Skip to main content

Serasikah kami??


Teman-teman seforum cukup gemar menghantar gambar-gambar couple untuk tatapan yang lain. ada yang straight ajer ckp 'this is my boyfriend'. peliknya kurang pulak yang hantar 'this is my girlfriend.' boleh kira dgn jari sehingga ada teman seforum bertanya - apa lelaki nie takut utk berterus terang ker ada makwe? ada yg membalas nakal - takdelah peluang nak ngorat org lain or msh memilih lagi. tapi kdg2 sy melihat, ada udang sebalik mee jugak tu. 'this is my boyfriend' tu mcm ada msg tersembunyi - pakwe aku, jgn ko kebas!! sbbnya dua2 pun seforum, so sendiri mau ingat. pd sy tak perlulah diuar-uarkan sebegitu sekali. jodoh tak pasti lagi, sedang berhias indah dipelamin pun blh ditinggalkan calon suami, inikan pula so called - boyfriend/girlfriend. tak salah berkawan, tapi berpadalah.Justify Full

Ada juga yg bertanya - tgk gambar nie, kami serasi ker? sy kata, serasi bukan pd mata, tapi pada hati yg merasa. tapi itulah yg saya percayai. bila ada yg bertanya sebegitu, maka kita yg melihat, akan menilai dari pdgn mata kasar. maka penilaian 'ya serasi' or 'tak serasi' tu berdasarkan apa kita nampak. sedang, pd saya serasi itu apa yg kita rasa dijiwa. jiwa dua insan dlm hubungan itu yg merasa, yg boleh menilai sejauh mana keserasian mereka. kerana itu, jgn mudah kita kata orang 'eh-eh mcm beauty and the beast couple tu'. huduh mungkin pd pdgn kita, tapi bahagia di jiwa mereka. dan, keserasian jiwa itu jauh lebih penting dari keserasian yg dilihat oleh pandangan mata.

Comments

~~zAnAfAhMi~~ said…
'sherashi' bak kata Ajai....haha...
kekadang org pompuan ni suka org tau yg dia dah berpunya, ye la...tak hipokrit kan....
tp kalau lavender tgk akak dgn suami secara 'live' dan dgr 'kisah cinta' kita org, lagi 'hodoh'....mesti org kata, 'boleh ke serasi mereka ni', hakikatnya...alhamdulillah...
Cengkih78 said…
salam,

tulah, serasi pd pdgn kita manusia tak selalunya tepatkan, sbb pd akhirnya individu 2 org tulah yg menentukan, bukan org lain. and yg Esa tu lebih tau diri kita lebih dari org lain and siapa sesuai dgn kita.

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…