Skip to main content

Mengingati Rasulullah SAW

Bersempena mengingati kelahiran Rasullullah SAW tanggal 12 RabiulAwal


“Aku benci, benci dengar namanya. Aku sungguh-sungguh tidak mahu mendengar namanya lagi! Kalau aku terus menetap di negeri ini pasti dan pasti namanya itu akan sampai ke telinga ku ini”, mengeluh seorang wanita tua sambil membawa beberapa karung (beg) berisi barang-barang miliknya dengan niat berpindah dari negeri itu.Wanita tua itu tetap bernekad untuk berpindah dari negeri itu memandangkan dia tidak sukakan seorang manusia mulia. Di mana-mana orang bercakap tentang diri si mulia itu. Itu membuatkan dia tidak selesa tinggal di negeri itu. Dalam panas matahari yang membelah kepala dia sekuat kudrat mengheret karung yang penuh dengan barangan miliknya.

Kesan heretan karung itu jelas kelihatan pada lantai padang pasir tersebut, larat atau tidak dia telah membulatkan nekadnya untuk pergi jauh dari bandar tersebut. Yang dia inginkan adalah nama orang mulia itu tidak sampai ke gegendang telinganya, itu sahaja hasratnya buat masa ini. Rasa benci membuak-buak di dalam dada wanita tua tersebut.Melihat keadaan wanita tua yang terumbang-ambing tersebut tergerak hati seorang pemuda untuk menghulurkan bantuan. Tanya pemuda tersebut “wahai makcik kemanakah arah tujuan makcik?, sekiranya makcik membenarkan saya membawa karung makcik, saya boleh bawakan untuk makcik”.

Wanita tua itu pun berkata “makcik tidak tahan mendengar nama Muhammad (s.a.w), di mana-mana nama dia bermain di bibir orang, makcik benci mendengar nama si Muhammad (s.a.w*). Sebab itulah makcik mahu pergi jauh dari negeri ini “.”Kalau begitu biarlah saya tolong bawakan karung ini, sehingga makcik sampai ke tempat tujuan” pemuda itu menawarkan bantuan kepada wanita tua tadi. Sepanjang perjalanan pemuda itu telah disajikan dengan berbagai berita “kurang baik” dan cercaan demi cercaan mengenai Muhammad, tiada satu pun yang baik melainkan semuanya buruk-buruk belaka. Pemuda yang membawa barang itu sepanjang perjalanan hanya diam dan mendengar dengan penuh tekun.

Pesan wanita tua itu “wahai pemuda yang baik hati, kamu telah menolongku dikala tiada siapa yang datang membantuku untuk membawa barangku ini, ramai pemuda gagah telah melewatiku namun tiada siapa yang membantuku melainkan kamu, untuk membalas jasamu itu aku ingin berpesan kepadamu dengan pesanan yang penting, dengarlah baik-baik, jauhilah dirimu dari Muhammad (s.a.w)”. “Apakah makcik pernah jumpa muhammad (s.a.w) sebelum ini ?” tanya pemuda tersebut. “Tidak, belum pernah bertemu dengannya” jawab wanita tua tersebut. Pemuda itu hanya senyum dan meminta izin untuk kembali ke Makkah memandangkan destinasi wanita itu telah sampai.

“Wanita jenis apa aku ini? Pemuda itu telah menolongku tanpa diminta dan telah bersusah payah membawa karungku ini tetapi aku tidak pun mengucapkan terima kasih atau menanyakan namanya?” bisik wanita tua menyalahkan dirinya. “Wahai pemuda yang baik hati siapakah namamu?”

“MUHAMMAD IBNI ABDULLAH (sallallahu alaihi wasallam)” jawab pemuda itu dengan lembut.

Wanita tua itu terasa langit terbelah dan jatuh ke atas kepalanya. Dia tidak percaya pada apa yang telah berlaku padanya. “Apakah benar kamu Muhammad ?, tidak mungkin kamu Muhammad (s.a.w) kerana tiada satu berita baikpun yang sampai kepadaku mengenai Muhammad (s.a.w) melainkan semuanya adalah yang tidak elok mengenainya. Tetapi kamu wahai pemuda yang baik hati, kamu sungguh-sungguh berakhlak mulia, dan bersifat kasih. Apa kamukah yang telah ku cerca sepanjang perjalanan, bagaimana orang musyrikin Makkah sampai hati sanggup mencercamu sedangkan kamulah satu-satunya Al-Amin yang pernah muncul di kalangan kami ?. Kalau benar kamu Muhammad (s.a.w) bersaksilah kamu wahai pemuda yang mulia Ashhadu alla I la ha illallah wa ash hadu anna muhammadar rasulullah.

Pada masa itu juga wanita tua itu mengucap kalimah syahadah beriman kepada Allah dan rasulNya yang mulia Muhammad (s.a.w).. “sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik” “siapa (manusia) atau apapun (binatang, kayu kayan) ia maka tunjukkilah akhlak dan belas kasih yang baik, sebagaimana Allah telah tunjukkan rahimNya pada kamu tanpa mengira siapa kamu.

* orang yang kikir (bakhil, kedekut) adalah orang yang nama Muhammad di sebut di hadapannya tetapi tidak berselawat ke atas diri Muhammad (s.a.w).

Rasulullah saw bersabda maksudnya: “Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga.” (Sahih Muslim)

~Hamka~

Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat.


petikan: blogs.iium.edu.my

Comments

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…