Posts

Showing posts from November, 2017

Ibu Bekerja dan Shopping Online

Image
Bila dah ada baby, kaki dah semakin pendek. Dont take literally, maksudnya dah tak sama macam single and belum ada anak. Now, sangat terasa jugalah perubahan tu. Dulu, nak ke mana-mana boleh shoot anytime. Now dah beli barang dapur pun terpaksa tunggu husband. Dulu pergi sama-sama now kena husband pergi seorang. Kesian husband shopping barang sorang-sorang, banyak pulak tuh. Tapi rasanya sementara sahaja. Tunggu baby dah besar sikit, baru boleh on semula shopping bersama-sama. Now belum pun 6 bulan, masih kecik dan saya masih berhati-hati untuk mendedahkan Muaz dengan persekitaran luar dan tempat-tempat awam kerana sistem imun masih rendah dan masih ada banyak round suntikan yang perlu diambil untuk vaksinnya.


Sebagai alternatifnya, now saya dah mula banyak shopping online. Dulu ada jugak, tapi tak sehebat sekarang. Hehe. Saya biasanya shopping di Lazada, Shoppe, Excessbook & 11street. Ada jugak website lain tapi tak cuba lagi. Saya shopping disini mostly untuk barang baby terutama…

Rutin Mama & Muaz Hari Bekerja

Image
Salam semua,

Hari ini dah masuk minggu ke-2 Ahmad Muaz ada di taska. Rutin saya bertambah busy pada waktu pagi. Seawal 5 lebih pagi dah kena settle mandi, solat terus dan bersiap dengan baju kerja, make up dulu (ala kadar) dan tudung paling last pakai kat bawah nanti. Lepas tu settlekan baby Muaz. Ini agak mencabar kerana setiap hari berbeza. Ada hari Muaz senang disiapkan, ada hari agak mencabar tengok keadaan dan waktu. Misalnya, kalau dia dah bangun awal, nanti jam 7 pagi time nak mandikan dia dah nak tidur balik, so mencabar nak siapkan dia sebab dia akan mengamuk kita bukak baju, tukar lampin dan sebagainya. Kalau dia bangun agak lewat, then jam 7 pagi waktu siapkan dia, tak banyak karenah. Telinga kena tahan bila dia menangis sedang kita terkocoh-kocoh siapkan diri sendiri and baby.

Kenapa mandikan sendiri sedangkan Muaz boleh mandi di taska? Ye, tempoh hari sewaktu awal-awal menghantar Muaz ke taska, memang owner taska kata, baby akan mandikan di situ kerana pagi-pagi lagi and…

First day of work after a long maternity leave and taska for Muaz

Image
Salam Selasa!!
Just a quick entry,
Hari ni dah masuk hari ke dua saya kembali bekerja; dan juga hari ke dua baby Muaz saya hantar ke taska. Bersemangat hendak kembali bekerja, apatah lagi Jumaat ini saya menjadi penilai dalaman untuk tesis PhD. Di tangan sekarang ini ada 3 tesis - 2 tesis PhD dan 1 tesis Master untuk dinilai dalam jangka masa terdekat. Sementelah saya tak mengajar semester ini, baiklah saya pulun baca dan juga, mengalas kembali tanggungjawab sebagai penyelaras program master kaunseling. 
Okay, back to main topic, soal pengasuh. Saya ada nasihat kepada mereka yang perlu menghantar anak ke pengasuh apabila kembali bekerja nanti. Nasihat saya ialah, tolong cari awal-awal!! Ini pengalaman sendiri. Saya ingat, dalam pantang nanti sementara bercuti 3 bulan, saya punya cukup masa untuk mencari pengasuh. Nada!! So, kalau dah pregnant tuh, baiklah awal-awal pergi survey yer. Jangan macam akak nih!! Kesudahnya Muaz saya masukkan ke taska.
Mencari taska pun cabaran jugak. Saya …

Hair Dryer dan Wanita Berpisah Tiada

Image
Bulan yang panjang November ni. Saya paling tak suka dapat gaji awal kerana terasa pengurusan wang menjadi agak carca marba. Kadang-kadang terbayar 2kali or terlupa terus!! Bila bulan panjang sebelum gaji akan datang, belanja pun kena berhemah, kalau tak nanti defisit untuk bulan tersebut. Ahaks!
Tapi kan, ada perkara yang diluar jangkaan yang nak tak nak terpaksa mengeluarkan belanja untuknya. Misalnya, bulan ni my hair dryer dah rosak. Seingat saya, dah lama jugak pakai hair dryer tu. Saya beli masa kat Melbourne dulu 2007-2010. So kira macam dah 10 tahun jugak lah!! Wah, tak terasa pulak sepanjang itu hayatnya. Ala sentimental lah pulak. Uhuk. Beli time study. Sebelum tu saya takde hair dryer pun tapi kat sana cuaca kat sejuk, kalau basuh rambut nak tunggu kering sendiri lamalah nak tunggu. Jadi, hair dryer satu keperluan, takdelah kepala lembab, nak cepat pergi kampus, nak pakai tudung semua kan. Tak ingat berapa saya beli dulu, agak besar jugak hair dryer nie, ada snoozer jer, t…