Posted on Sunday, March 15, 2009

Bila harus memilih...

'managing our power of choice,
begins with choosing what our thoughts and attitudes will be' - Caroline Myss

Sengaja pilih tajuk lagu CT sbg entry - bila harus memilih. ttg dilema seorang wanita samada utk menerima semula insan yang pernah melukai hatinya dulu. tapi dlm kehidupan kita, 'bila harus memilih' ini blh berlaku dlm byk perkara; pilih baju, pilih rumah, pilih kete idaman, pilih kasut, pilih buah hati, listnyer pjg lagi. tapi satu perkara yg tak kurang pentingnya, TAPI kita selalu terlupa, or kita rasa susah sikit nak buat - utk memilih cara kita melihat sesuatu yg berlaku. Satu peristiwa yg sama blh membawa respon berbeza, bergantung kpd cara kita mentafsir sesuatu itu. itulah yg dinamakan persepsi, interpretasi, atau pandangan.

mengapa penting? - sbb persepsi pengaruhi perasaan yg kita miliki. ia mencorakkan sikap yg kita pamerkan. ia blh memusnahkan, blh membahagiakan. tapi kita selalu lupa, justeru apa kita fikir dan rasa spt suatu tindakan automatik. ia dah jadi mcm habit. bila kena marah, terus melenting. bila terluka - kita terus nak 'mencakar' balik. sedang, saat itu, kita msh mampu memilih. tingkatkan aras kesedaran diri, kita akan jadi lebih waras dan santun dalam pemikiran dan tindakan. hmm, nampak mcm mudah, tapi bila melibatkan perasaan, aper yg mudah? kdg2 kita tahu tindakan itu menyakitkan yg tersayang, tapi janji puas hati kan? selalu kalah oleh emosi. jadi, awaslah dgn habit2 yg tak membina ini.

fikiran kita, boleh menghadkan juga boleh membuka segala pintu2 kejayaan.

'it is not the world that you experience, it is your perception of the world' - the sorrows of an american


Read More

0 Responses to Bila harus memilih...