ekonomi rumahtangga atau menjadi ibu tunggal.

menarik: 10% wanita di Aus mengundi 'anak2' sebagai 'boss' dlm keluarga. Huhhh..


Muhasabah

"ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta bangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. dan akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta kehidupanNya. dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." Al-Hadid: ayat 20

Sunday, June 21, 2009

Bananaberry smoothie

Hi all,
Just wanna share my experience, weekend 'mission to accomplish' - my bananaberry smoothie. Fruits and salads just my favourites. I slalu spent $3.99 hanya utk nak penuhi keinginan 'tekak' nak minum smoothie. convert RM pastinya mahal. tak mampu nak minum hari2 aper tah lagi kena gi shopping mall dpn umah just tuk minum smoothie. so what i did yesterday? i gi market, i beli 4 biji pisang, sekotak kecil strawberry, yoghurt and susu utk buat my own smoothie.

ingredients:

good blender machine - blender biasa okay jugak, tapi lagi best yg blh blender ais sekali. (dipakai bukan dimakan)
natural yoghurt (ada kat supermarket besar; pernah nampak di kat msia time teman my friend dari Iran carik yoghurt). plain yoghurt, no perisa2.
fresh strawberry (estimated 4-5 dah cukup)
pisang (estimated 2)
susu segar
air gula (letak gula pasir bersama sedikit air dan didihkan sebentar or sehingga gula larut)

note: susu segar dan yoghurt anggaran sendiri. siapa suka thick maka letaklah yoghurt byk sikit and vice versa. susu i letak coz senang dan blender and nak rasa creamy susu dlm my smoothie.

blendkan pisang, yoghurt, strawberry and susu bersama sehingga larut. mskkan air gula utk menambah rasa. dah ready. mmg siok..

sekali habis minum - equivalent to - mkn 2 biji pisang, 5 biji strawberry, susu dan yoghurt. berkhasiat dan sedap. i recommend this smoothie utk dicuba di rumah.

nanti i try buat vegetables juice pulak and upload here. selamat mencuba.

HIDUP SIHAT

Saturday, June 20, 2009

Bersih budaya kita?


Sini bw anjing bjalan2 mjd tgjwb owner utk memastikan 'sisa buangan' pets mrk x mcemarkan track d kwsn taman. Hmm..

Gud morning



Lama dh x jln pagi2 mcm ni. Nak dptkan fresh air sblm menulis. Kena jgk keluar. Terperap buat fikiran agak tkongkong n stress. Pagi ni sejuk..baju x cukup tebal..

Wednesday, June 17, 2009

mutiara kata

Saya hanya perlu mengingatkan diri saya supaya tidak peduli tentang apa yang akan saya terima. Saya lebih suka fikir apa yang saya boleh berikan," katanya. - Sandra Bullock

Congrats Alice

Congratulations and celebration..still remember that song? it was played on our graduation day. now i can hear it again. Tahniah Alice. And i sepatutnya 'melahirkan' jugak, Ogos next year probably, but not baby of course - its my thesis. pregnant i tiga setengah tahun!!! hihi. mesti bising Anna d King nie..

Tuesday, June 16, 2009

Jangan berleter..




Katanya, ambil pengajaran buat isteri2 sekalian

Seorg pemuda yg dah lanjut usia sekitar 40an yg takut untuk�beristeri tapi atas desakkan keluarga dan kawan kawan maka dijodohkannya dgn seorg janda yg telah diceraikan oleh suaminya kerana�tidak tahan dgn sikap buruknya itu... ... pemuda ini tidak tahu latar belakang janda itu... ... .

Berkawinlah pemuda ini dgn sijanda ini dgn penuh meriah... ... pasangan ini dikatakan bahagia pada mulanya,namun peranggai si-isteri sedikit demi sedikit berubah dan perangai lamanya berualang kembali... ...
Nasib pemuda ini malang sekali,akhirnya dia tidak pulang kerumah dan menumpang tidur disurau... ..atas nasihat kawan kawannya akhirnya dia balik kerumah pada ptg esoknya... ..

Sampai dirumah dia dimaki hamun oleh isteri,oleh kerana tidak tahan akhirnya dihumban isterinya kedlm perigi besar dibelakang rumahnya... ... ..

Selepas solat Isyak dia teringgat akan isterinya dan rasa bersalah mula timbul dlm hatinya,bimbang dia kalau kalau isterinya mati... ... akhirnya diambilnya tali dan dilepaskan dlm perigi yg gelap itu sambil memanggil nama isterinya... namun tiada jawapan... setelah penat dikembali kerumahnya dan dtg semula selapas tengah malam... ...

Dihulurnya lagi tali itu sambil memanggil nama isterinya,,,tiba tiba�dia terasa seperti tali ditarik org lalu dia menarik tali itu keatas ... ... apabila tali itu ditarik keatas ternampak akan pemuda itu satu lembaga yg besar dan mengerunkan... ..lalu bertanya pemuda itu� "siapa kamu,kamu bukan isteri aku ?" Lalu lembaga itu menjawap " aku Jin penunggu perigi ini, nasib baik kamu dtg menghulur tali dapat aku keluar dari perigi ini,tak tahan aku duduk dlm sana kerana isteri kamu kuat berletir... ... ."�

( Betullah kata org tua tua ,isteri yg kuat berletir jin pun takut )

sumber: virtualfriends.net

Sunday, June 14, 2009

Pilih kaya atau miskin??

Pernahkah anda mendengar, keluh kesah insan ditimpa bencana kesusahan? Kadang2 terluah dari bibirnya 'kenapalah tuhan menduga aku sedemikian rupa? kenapa kehidupan aku sebegini hina?' tapi amat jarang kita mendengar orang kaya mengeluh perkara yg sama 'mengapalah aku ini terlalu kaya??' cliche. orang kaya jarang yg menyesal dgn kekayaannya. kerana kekayaan adalah kemasyhuran, kekayaan menjamin byk benda...di dunia. anda boleh mendapat, hampir kesemuanya. kalaulah syurga itu pun mampu dibeli..sudah pasti di booking nya by advanced.


kaya atau miskin itu ujian. kaya tak bererti tuhan semestinya menyukaimu dan kemiskinan sbg tanda engkau 'terlaknat.' kerana dua-dua keadaan ini sungguh suatu ujian bagi manusia. jgnlah beranggapan kekayaan itu kesenangan dan kemiskinan itu kesusahan semata2.

"Adapun manusia apabila tuhannya mengujinya lalu dimuliakan dan diberi kesenangan, maka ia berkata 'tuhanku memuliakanku.'
"Adapun bila tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka ia berkata 'tuhanku menghinakanku.' Al-Fajr 15-16

Tidak sedemikian. kerana setiap kekayaan itu didatangi dgn ujian yg sangat berat. jika salah perkiraan, maka dosanya berlipat ganda. golongan kaya sesungguhnya memegang tanggungjawab dan ujian yg lebih berat di sisi Allah. kerana kekayaan dan kegunaannya akan dipertanggungjawabkan di bahu yg mendapatkannya - sejauh mana dia memanfaatkan ia bagi hal yg lebih hak.

'sekali kali tidak demikian, sebenarnya kau tidak memuliakan anak yatim.'
'dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang miskin.'
'dan kamu memakan harta pusaka dgn cara mencampur baurkannya dgn yg halal dan batil
dan kamu mencintai harta benda dgn kecintaan yg berlebih2an.' Al-Fajar 17-20


dunia ini hampir ke hujungnya, cukupkah amal utk menemuiNya

teringat cerita seorang teman ttg abgnya - businessman berjaya, punya company besar, cwgn overseas, business sentiasa rancak. tetapi, selalu risau dan bimbang - akan harta yg dikumpulkan, takut kehabisan dan ditimpa kerugian. ya, pernah dgr kata-kata - org yg kaya ilmu akan dijaga ilmunya, org yg kaya harta akan menjaga hartanya. dek kerana kesibukan menjaga harta - terabai tanggungjawab sbg hamba.

tiada yg tidak baik pd kekayaan sbnrnya kerana ia kalu betul caranya - ia blh menjadi sumber ibadah - sedekah, derma, mendirikan masjid, mendirikan sekolah etc. kekayaan blh menjadikan seseorang lupa diri sedang kemiskinan blh menjadikan seseorang itu kufur (eg menjual diri utk dan melakukan kerja2 haram).

ada satu cerita, seorang lelaki miskin yg hidupnya berempat. tapi dia selalu tenang dan redha. katanya, dia sungguh2 menolak kekayaan itu kerana org paling kaya akan lebih berat hitungan di akhirat nanti dan lebih lama 'bicara' nya dgn Allah.

sekadar peringatan dan muhasabah diri kita bersama

anda pilih yg mana?





Lunch at Glenroy

Dapat jemputan agak lewat, tak sempat nak masak aper2 tuk buah tangan ke majlis makan2 umah Kak Aida. sempat la singgah membeli buah sbg buah tangan. takkan dtg tgn kosong?? budi bahasa budaya kita. sy dan kak zami first tetamu yg datang. suami kak aida jemput di train station. tak lama lepas tu sikit demi skit tetamu lain dtg. ada 20 keluarga Msia kesemuanya. itu pun jiran tetangga kak aida di kwsn sekitar Glenroy dan Resevoir. Hanya sy dan kak zami jer dari Maribyrnong. itu baru komuniti Msia di Glenroy, tak termasuk yg ramai lagi duduk di Brunswick and Coburg. Bila jumpa mcm nie barulah terasa - eh, rasa mcm kat Msia rasanya. kami di Maribyrnong tak ramai Msia. kami byk bergaul dgn international students and local community. sesekali jumpa, seronok, dgn msg2 membawa buah tangan, anak2 kecil bermain2 di dpn rumah, terasa sungguh Msia sekali aku petang nie..

Agak ramai keluarga yg dtg di Melbourne ini menemani isteri meneruskan pengajian PhD. terasa terharu jugaklah. sanggup berkorban kerjaya sementara utk menemani isteri bersama anak2 di bumi Melbourne. itulah semangat kasih sayang berumahtangga yg perlu disemai. berat kan sama dipikul, ringan ku sama dijinjing.

tapi jgn pulak pelik, gambar lelaki yg comel kt bwh nie bukan tetamu kak aida. bertuah lah kalu ada ye (hehehe). ini hanya memanjangkan blog my dear friend ttg 5 lelaki paling tampan dari Middle East. serius hensem. tak dinafikan. kelakarnya, sbb nak make sure adakah dia nie benar2 Prince Fazza, sy pergilah 'Mr Google' kan dia di internet. okay, ikut sumber, confirmlah mmg royal family dari Dubai.


Nie baru natural beauty, without make up..indahnya ciptaan makhluk Allah nie..


Lawaknya, sy terjumpa satu laman blog yg dipenuhi oleh gambar2 dia sajer. mmg fanatik fan lah kiranyer. mslhnya bhs blog tu bhs Thailand. hanya gambar nyer sajer difahami, tapi bukan isinya. kepeningan nak baca..tapi seronok cuci mata..hehehe.

tak puas hati, sy godek profile info empunya website nie..tiba2 ternampak....'GAYHEALTH'. Cisss!!! Gay dah kebas dulu..dunia-dunia.

Makan2 d Glenroy


Baru terasa aku berada d melbourne bila nampak ramainye family msia.

Saturday, June 13, 2009

English please..

Sekarang nie, isu perbahasan samada bahasa English dijadikan subjek wajib lulus ataupun tidak msh hangat diperdebatkan. setiap kem pro dan kons ada pendirian msg2 dlm hal nie. pada yg pro - katanya ini menjadikan pelajar kita lebih berdaya saing atau lain kata 'marketable' dan juga sbb English bahasa Ilmu yg sangat dominan. penguasaan English justeru itu dilihat bersifat keperluan utk seorang pelajar agar terus survival dgn kehendak dan situasi semasa.

Namun ada juga yg membantah, dgn anggapan bahawa ia akan 'menganaktirikan' bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kini. walaupun dari segi perlembagaannya bahasa Melayu dijamin status qounya berbanding bhs lain di Msia, namun perkembangan semasa akan menggugat prestij dan nilai bahasa Melayu yg dilihat sbg bahasa penyatuan rakyat Msia sejak dulu.

Saya melihat isu ini sebagai sesuatu yg perlu dilihat secara realistik dan objektif. Sy sendiri dikala ini hidup dipersekitaran di mana English adalah lingua franca nya. menulis, membaca, mendengar, berbicara hampir kesemuanya bahasa English. hanya ketika bercakap dgn housemate dan rakan2 dari Msia saja saya menggunakan bhasa English. dan bahasa Swk pula, priviledge utk seorang rakan yg kebetulan org sarawak juga.

Satu trend yg agak sy kurang gemari di Msia ialah ke'tergesaan' kita dlm melaksanakan sesuatu tanpa kajian yg mendalam. kita lebih bersikap reaktif dlm melaksanakan sesuatu perkara. begitu juga dlm hal ini. sistem berubah2 mengikut musim (apa faktor tak begitu pasti). sekejap mcm tu, sekejap mcm nie, sekejap mcam tu balik. sy fikir mslh begini blh diatasi sekiranya kita melakukan kajian atau tinjauan dulu sblm melaksanakan sesuatu. disinilah penyelidikan diaplikasikan. gunakan kepakaran akademik di IPT utk menjalankan survey dan lihat hasilnya bagaimana.

contohnya dlm hal nie, jgnlah terus laksanakan, ambil lah pdgn dari cikgu2 yg akan bertanggungjawab melaksanakannya - adakah mereka diberi persediaan lengkap utk mengajar di dalam BI. skiranya blum, apakah faktornya. begitu juga dgn pelajar, apakah pelajar luar bandar dpt bersaing scr at par dgn pelajar2 bandar dlm penguasaan BI? perkara terakhir yg kita kehendaki ialah 'memusnahkan' ms depan pelajar2 ini scr tidak sengaja. pendek kata, apakah pendidik kita dan pelajar kita secara realistiknya bersedia mendepani tuntutan ini? sekiranya blum, maka jalan utk mengatasinya perlu difikirkan dulu sblm perlaksanaan sbnr dilakukan.

Thursday, June 11, 2009

Bomoh 'bunga'

Dah byk kali juga sy membaca di surat khabar ttg bomoh 'dajal' - ambik kesempatan seksual terhadap individu2 yg mendapatkan khidmat mereka. kdg2 terfikir, apa lah yg difikirkan sehingga bomoh tu lebih 'credible' dari kuasa tuhan, lebih 'power' dari usaha dan kerja keras. mintalah bantuan dan pertolongan pd jalan yg tlh dianjurkan. bukankah tlh dijelaskan, perbuatan khurafat itu - tidak blh membantu manusia pun. bahkan menjauhkan diri kita dari pencipta. mmglah kdg2 mcm berkesan jer, tapi sepanjang yg sy dgr dan baca dari kisah2 begini, kejayaan dari usaha salah ini tidak kekal sifatnya, malah bukan setakat itu, ia membawa 'haru biru' dlm kehidupan.

mcm yg berlaku ni, blum sempat melihat hasil usahanya - hasil yg lain kedapatan - hasil 'tangan' bomoh tu pulak yg diperolehi. habis macam mana??

mintalah pd yang Rabbi, yang memiliki segala sifat kesempurnaan. 'Berdoalah, nescaya akan Aku makbulkan.' Nah, minta saja pada Dia yg Pemurah itu. Jika lambat benar memberinya, barangkali ada hikmah yg kita tak tahu kerana kdg2 - yg baik pd pemikiran kita blum tentu benar2 baik dlm pengetahuan yg Esa. maka redha itu ubatnya dan teruskan berusaha hingga berhasil.



Wednesday, June 10, 2009

Frosty week

Minggu nie sejuk. Salji pun dah start turun di satu dua tempat. Malam nie dijangka -1 celcius. takdelah sesejuk UK or Russia, tapi still 'bloody cold'. Teringat ngan citer my housemate, jumpa seorang budak PhD dari Msia. Dia tanya, sajer berbasi basa - dah start proposal ker? dia kata tak larat nak buat sebab sejuk sgt. kami gelak mendengarnya. sbb, panas 4 bulan jer, 8 bulan lagi mmg sentiasa sejuk. kalu sejuk itu sbb tak blh buat keje..hmmm..4 bulan jer lah nak siapkan semua..hahaha..mcm2. cabaran tu..mcm2 ada.

minggu nie agak panas di Aus, isu pelajar India dibelasah, nampaknya keadaan masih tegang. Bermula di Melbourne, berjangkit ke Sydney and terbaru berlaku di St Albans, station tpt sy selalu tunggu train ms msh di kampus St Albans dulu. ntahlah, sy rasa kalu pelajar2 terlibat nie (tak nak sebut negara sensitif) bertenang dan tak buat kecoh, boleh ajer selesai. mslhnya mrk bertindak balas scr agresif juga and membawa bersama 'rombongan mak cik kiah'. tu yg melarat2. hopefully, takderlah terjangkit ngan International students lain mcm kami nie.


Tuesday, June 9, 2009

Pilihan dan kesempatan


Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, itulah kesempatan.

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, itu bukan pilihan, itulah kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, itupun adalah kesempatan.

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, malah dengan segala kekurangannya, itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, itu adalah pilihan.

Malah ketika kita menyedari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu dan tetap memilih untuk mencintainya, itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpati, tertarik, datang bagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan.

Berbicara tentang pasangan jiwa, ada suatu petikan dari filem yang mungkin sangat tepat : "Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil"

Pasangan jiwa bisa benar-benar ada.
Malah sangat mungkin ada seseorang yang diciptakan hanya untukmu.
Tetapi tetap kembali padamu.

Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak...

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai tetapi untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.

Sumber : Disheen

Saturday, June 6, 2009

Keajaiban


"If you want a miracle, be a miracle." - Bruce Almighty

Betullah, kita selalu mengharapkan org memberi kita keajaiban, kita selalu harapkan org beri kita kegembiraan. kdg2 pengharapan itu keterlaluan hingga spt kita mengabaikan perasaan dan kehendak org lain dan mengutamakan kehendak diri sendiri semata2. inilah yg dpt sy fahami dari dialog dua lelaki dlm cerita Bruce Almighty nie. bila dlm kekuasaan, yg difikirkan ialah kepuasan diri sendiri sehingga kita lupa menggunakan kelebihan itu utk membantu yg lain memerlukan. kita harapkan keajaiban berlaku pd kita tapi kita tak berusaha menjadi keajaiban itu sendiri - dgn membantu mrk yg memerlukan. sungguh, kepuasan itu lebih terasa bila dpt berbahagi bahagia..

dan ingatlah, setiap rezeki Allah bagi pada kita, ada hak2 org lain di dalamnya - isteri, anak2, fakir miskin, anak yatim, yg memerlukan.

Antivirus software

salah satu kebaikan forum kat internet ialah berkongsi pengetahuan and tips2 berguna. oleh kerana kita semua guna internet sgt penting utk tau sikit sbyk security komputer and network kita kerana virus boleh rosakkan komputer, and paling dahsyat dia curi maklumat peribadi kita (ID, bank account infor, etc). so saya kongsi info ini. penting - ia percuma!

Ni de update skit tools n antivirus yg useful n pling penting pree(last update4 Jun 09)

Avira 9 free(most lowest memory usage,can be install with others antivirus with additional setting for both av)
Avast Home(boot scan was fantastic)
Avg free
ClamWin(open source)(Stand alone av, no realtime scan)
Sysclean tendmicro(Stand alone av, no realtime scan)
Comodo Antivirus+Firewall (most powerfull free firewall for personel use and the site have plenty of tools.Check it out man)
Microsoft Malicious Remover (can remove sasser,mydoom,conficker and others dangerous virus)

(will update as soon as posibble)

X pree daa... kene dpt key daa... .leh gune utk scan..key activation will get from microworld as soon as possible(soriiii)
e-scan toolkit

Activation key for testing receive fromMicroworld (from what I test is valid till 2010)
CJDO-DQFK-EKWH-EEEK-DKPK-ANDB-PKLF-QG

Thumbdrive/pendrive virus prevention

- autorun eater (great to stop autorun.inf and show what file attach to it,can backup the autorun,auto removal setting, slack cause of funny splash screen and startup sound)

sumber:virtualfriends.net (Yazidane Shah thread: tq)

Mencari cinta sejati

semalam, menghabiskan malam hujung minggu menonton movie bersama housemate. inilah waktu di mana kami 'bertemu' boleh duduk di sofa bersama2. waktu lain sangat susah kerana Isnin-Jumaat msg2 busy dgn study. Weekend night jer blh relax and menonton satu dua movie. kebetulan citer dimainkan 'the Notebook'. dah tgk citer nie, tapi sbb nak relax punya pasal tengok jerlah lagi. bak kata pepatah, yg baik jadi teladan yg buruk jadi sempadan. so sy nak ckp nie ialah satu nilai dlm movie nie yg menarik minat sy - kasih sayang sejati suami isteri.

isterinya Alzheimer. duduk umah org2 tua. dia lupa pada suami sendiri dan anak2. langsung lupa. so si suami nie dtg hari2 jumpa isteri dia (kat umah org2 tua jagaan lebih baik and ada doktor and jururawat menjaga ubatan isteri dia) sambil membawa sebuah 'Notebook', buku catatan kisah hidup dia dan wife dia dari awal dia kenal sampai diaorg kawin. dia membaca buku itu setiap hari, and wife dia fikir itu mmg novel walhal cerita dia sendiri. si suami nie punyerlah susan nak ngorat isteri dia dulu. berpisah bertahun2 sbb si isteri di hantar keluarganya sambung blajar pastu diputuskan hubungan. semua surat lelaki nie tulis tak disampaikan kpd si anak. sampai pompuan nie nak kawin baru dia tahu kebenaran and dia cari lelaki nie semula utk mendapatkan penjelasan - apa sbnrnya berlaku sbb dia menanti juga lelaki nie 7 thn. pendek citer, dia kawin jugak akhirnya. ending citer tu barulah si isteri tau yg the notebook itu kisah diaorg. tapi 5 minit jer dia kenal, pastu dia tak kenal lagi..

si suami tu lah dia buat, dia akan refresh2 balik ingatan wife dia sampai dia ingat semula. tapi endingnya si isteri ingat balik, tapi itupun ketika dia nak mati. and si suami ditakdirkan mati bersama2 isteri berpegangan tangan ditepi katil si isteri. sop-sop-sop! (touching gaklah ending nie)

hmm, sigh. adakah lagi cinta spt ini masih wujud? yg byk didengar 'cinta buaya' 'cinta 3-4 segi', cinta bersegi2, cinta palsu, plastik etc. i am not skeptical, but i believe its getting harder and harder to find one true love. utk mencari yg ikhlas dan jujur dlm hbungan. sy pasti msh ada, tapi sukar mencarinya. cinta zmn kini byk disebabkan nafsu. kerana itu mudah benar terkalih hati. cinta dgn nafsu mmg tak berkesudahan kerana nafsu itu sentiasa kelaparan dan tak tahu kepenatan. dia takkan pernah puas. tapi cinta yg didasari atas dasar tanggungjawab, iman, komitmen, kasih sayang yg jujur ikhlas - lebih kekal sifatnya. sungguh cinta itu akan diuji dan perlu usaha keras mengekalkannya. bertuahlah sesiapa menemui psgn yg sama2 komited dlm hubungan.

bagi yg msh mencari - teruskan mencari. terapkan keikhlasan dlm pencarian anda. kerana segalanya dinilai dari niat. mudah2an pencarian itu berhasil. biarlah lambat asal ketemu dari tangkap muat sajer. carilah kerana redha Allah. setiap yg kita impikan - yg terbaik sifatnya; tidak pernah pula mudah diperolehi. ia tak dtg bergolek dan jatuh melayang di depan mata. kdg2 kena berusaha keras baru memiliki. kesusahan buat kita lebih menghargai.

carilah cinta sejati anda - ia mungkin sudah berada di rumah sendiri, mungkin juga msh berpenasaran di sana sini menunggu anda menemuinya.

Wednesday, June 3, 2009

Gay fenomena biasa di Malaysia??

maaf andai kali ini gambar2 yg saya paparkan hilang kesantunannya. tapi sy tergerak utk bercakap mengenai isu ini kerana nampaknya mmg ketara 'ke-gay-an' budaya dlm msykt kita yg semakin kronik tahapnya. sayang sekali, otaknya bijak, kerjanya professional, tapi menyimpang dari asal kejadian Allah ciptakan. kenapa begitu??

ada pelbagai teori dikemukakan. sy rasa perlu ada kajian yg mendalam utk mengkaji puncanya dlm konteks msykt kita. berdasarkan bbrp research pendek yg saya sempat lakukan ada bbrp penemuan yg sy kira blh difikirkan bersama kebenarannya. faktor2 ini yg sy dgr, yg saya baca, pengalaman sendiri seorang gay juga rakan2 terdekat golongan ini ttg puncanya. sy kira, walaupun barangkali andaian yg dibuat ini tidak dibuktikan scr saintifik lagi, tapi ia sekurang2nya memberi gambaran dan hints realiti sebenarnya.

antara faktor2 yg dikatakan puncanya ialah - didikan ibubapa. pendedahan role model yg salah seawal kanak2 lagi. diberikan didikan yg berlwanan dgn fitrah kejadian anak. contohnya anak lelaki dilayan dan diberi pakaian spt perempuan. atau ketiadaan bapa dlm keluarga atau bapa yg tidak dominan. ramai adik beradik perempuan sehingga terikut2 dgn nature keperempuanannya. selain itu, ada juga yg mengatakan ia berpunca dari 'school boy'. seperti kita ketahui, remaja peringkat usia dimana kecenderungan ttg seks akan berkembang. ada berpandangan bhw, ketiadaan perempuan menjadikan mereka 'bereskperimen' dan bereksplorasi sesama sendiri. ia juga dikatakan blh berlaku di institusi yg didominasi satu gender saja (lu pikirlah sendiri..). disini akan berkembang kecenderungan seks yg salah jika tidak dipantau. salah perkiraan keluarnya jadi - betul2 gay atau biseksual (dua2 pun jalan..). ada juga kerana pernah didera secara seksual oleh sesama jantina. sesuatu yg luar biasa, bila kerap dilakukan jadilah kebiasaan. namun ada jugak yg menyangkal kebenaran sekolah lelaki/asrama dlm menghasilkan golongan tak sepatutnya ini. sy kira, iman dan kekuatan diri memainkan peranan dlm hal ini, juga ambik berat org sekeliling terutamanya ibubapa.

antara fakta lain yg saya temui ialah - gay berkembang subur di KL, Penang and Melaka. but i am not so sure gambar ini ditangkap di negeri mana. apa2 pun, ia di Malaysia. ada yg mengatakan, ibubapa ada kebimbangan baru skrg nie. jgn dirisaukan anak lelaki keluar dgn teman wanita saja, perlu juga dilihat2 jika anak lelaki terlalu rapat dgn teman baik tapi mesranya. serta ada juga cerita yg mengatakan bagaimana pernikahah gay ini kerap tidak kekal kerana masih seronok dgn gaya hidup yg lama. nauzubillah. teringat dulu time ambik master, umah ground floor, tingkat atas ada sekumpulan pelajar lelaki ala perempuan tinggal bersama. hampir setiap malam akan terdengarlah suara memanggil 'temannya' msk tido. dan jugak kisah seorang member yg dpt umah sewa dihuni dgn golongan nie. kebetulan ibunya menghantar si anak lelaki nie menjenguk umah baru. tak bertangguh disuruhnya batalkan saja niat kerana walaupun rumahnya jelas dihuni 'lelaki', yg bersidai elok di ampaian rumah ialah bra2 and panties wanita. 'habislah anak aku kalu duduk sini..' barangkali itulah difikirkan.

ntahlah, blh termenung panjang memikirkan. moga diampunkan segala dosa2ku dan jangan jadikan aku sebahagian dari mereka..sama2lah doakan semua mereka ini diberi kesempatan bertaubat dan kembali kepangkal jalan.

p/s: gambar2 ini diperoleh dari justkhai.com (terima kasih)

City of melbourne


Took tis view from eureka tower on lev 88. Bwk my neighbour from msia for sight seeing

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...