Posts

Showing posts from December, 2016

Permata Yang Hilang

Image
Pagi ini tiba-tiba husband send sms gambar kubur anak kami Ahmad Daffa. Husband singgah menziarah kuburnya. Husband kata tiba-tiba teringat dan rindu pada Ahmad Daffa. Sebak teringat kenangan mengandungkan dia. Sebentar cuma dia menghuni rahim ini, tapi cukup membahagiakan. Perginya pun dalam keadaan tidak menyusahkan saya. Lancar dan dipermudahkan. Ketika kehilangan  dia, saya rasa 'KOSONG' - 'KOSONG'. Tiada perkataan yang dapat mengungkapkan kehilangan itu. Semoga engkau anakku, menjadi penerang jalan ibu bapa mu di akhirat, jadi pemberi syafaat dan penyelamat. Engkau adalah permata yang kami sayang. Sedih kehilanganmu tapi kami redha bahawa Allah sebaik-baik perancang. Pergimu menghadap Allah dalam keadaan suci bersih tanpa dosa. Sedih, tapi aku berlapang dada. Engkau pergi dalam sebaik-baik keadaan. 
Saya sedih, bila saya mendengar remark orang mempertikai suami isteri yang sedang bergelut dengan masalah anak, tiada anak, masalah kesuburan dan yang berkaitannya. S…

Hot Meal Bar UKM Bangi

Image
Okay, nak promote sikit satu port makan mee tarik sedap, authentic, genuine dan original, segar dari ladang di China. Ownernya memang dari China, Cina Muslim, bekas pelajar UIA. Tapi serius sedap. Takde fusion-fusion ikut lidah orang Malaysia@Melayu yer, memang kedai ni buat style China tanah besar. Ada banyak menu, tapi antara signature dish yang harus anda cuba ialah mee tarik. Beratur panjang. Tahu tak orang tunggu nak makan mee tarik diorang nih. Sanggup!! Harga pun murah. Original price RM8.00 tapi kalau staff/pelajar UKM, tunjuk kad akan dapat pengurangan jadi RM6.00. PLUS!! Air free okeh. Airnyer boleh pilih air kosong, teh o limau atau teh herba. Boleh refill lagi. Best tak? Dengarnya kedai ni bukak sehingga jam 8.00 malam. So pada yang teringin tu, lepas balik kerja ada beberapa jam untuk singgah di Pusaneka UKM dan cubalah rasa sendiri. Oops, sebelum lupa. Kedai ni feberet kami juga sebab bersih yer, pinggan mangkuk bersih, sudu/garpu dan keadaan kedainya. Dapurnya pun bers…

Senja Nan Indah di Morib

Image
Nikmati keindahan senja di Morib dari hotel Impian Morib Selangor. Kebetulan cuaca petang hari kejadian cerah selepas hujan lebat seharian. Apa lagi, lepaklah sekejap menikmati keindahan ciptaan tuhan ni. Kadang-kadang manusia ni terlalu disibukkan oleh kehidupan dunia, hingga lupa menikmati nikmat yang ada disekeliling mereka. Sesekali indulge deria kita untuk menikmati ciptaan Allah ini adalah satu kegembiraan dan ketenangan. Antara terbit matahari pagi dan terbenamnya matahari, saya lebih suka matahari terbit. Sebab merasakan, apa jua kesedihan, atau permasalahan yang kita ada, telah menjadi sejarah, telah berlalu, dan pagi itu adalah hari baru, untuk mencipta satu kehidupan baru, ruang baru, peluang baru. Mentari pagi, memberi pengharapan, dan rasa optimistik. Tapi, gambar sunset ini tetap cantik untuk dikongsikan.







Bila tengok gambar sunset ini, tetiba ada soundtrack main dalam kepala, tau saya bayangkan lagu apa? Lagu Broery Marantika, langi petang. Pergh!! Layan...



Hari Keluarga 2016

Image
Malas pulak nak cerita panjang lebar. Ahaks. Biar kali ini gambar yang berbicara. Hari keluarga pusat kami untuk kali yang terakhir, iaitu sebelum penstrukturan. Ntahlah lepas ni, kalau ada family day agaknya semua ahli fakulti kena jemput, maklumlah penstrukturan baru ini tiada lagi wujud pusat-pusat ni. Kita layan gambar. Lokasi kami kali ini ialah di hotel Impian Morib Selangor. Ini kali kedua kami mengadakan hari keluarga di sini. 






















Bangkit Selepas Tersungkur

Image
Saya seronok berkongsi pengalaman orang-orang sekeliling yang pernah menghadapi satu ujian hebat dalam diri mereka tapi berjaya menghadapinya setelah penuh kesukaran, menjadi lebih kuat dari diri mereka sebelum ini. Seorang rakan pernah menghadapi satu ujian hebat dalam rumahtangga, ketika sedang bertungkus lumus menyiapkan PhDnya. Bukan calang-calang ujian yang melanda dirinya. Saya nampak dia 'jatuh', saya nampak hatinya pecah berderai, saya nampak 'lemah jiwanya' dalam mendepani dugaan itu. Tapi saat itu dia teruskan melangkah..dia melawan rasa itu. 
Now, saya boleh katakan dia jadi insan berjaya. Prolifik dan hidupnya lebih senang, nampak lebih tenang dan bahagia. Ironinya, 'masalah' itu tetap ada, bahkan mungkin akan berterusan sampai bila-bila. Bila saya bertanya sejujurnya, dia berkongsi sesuatu yang saya kira boleh dijadikan panduan yang baik.


1. Kebahagiaan datangnya dari hati sendiri, bukan orang lain. Jika melihat sumber kebahagiaan itu datang dari …