Posts

Showing posts from October, 2011

Misteri Tua..bukan Misteri Rumah Tua

Image
A 26-year-old Vietnamese woman has left doctors baffled as she lost her once youthful appearance.

Nguyen Thi Phuong believes that an allergic reaction to seafood she ate in 2008, caused the skin over her face and body to sag and wrinkle. It has come to light now, as she has shown her face in public for the first time since it happened.

Her story has led health experts to question what could have triggered her rapid aging as pictures show Phuong looking like two different people.

Lebih lanjut klik NGUYEN 

Seram tul baca kisah perempuan nie. Dalam masa beberapa tahun, dia mengalami ketuaan ekspress yang berlaku pada kadar yang sangat cepat!!! SKII product company pun boleh angkat bendera putih nih for sure. Doktor masih misteri dengan perubahan fisiologi badan dia nie. Semuanya bermula dengan alergi makanan laut yg menyebabkan gatal2 seluruh badan. Lepas tu dia pergilah berubat, bermacam2 ubat digunakan tapi tak jugak sembuh sehinggalah dia menggunakan satu perubatan cina nie mmg g…

Ghadafi - Jatuhnya seorang diktator

Image
Berakhirnya sudah pemerintahan diktator pemimpin Libya - Mohamad Ghadafi dengan kematiannya dilaporkan secara global semalam. Saya bukanlah penggemar Ghadafi dan bukan pula mengikuti perkembangan Libya secara dekat dan terperinci, tapi saya tahu apa berlaku. Saya menulis entri ini kerana terpanggil untuk meluahkan rasa tidak senang di atas cara jasadnya dan dirinya dilayan oleh mereka yang berjaya menangkapnya di saat2 akhir kematiannya. Saya bukanlah menyanjung Ghadafi tetapi saya kira kita perlu ada sifat belas ikhsan dan kemanusiaan sesama manusia. Apakah berguna sepak terajang pada jasad yg tidak bermaya?
Tapi dari satu sisi yang lain, mungkin ini luahan perasaan kebencian yg berakar umbi sejak sekian lama. Juga mungkin rasa balas dendam di atas kekejaman yg pernah Ghadafi lakukan ke atas rakyatnya sendiri. Mungkin ada saudara mara pemberontak ini pernah mendapat nasib serupa Ghadafi. Tapi sekali lagi, wajarkah kita membalasnya dengan perbuatan serupa? Mungkin agaknya sukar utk kek…

Baru ader weekend!

Image
Alhamdulillah, ader jugak weekend aku bulan nie. Kalu idak, memang ler pecah rekod. Itu baru pensyarah cabuk, blum lagi jadi Perdana Menteri Malaysia, hari2 saya tengok ader jer majlis nak attend. Tak tau ler mcam maner Datuk Seri Najib nie berehat. Saya nie pun tercungap2 bila aktiviti tak henti2 sepanjang weekdays/weekends. Lepas balik research fieldwork hari Jumaat lepas sampai semalam, membuta jer kat umah. Okaylah, saya nie manusia, bukan robot. Robot pun perlu di recharge aper, niekan pulak manusia. Aku perlukan rehat. Tengah memikir utk memohon cuti..I think I need a break.

Note: Takperlah PM, saya tak pernah pun jeles dengan PM punyer jawatan. Betapa besarnya tanggungjawab. La nie pun tak larat. Takperlah, jadi rakyat biasa jerlah. Kweng3.

Bolehkah hidup tanpa maid???

Image
Pasti dah gundah gulana ibu-ibu dan bapak2 sekalian mendengar khabar terbaru tentang maids kat Malaysia nie. Indonesia blum memberi kata putus jelas tentang penghantaran maids di Malaysia kerana masih tak berpuas hati dengan syarat2 yg Malaysia tawarkan. Terbaru, Cambodia pun dah melarang rakyatnya dari menjadi maid di Malaysia gara2 laporan ader rakyatnya yang menjadi mangsa penderaan fizikal, emosi, seksual dan mendapat layanan buruk dari majikan Malaysia. So Malaysia menyertai negara Arab dalam senarai hitam mereka. Rosak nila setitik rosak susu sebelanga!
Mesti pening-pening-pening fikir anak2 tanpa maid macam ner kan kan kan? Live in maid nie tidak dinafikan menjimatkan kewangan ibubapa yg mempunyai anak lebih dari seorang utk dijaga. Imagine kalu di hantar ke nursery, satu kepala dah RM300, kalu 5 kepala??? (RM300X5= RM1500)..mahu pecah kocek seluar nak bayar??? Berbanding live in maid - RM400 tuk jaga semua.
Tapi sy melihat keadaan semasa nie dengan satu persoalan dikepala..kit…

Kalau dah jodoh....

Image
Paul McCartney - ahli kumpulan Beatles terkenal 60-70an dulu kini berkahwin semula kali ke tiga. Aish, senang betul dioarg ni dapat pengganti. Kadang2 kagum pun ya gak, even artis Malaysia pun, dalam tempoh bbrp tahun dah bberapa kali berkahwin. Sungguh mudah jodoh mereka!

Ada orang trauma bila dah bercerai and ambik masa untuk menjalinkan hbungan baru, tapi ada orang begitu mudah melupakan sejarah pahit mereka dan move on dengan life. mungkin juga berkahwin baru ASAP nie sebagai cara untuk melupakan kenangan pahit tu kot.

Kagumnyer, McCartney nie bukan muda lagi wei, dah almost 70 year old!!! Cinta tak mengenal usia and cinta muda sentiasa. Suka atilah McCartney asal kau bahagia. hehe. BTW, quite surprised to know that his couple - Nancy umur 51 tahun. Waaa makcik nie tak macam 51 tahun kan? muda cantik solid ramping dan macam  30an jer aku tengok. apakah rahsianya???

Ada apa dengan Soffiya???

Image
Ada banyak komen negatif pasal cerita Soffiya TV3 yg ditayangkan jam 7 setiap minggu. Saya tak melihat filem itu sebagai tak sesuai. malah dari satu aspek sy melihat filem itu realistik dalam menggambarkan masalah sosial semasa yang berlaku dalam masyarakat kita. ada yang mengatakan drama itu terlalu berat, sedangkan khalayak perlukan sesuatu yang santai untuk dijadikan hiburan. tapi jangan kita lupa filem tidak semestinya wadah menghiburkan saja, ia juga medium berkesan utk mendidik masyarakat.

kdg2 sy melihat ini sebagai ketidaksediaan segelintir msyrkt utk mendepani masalah yang sekian lama ada dlm msykt kita - sumbang mahram. kalu boleh, tak nak ambik tau, tak mau tau, biarkan ia mcm tu dan kita rasa benda tu bukan berlaku pada kita pun. sedangkan drama soffiya itu sy lihat byk adegan awal watak utama dgn ayahnya menggambarkan situasi yg sering berlaku dan dihadapi oleh mangsa dera seksual. inilah yg perlu kita ketahui dan ambil tahu.

sy kira sy belajar banyak benda dari cerita s…

RIP Steve Jobs

Image
Rest in peace to Steve Jobs. Walaupun saya bukanlah pengguna gadgets keluaran Apple Co. tetapi saya amat mengetahui kecanggihan produk keluaran Apple ini. Ipods, Iphone, Ipads adalah antara keluaran syarikat mendiang yg mendapat sambutan penduduk seluruh dunia. Masa di Aussie, susah benar nak tgk orang tak pakai produk Apple nie. Sanggup orang beratur kat kedai Apple hanya untuk mendapatkan produk terbaru Apple di pasaran. MCm nak beli goreng pisang panas pun ya gak. Punyerlah taksub dgn produk Jobs nie.
Anyway, orangnya telah meninggalkan dunia ini 2 hari lalu. Masa muda hensem jugak mamat nie. Tapi penyakit kanser yg dideritainya mengambil nyawanya pada saat syarikatnya sedang menikmati kemasyhuran yang luar biasa hasil inovasi yang dilakukannya. latest picture dia mmg kurus kering sajer, tapi kagum akan semangatnya itu. takder pulak dia terbaring tak buat aper2 just tunggu malaikat maut menjemput. dia tetap tampil dihadapan khalayak dan memperkenalkan produknya walaupun tengah kriti…

Pesanan buat anak murid...

Image
First time in my life, masuk bicara tatatertib pelajar. Walaupun sekadar saksi bisu di meja 'mahkamah' tetapi cukup mendebarkan jugak. Iyerlah, nak sabitkan tuduhan kepada pelajar bukan perkara remeh temeh yg boleh ditertawakan. Ia melibatkan MASA DEPAN insan yang dibicarakan.

Bukan niat nak bercerita kisah pelajar ni secara details, cukup saya nak jelaskan disini ialah moral of the story. Janganlah terlalu taksub untuk lulus periksa sehingga sanggup buat perkara yang menyalahi etika kita sebagai manusia. Luluslah sebagai pelajar yg berusaha atas daya usaha sendiri, bukannya guna 'kaedah alternatif' termasuklah meniru dalam exam/mengorat pensyarah. Anda mungkin boleh lepas malah berjaya pun dengan kaedah itu, tapi anda akan lahir sebagai graduan yang tidak berkualiti karakter dan peribadinya.
Nasihat saya, jangan meniru dalam periksa. Banyak implikasinya.

Misalnya kes yg saya hadiri itu - digagalkan subjek tersebut, kena mengulang subjek dan didenda RM200. Nampak maca…

Smile and relax

Image
What to do on weekend? relax of course...
This week really hectic with fieldwork di Utara. Bila tengok Itinerary 3 hari 2 malam hari tu rasa mcm Mission Impossible jer, but, thank god, we made it. Dalam tempoh tersebut, my research teammates berjaya menjelajah Perlis, Kedah, Penang dan Perak. Nak carik cases bukannyer senang, dgn maklumat tak lengkap, habislah carik orang2 tua, JKK kampung, cikgu sekolah, even murid sekolah pun kitaorang tanya, let alone penjalan kaki, pekedai runcit sekitar kawasan.

Dah dapat carik tempat, nak interviews lagi..fuh, mmg satu macam jer rasa badan. Semalam dan hari nie mmg takder plan mana2 tapi nak REHAT saja di rumah. Nasib baik workshop Dr Nash postpone next week, kalu tidak, balik dari fieldwork Jumaat petang, semalam terus ke Morib dua hari. KELEPET ler jawabnyer.

Penat mmg penat, tapi i really enjoy the fieldwork. Bila dapat turun padang and tengok sendiri kes byklah yg dapat dipelajari. Memang nak buat kajian kena turun padang, tak syok suruh o…